Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Oktober 2016

Majlis Tahlil dan Doa Selamat

Bersua kembali.
Penutup bulan September ibu mengadakan sedikit kenduri tahlil dan doa selamat.
Dalam kesibukan dengan 2 pemantauan, menghadiri kursus sehari sebelumnya dan diikuti dengan program perkhemahan pada hari majlis berjalan (30.9.2016-Jumaat).
Fuh...penat tapi Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Tahlil buat insan2 yang amat ibu sayangi yang hadir dalam hidup ibu dan mencurahkan kasih sayang.
Nama-nama arwah di atas terdiri daripada atok, FIL, bapa2 saudara, k.long serta abang long.
Hingga sekarang mereka tetap hidup dalam hati ibu.

Persiapan dibuat oleh ibu, Naurah dan along.
Menu : nasi ayam + bubur pulut hitam + dadih + buah-buahan + jajan.

Sempat snap dadih je...huhuhu....

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Selesai majlis dan mengemas serba sedikit ibu berkejar ke sekolah untuk program perkhemahan pula.
Bermalam di hotel beribu bintang.
Nanti ibu buat n3 ringkas tentang camping...



1 ulasan:

AtieYusof berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah majlis berjalan lancar..moga kiriman doa buat insan2 tersyg di terima... amin..amin

About me