Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Mac 2014

Jemput-jemput 4 in1

Alahai, jempt-jemput pun nak tayang dalam blog.......he3x..
Dah tak ada modal ke ibu...???
Sebenarnya ibu sibuk sangat sekarang ni tapi nak jugak terbitkan n3.
Jadinya ambil jelah dalam draf.

Dulu ibu paling tak suka makan jemput-jemput.
Usah nak makan, jeling pun tak.
Sejak kawin dengan ayah ibu terpaksa terima selera dan feveret ayah.
Maka terciptalah pelbagai resepi jemput-jemput.
Lagi pun ayah tidak cerewet.
Apa yang ibu masak selera aja ditekaknya....

Ibu pulak jenis main belasah aje.
Apa saja yang ada dalam peti ais itulah jadi mangsa.
Kebetulan dalam peti ais banyak stok tempe.
Maka tempelah jadi mangsa ibu...

Capai blander:
Campakkan tempe, bilis, dan 2 sudu nasi.
Kisar separuh hancur.
Masukkan dalam tepung dan tuangkan air suam, garam dan kuib bilis.
Kacau rata-rata dan potong bawang besar dan cili....
Siap untuk digoreng........

Siap je mengadap dengananak-anak.
Lumba-lumba makan.
kejap dah licin.
Aduyai..nampak gaya makin kembanglah si ibu nie.....

*selain tempe ibu tukarkan dengan karot, terung, kentang, bilis,
dan pelbagai bahan yang sesuai...... 

p/s:
masih terheggeh2 singgah rumah kawan-kawan akibat kesibukan melanda.
nanti ibu cuba jalan-jalan ye....

Teruskan berdoa untuk MH370.

12 Mac 2014

Pemandu Remaja

Bertambah seorang lagi pemandu remaja dalam family ibu.
Sebenarnya Beby dah 3 minggu lulus lesen memandu cuma
kesibukan ibu tidak sempat nak buat n3.


Along, Angah dan Beby mengambil kelas memandu sewaktu usia 17 tahun.
Alhamdulillah Along dan Angah dah cekap memandu ke Johor-Kuantan-Terengganu dan Melaka.
Sekarang Along mampu memandu sendirian dengan jarak
sejauh 600+km dengan pemantauan ayah dan ibu.

Ayahlah pembakar semangat dan mengalakkan anak-anak
mengambil lesen memandu diawal usia kelayakan.
Dan yang pastinya motif ayah ialah supaya anak-anak
mampu mengantikan tempatnya bila ayah terpaksa OT.

Semoga anak-anak ibu sentiasa dilindungi sewaktu dijalan raya....amin.

p/s:
Terus berdoa untuk MH370.

10 Mac 2014

Projek Mural TOKOH NILAM

Menconteng dinding lagi dan lagi.
Kalau ibu sibukan diri mengadap dinding tu bermakna adalah sesuatu yang tak kena dalam emosi.
Kelakarkan tapi yang pasti "pelik tapi benar".
Biasalah awal tahun ibu meroyan dengan kerja melambak umpama 
Gunung Everest tu.
Lagi stress duduk bertapa sesorang di situ.
Masuk bilik kerja dah jadi macam tongkang pecah ditimbuni
buku-buku yang minta diproses.
Selain itu banyak urusan luar sekolah yang perlu hadiri...

Bahagian pertengahan tangga jadi mangsa ibu......
Dah lama ibu geram tengok dinding nie...he3x.

1
Zoom sikit.....
Ni belum siap sepenuhnya.
Belum dapat sentuhan terakhir.
Tunggu masa terluang.
Sanggup hujung minggu ke sekolah semata-mata mengadap dinding.....muhahaha...
 Dapat pula Guru besar baru yang sehati..Minat keceriaan.
Minta cat terus dapat, mintalah apa saja pasti dipenuhi demi keceriaan sekolah.....
Makin bercambahlah minat ibu....

Dah lama nak abadikan TOKOH-TOKOH NILAM yang menaikkan nama
dan prestai sekolah dengan ketokohan dan kecemerlangan dalam UPSR.
Terselit antaranya Angah dan Naurah yang brgelar Tokoh NILAM sekolah dan Zon
hingga ke peringkat daerah......
Along? masa zaman Along sekolah belum menyertai pertandingan Tokoh NILAM.
Beby? memang tak minat baca buku so takde maknanya cikgu NILAMnya
Cikgu Anis nak pilih...  

Pemilihan bukan calang-calang murid.
Murid tu perlu berada di TOP 1-3 sejak di Tahun 1.
Maksudnya setiap kali peperiksaan mereka dapat  A 
dalam semua subjek hingga peperiksaan akhir tahun 5.
Aktif dalam Ko-Kurikulum seperti mewakili
sekolah atau daerah dalam pertandingan Ko-Akademik,
Seorang yang ada bakat kepimpinan, pandai berpidato,
dan pelbagai kelebihan yang menonjol berbanding
rakan sebaya......
Banyak lagi tapisan yang dibuat oleh guru-guru terutama
guru kelas dan guru matapelajaran.
Hamboi panjang berjela-jela pulak penerangan ibu..
Sorry ye, sekadar berkongsi terutama pertanyaan dari Aziela hari tu.....

Semoga Pokok NILAM ni menjadi kenangan indah buat mereka semua.

P/s:
Mata ibu dah melilau tengok 1 lagi
dinding yang kosong.
Geram je nak conteng tapi belum ada ruang waktu....

Sama2 berdoa untuk penumpang dan anak kapal MH370

About me