Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 November 2014

Kerana RIndu

Hujung minggu dihabiskan dengan mengukur lebuh raya Utara-Selatan...
keluar masuk tol demi mengubat kerinduan pada anak-anak.
Bermula perjalanan dari BG ke Melaka.
Keluar tol di Ayer Keruh...
Jemput Along di kolej kediaman UTeM....
Keluar semula ke lebuh raya.....
Meneruskan perjalanan ke UiTM Seremban.

Menghala ke destinasi....
Mungkin 2-3tahun ni , ibu akan mengukur jalan ke sini
dan juga Kuantan.....

Tiba di sini sudah petang..

Mujurlah Along dan Angah belajar di IPTA yang jalannya sehala.
Cuma Beby seorang menghala ke Pantai Timur....

Walaupun penat namum segalanya akan hilang bila melihat wajah 
anak-anak di depan mata........

 Wajah riang-ria 3Farah bila dapat bersama.
Dalam kereta pun cukuplah mereka melepaskan rindu.

Siblling merangkap BFF 

Kami tumpang solat di kolej kediaman Angah.
Cepat sungguh masa beredar.
Ibu terpaksa meninggalkan Angah...
Nasib baik kali ini Angah tidak ber"drama" airmata.....

Meneruskan semula perjalanan memasuki lebuhraya.
Hari semakin gelap...jalan sesak dan tiba-tiba hujan turun
dengan lebatnya berserta angin kencang...
Memang menghalang pandangan.
Semua kereta menyalakan lampu kecemasan dan bergerak dalam 40km/j....
Apapun kami meredah juga hujan.....

Terus melencong keluar semua ke plazza tol AyerKeroh
untuk pulangkan Along semula.

Meneruskan perjalanan ke Selatan dengan hujan yang lebat.
Jalan yang sesak teruk..bertambah sesak dengan adanya kemalangan
di jalan sebelah menghala ke Melaka...
Sebuah bas terbalik melintang jalan.
Kalau tak silap ibu lebih kurang 40km jalan jem.

Tiba di rumah dah lewat malam........
Rumah kembali sepi tanpa mereka.......




22 November 2014

100 Hari Berlalu

13.8.2014 suatu tarikh hitam yang tidak mungkin ibu lupakan 
sepanjang hayat walaupun ibu ingin sekali memadam memori pahit itu.
Tarikh ibu kehilangan seorang yang amat rapat dalam hidup ini.
Seorang yang sering jadi pendengar yang setia,
Seorang kakak yang amat penyayang.
Seorang rakan yang sering jadi penasihat dan pengkritik.
Seorang yang menjadi sumber kekuatan.
Seorang yang amat disayangi oleh 5f selain ibu.

Makin hari jiwa ini makin sarat menanggung rindu.
Dada ini rasa terhimpit.
Jiwa ini terasa amat kosong.
Hati ini melontar-lontar resah.
Lebih terasa bila cuti sekolah bermula.
Saat yang sering ibu, arwah kak long dan atie tunggu-tunggu
untuk berkumpul dan berkongsi cerita.....
Bagaimana cuti kali ini perlu ibu hadapi tanpa kak long disisi.
Bagaimana perlu ibu kuatkan hati bila melihat bilik tidur khusus untuk
kaklong kosong tanpa penghuni.......

Ya Allah...jika diri ini diberi peluang seketika..
Ingin sekali ibu berjumpa  kak long....
Ingin rasanya ibu memeluk kak long erat2...
Ingin rasanya ibu mencium pipi kak long.
Ingin rasanya ibu luahkan kerinduan ini.
Masih terasa sejuknya pipi kaklong disaat akhir ibu
mengucup dahi dan pipinya di bilik mayat tempohari....
Kaku dan bisu...

Malam tadi kak long hadir dalam mimpi-mimpi ibu.

Gambar kenangan birthday kak long.
Seperti biasa arwah abang long buat kejutan pada isteri tercintanya.
Pasangan bahagia yang banyak persamaan dan akhirnya mereka sama2 bersemadi...
Disaat akhir mereka tidak sempat meraikan ulang tahun perkahwinan.
Sebuah bungkusan hadiah daripada Abg long buat Kak long sudah
siap sedia di atas sudut meja.
Berjurai airmata ibu membaca catatan kasih daripada Abg Long buat kak long....

Ya Allah....tempatkan kedua-dua insan yang 
terlalu istimewa ini dikalangan orang-orang beriman.
Bukan hanya ibu yang terasa kehilangan ini malah 5f turut terasa 
kesedihan dan kerinduan yang teramat sangat di atas kehilangan insan
yang amat istimewa dalam hidup kami.....
Damailah kalian bersemadi disana........

Al-Fatihah.....

21 November 2014

2 Minggu Terakhir Persekolahan

Salam bersua kembali...
Bertabahlah membaca n3 ibu yang panjang berjela dan gambar berlambak.
Ini kisah 2 minggu ye bukan kisah setahun.....

2 minggu terakhir ibu rasa sesak nafas.
Banyak program yang perlu dibereskan sebelum berakhirnya sesi
persekolahan 2014..
Rasanya 24 jam sehari tidak mencukupi buat kami...
Kalau boleh rasa nak je angkut bantal tilam tidur kat sekolah....Fuhhhhhh.

Meh intai program ibu selama 2 minggu terakhir:
Final Exam
3.11.2014 hingga 5.12.2014
Peperiksaan Akhir Tahun berjalan dengan jayanya.
Macam biasa lepas exam cikgu-cikgu bertukus-lumus menanda kertas.
Tempoh masa diberi tak sampai 1 minggu.
Lepas tu masing-masing mengadap lappy untuk masukkan
data off line, SAPS, dan macam-macam data lagi...bla..bla..bla.......

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)
6.11.2014 dan 9.11.2014
Habis exam terus jalankan program KM1M.
Program tahunan yang disarankan oleh KPM.
KM1M= Kem Membaca 1 Malaysia.
Biasanya program ni dijalankan serentakdi seluruh negara terutama
selepas pelajar tamat menduduki exam...
Tarikh yang disarankan bermula 4-6.11.2014 tapi bertindih dengan exam
so ibu selaku penyelaras program terpaksa anjakkan tarikh.
Wah skema pulak ayat ibu......Muahaha.....

Farouk dan rakan-rakan membaca 30 minit bersama.
Ibu dan rakan-rakan....
Banyak sebenarnya gambar dan ibu dah edit dan tepek di blog
Buletin PSS sekolah ibu.
Sebelum program perlu buat kertas kerja.
Cari dan sedia bahan...cari hadiah....meeting AJK...bla.bla.bla.....
Habis program perlu hantar laporan ke PKG dan ofis.

LADAP
10.11.2014
LADAP ye bukan HADAP...
Ibu dan beberapa orang rakan memberi kursus pendek kepada
rakan-rakan guru.
Ibu kena bagi slot KELESTARIAN LINUS NUMERASI....
Persediaan terpaksa ibu lakukan sehingga larut malam.......
Bersengkang mata untuk siapkan bahan di power point.......
Ibu paling tak suka buat kerja last minute ni.
Ibu pun dimaklumkan disaat-saat akhir.
Ibu pun faham masa tu masing-masing sibuk.....
Maka dengan santainya ibu menyampaikan apa yang patut......

Perkhemahan (3 Hari 2 Malam)
13.11.2014-16.11.2014
Selesai tugasan di atas makan bersiap sedia untuk camping.
Perkhemahan bermula......
Macam biasa ibu sebagai Ketua Pemimpin PPIM dan merangkap Bendahari Perkhemahan
bertukus lumus bersama
Ketua Pemimpin Pengakap membuat persediaan dan dibantu rakan-rakan guru.

Macam-macam yang perlu dibuat.
Menjadi hakim yang arif lagi bijaksana.
Memantau peserta,
Menyediakan bahan yang diperlukan
dan tidur di dalam khemah menemani peserta.....bla.bla.bla......
Lebih sadis semasa rondaan dibuat dalam pukul 1.50 pagi masih
terdengar suara2 dalam khemah berbisik-bisik.....
Bila ibu datang dekat masing-masing diam dan pura-pura tidurrrr......
Dan pukul 3 pagi dah riuh rendah masing-masing dah bangun pergi mandi...
Adeh......stress cikgu ni anak oiiiiiii...langsung tak tidur...
Mata ibu dah macam "panda".

Sepanjang camping memang langsung tiada rehat.
Ibu langsung tak sempat balik ke rumah......
Ayah lena beradu di tilam empuk...ibu tak mampu lelapkan mata
di dalam khemah.

Cuma awal pagi hari ke 2 ibu curi balik sekejap seawal 4.20 pagi kerana
ayah perlu terbang ke Penang.
Sekadar say bye.bye.....
Alhamdulillah ayah sangat memahami.....

Muka-muka penat namun tetap ceria.
Penginapan 3 hari 2 malam di hotel mewah beribu bintang.
Beralaskan lantai khemah dan berbumbungkan awan......
Makan ala kadar...sama2 masak...sama2 makan...sama2 berpenat....sama2 merasai keseronokan.....
Malam pertama kami sempat buat BBQ...
Ibu dan rakan-rakan PPIM juga sempat anjurkan gerai PPIM.....
Banyak aktiviti kalau nak diceritakan memang tak habis3 hari 2 malam.
Klik SINI Kisah Farouk bercamping.

Alhamdulillah Pasukan dibawah bimbingan ibu dan kak M dinobatkan
sebagai Johan Keseluruhan Perkhemahan 2014.
Bangga sangat2.....kembang kempis ibu dibuatnya...Muahaha...
Maunya tak bangga kerana dapat mengalahkan pasukan2 lain
sebanyak 13 pasukan terutama pengakap yang gagah perkasa.....

Antara kejayaan kami :
Johan Keseluruhan Perkhemahan 2014
Johan Kembara
Johan Persembahan Malam Kebudayaan
Tempat ke 2 Membina gajet
Tempat ke 3 Melukis Poster

Rasanya dah berapa tahun berturut-turut kumpulan ibu
memenangi Johan Malam Kebudayaan.

Perkhemahan berakhir pada hari Sabtu dan Hari Ahad kami perlu
ke sekolah seperti biasa......
Tiada yang mengeluh walaupun masing-masing kepenatan yang amat sangat.....

Khatam Al-Quran dan Graduasi Pra Sekolah
17.11.2014
Belum sempat tarik  nafas dan dalam keadaan penat kami perlu
lebih gigih membuat persiapan seterusnya.
Hari Isnin majlis 2 in 1 berlangsung.
Macam biasa ibu bahagian hadiah.
Pergi ambil piala2 yang ditempah.....bersama rakan-rakan
menyiapkan dewan..dan ibu terpaksa melatih persembahan
untuk hari anugerah....cari pakaian yang sesuai........
.balik ke rumah dah petang.
Sampai ibu terlupa untuk menjemput Naurah dari sekolah....kesian anak ibu.

Alhamdulillah Majlis Khatam Al-Quran berjalan dengan lancar.

Majlis penyampaian bunga telur dan cenderahati.

Lepas rehat disambung Acara Gradusi Pra Sekolah pulak.....

Hari Anugerah Cemerlang
18.11.2014
Esoknya berlangsung 1 lagi program besar.
Hari Anugerah Cemerlang .
Kekonon melaram dengan batik sutera beribu permata....
Berpeluh sampai ke kaki.
Berkejar pastikan hadiah dalam keadaan baik.
Berkejar nak siapkan anak-anak dara untuk persembahan....
Kaki dah naik lenguh.

 Siap urusan di sini...berkejar ke tempat persediaan anak-anak....

Masing-masing dah siap kena tenyeh kat muka.
Masing-masing dah control mulut sebab berlipstik tebal........
Alhamdulillah anak-anak comel ini di makeup oleh  ibu dan Liya.

Anak-anak yang baik dan memahami kesibukan cikgunya...
Alhamdulillah persembahan mereka mampu menarik perhatian.
Si cikgu kat bawah dewan tak putus-putus bagi isyarat suruh mereka sentiasa senyum
semasa buat persembahan....
Sambil itu ibu perlu bersedia untuk penyampaian hadiah seterusnya.

Terpaksa juga menyiapkan sijil-sijil :
Sijil Pengawas Perpustakaan 
Sijil Pembaca Terbanyak
Sijil NILAM secara on9 yang hanya dibuka untuk di printe bermula jam 2-7 petang...
Adeh.....


Muka-muka kepenatan namun kami tetap ceria.....
Nak senyum pun dah tak daya........

Jamuan
19.11.2014-20.11.2014
Masa untuk makan dan makan dan makan....
19.11.2014-Mendapat jemputan Jamuan murid Tahun 5.
Nasi ayam + sebiji kek secret recipe dan kuih muih.
Tak sempat nak snap gambar.

20.11.2014-Mendapat jemputan jamuan akhir tahun 6 dan
majlis perpisahan.
Menu yang sedap....set nasi jagung + satey + 2 biji kek secret recipe +
pelbagai kuihmuih.....

Kami kehilangan seorang lagi rakan.
Perlu lepaskan Miss Hamizah pergi (berbaju + tudung pink) untuk bersama suami tercinta.

Mesyuarat Pra Penutup 2014
Selesai majlis perpisahan diadakan pula meeting.
Bermula 12.10-3.15 petang....
Banyak isu yang dibincangkan...yang perlu dirancang....
yang perlu disiapkan sebelum bermula sesi 2015.
Kami tetap akan bekerja dalam cuti.
Tidak ada istilah cuti walaupun kami nampak macam bercuti..
Cuma murid-murid saja yang bercuti.
Itulah kisah disebalik tabir ibu sebelum
cuti bermulaaaaa....

p/s :
Gambar2 program ada di Fb Buletin Pss Skpk yang ibu wujudkan  beberapa tahun yang lalu.

About me