Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Jun 2014

Farouk Menang Rupanya.

Akhir bulan lepas ibu ada buat n3 yang Farouk sertai
tournament taekwando gabungan 3 buah Negeri dan Daerah
iaitu Johor (Muar)-Melaka-Negeri Sembilan(Tampin-kalau tak silap ibu).
Lepas taekwando di Melaka kami bergegas ke Majlis Makan Malam di Seremban.

Kisahnya selesai di situ dan Farouk berlalu dalam keadaan kecewa
Menitik jugak airmata Farouk sebab kecewa
kalah di peringkat akhir.
Balik dari cuti Farouk ke kelas taekwando macam biasa setelah
ponteng 1 sesi kelas.

Balik dari kelas Farouk berlari-lari dapatkan ibu.
Punyalah terkejut ibu...yelah, ingatkan apa yang berlaku.
Rupanya sewaktu tournament tempoh hari Farouk dapat tempat ke 3.
Tak sangka pulak ibu Farouk menang jugak.
Terkilan jugak sebab tak tunggu hingga tamat majlis penyampaian hadiah.

Apapun ibu amat bangga dengan Farouk.
Nampaknya lepas ni ibu dah tak risau jika Farouk jadi bodyguard ibu.
Boleh caya ke??????

Muka berpeluh-peluh baru balik kelas taekwando.
Kena paksa posing.......he3x....

15 Jun 2014

Makanan Kegemaraan Ibu

Bersua kembali setelah tenggelam timbul..tenggelam timbul.
Kali ni streamyx pulak buat hal.
Janji "upgrade" tenet 24jam tapi punyalah tunggu 2 hari baru berfungsi...adeh...sabar jelah.

Hari ni nak tepek makanan yang 'wajib' ibu cari kalau balik Kelantan.

Nasi kerabu dan nasi berlauk untuk sarapan pagi......

Balik kampung hari tu meriah dengan buah laici...
Tak jemu makan buah tu.
Bersepah kat merata-rata tempat......seronok sangat...

Satey daging...eh betul ke panggilan tu......

Sosej pulut yang yummy....

Loching a.k.a satey ikan feveret sejak kecil sampai kini..

Mee celup yang tidak pernah jemu untuk ibu menghirup kuahnya...

Somtam yang pedas berapi tapi sedap sebagai pembuka selera.
Bahan utama betik muda.

"Sema" yang berasaskan gula dan tepung.....

Taraaaaaaaa....keropok losong yang sudah semestinya jadi kegemaran ramai.

Itu je cerita hari ni...
Kesibukan mula melanda..... hari pertama kembali ke sekolah.

13 Jun 2014

Best Friend Forever

Salam rakan-rakan blog ibu.
Kali ini bersiaran di rumah setelah bercuti selama 2 minggu di Kelate.
Maklumlah kalau cuti, malas ibu nak buka lappy.
Kalau menaip kat tab confirm typo punya.
Lagipun line tenet tak menentu.
Banyak kisah-kisah menarik sepanjang bercuti.
Insyaallah kalau ada "kerajinan" ibu akan buat n3......
Dan ibu akan lakukan siri jelajah seperti biasa jika berkesempatan.

Semasa dikampung ibu berkesempatan ber'dating' dengan rakan-rakan 
zaman persekolahan.
Selama ini kami sekadar berjumpa di FB dan kami mengambil kesempatan
bersua setelah berpisah sejak di bangku sekolah lagi.

Bayangkan sudah berapa lama kami terpisah dengan membawa
haluan masing-masing selepas tamat SPM.
Gembira mendengar kejayaan rakan-rakan sekelas yang
bergelar doktor pakar, peguam, profeser, bisnesman/women, engineer,
jutawaan....
Alhamdulillah semua rakan-rakan sekelas kami berjaya dan punyai kerjaya
yang hebat2......Cuma ibu dan beberapa orang je bergelar 'cikgu'......
Yang lebih mengembirakan bila berkongsi kisah lama.
Kisah keluarga masingmasing,
Kisah kejayaan anak-anak
Alhamdulillah, anak-anak kami menyambung deligasi ke menara gading..... 

Bff ibu. Kami menceburi profesion yang sama, bergelar guru.
Anak-anak kami pun hampir sebaya dan masing-masing menuntut di universiti.
Kami berdating di kepsi je.
Riuh rendah masing-masing bercerita dan bergelak ketawa.
Pertemuan hampir 4 jam seperti 10 minit je.
Masing-masing tetap dengan watak yang sama.....
Tak sedar sudah bergelar ibu....adeh....

Pertemuan ke 2 selang sehari di Captain T Restauran Kota Bharu.
Gempak dan riuh rendah.
Cepat sungguh masa berlalu.
Dulu masing-masing sibuk dengan kerjaya, kemudian sibuk dengan anak-anak kecil,
sekarang kami sudah mampu berdating setelah anak-anak dah meningkat dewasa....

Terima Kasih kerana menceriakan hari ibu walaupun seketika.
Kehadiran kalian dalam hidup ibu memberi seribu rahmat.
Semoga kita dipertemukan lagi jika berkesempatan.....

About me