Hari ini result SPM dah diumumkan.
Hilang segala debaran dijantung ibu sekeluarga.
Alhamdulillah, ibu amat bersyukur kerana Angah mampu memperolehi result cemerlang
walaupun dia tidak berjaya melepasi target meraih straight A.
Apapun itu tetap bangga dengan kejayaan Angah.
Ibu mohon maaf kerana ibu tidak dibenarkan mencatatkan keputusan sebenar
di atas permintaan tuan punya badan.
Ibu akur dengan permintaannya.
Katanya cukuplah hanya "kami" saja yang tahu .
Juga pesanan dari angah agar ibu sampaikan ucapan jutaan terima kasih
kepada rakan-rakan blog yang tidak putus-putus mendoakan dia.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa-doa kita semua.....
Apapun perjalanan Angah masih jauh.
Petangnya ibu berkejar ke sekolah Angah kerana
diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada hari yang sama.
Syukur Alhamdulillah....
Sesungguhnya ibu amat-amat bangga dan bersyukur dengan kejayaan anak-anak ibu.
Semoga Angah juga mampu melangkah lebih jauh lagi.......
Bersama rakan-rakan yang cemerlang dalam SPM 2012.....
Sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas..........
Angah menerima Anugerah Cemerlang SPM 2012 daripada YB Ir Hamim Samuri
Bergambar bersama pelajar cemerlang 2012
Zoom sikit.....Angah bersama best friendnya juga anak seorang rakan guru....
serius je muka Angah masa nie.......
Sekeping gambar kenangan bersama ibu...
Angah....
Cover sijil yang angah dapat.
Sijil Anugerah Cemerlang.
Plak
YA ALLAH....Ibu amat bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan
pada anak-anak ibu.
Kejayaan ke 2 yang anak hadiahkan pada ibu pada bulan ini....
Juga jutaan terima kasih di atas doa-doa yang tidak putus-putus buat kami sekeluarga.......
Hanya Allah yang akan membalasnya.....