Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Januari 2013

Rindu DIA...

Dah lebih sebulan ibu tak jumpa Along.
Rindu sangat-sangat kat mek comel sorang nie.
Terdengar-dengar lagi suara manja dari hujung corong telefon kelmarin:
"Ibu, Along rindu nak makan spaggeti dan asam pedas Kelantan yang ibu masak...."

Masakan ibu tak rindu dia,
bila ibu sedang makan, dia minta ibu suapkan.
Bila ibu menonton TV, dia akan bertepek disebelah ibu.
Bila ada masalah, dia akan berkongsi cerita dengan ibu.
Bila outing, dia akan temankan ibu bershopping...
Miss Along so much!!!!!!

Dalam diam rupanyua ayah juga memendam rindu.
Sejak minggu lepas sibuk ayah ajak kami pergi jemput Along 
padahal hujung minggu ni Along baru mula cuti semester......
Alahai Ayah...lagi dasyat dari ibu rupanya......
 Gambar ibu kidnap dari FB Along.
Along ( dua dari kiri) bersama-sama rakan di kolej.
Senang hati ibu melihat kegembiraan Along.
Along berbaju hijau bersama rakan-rakan sekuliah....
Syukur Alhamdulillah, lega bila ibu baca sms Along yang dia telah selesai menduduki
peperiksaan semester dengan jayanya......Amin....
Tak sabar nak ke Melaka esok untuk memeluk Along erat-erat.........

p/s:
Cuti CNY, kami dah rancang nak pergi bercuti........

30 Januari 2013

Impian Ayah Tercapai-Tahniah Beby.

Sejak kahwin Ayah sering bisikkan impiannya pada ibu.
Ingin melihat anak-anak menyambung cita-cita ayah memiliki black belt dalam taekwando.
Keinginan Ayah untuk mendapat black belt berkubur akibat kemiskinan.
Sewaktu itu ayah menuntut di UKM.

Sejak dibangku sekolah rendah ayah telah daftarkan
ke lima-lima orang anak untuk ikuti kelas taekwando.
Ayah sanggup bersusah payah demi mereka.
Sanggup berhabis demi mereka.

Along dan Angah mampu bertahan hingga mampu mencapai red-belt (gred 1).
Mereka tidak sanggup meneruskan ke black belt kerana ingin
beri tumpuan dalam SPM.
Ayah agak kecewa kerana mereka hanya perlu melangkah 1 tangga lagi untuk
lalui ujian black belt.....Apa nak buat, itu keputusan mereka.

Along pernah meraih tempat ke 3 peringkat Negeri Johor suatu ketika dulu.
Keratan akhbar sewaktu Along meraih tempat ke 3 peringkat Negeri Johor
Utusan Malaysia 27.8.2008.
Wajah Along ibu bulatkan dengan marker....hehehe....

Naurah mencapai blue belt (gred 4) dan Farouk di gred 7 (green-belt)
Along, Angah, Naurah dan Farouk tidak begitu berminat dalam taekwando
walaupun masing-masing mampu melangkah lebih jauh.
Cuma Beby seorang yang masih meneruskan impian Ayah.

Hari ini impian ayah menjadi kenyataan.
Beby telah buktikan pada ayah yang impian ayah tidak sia-sia.
Beby bukan setakat mampu lulus dalam ujian yang diambil
malah Beby diiktiraf sebagai penerima ke 5 terbaik peringkat Negeri Johor....

Sijil yang Beby terima daripada Persatuan Taekwando Negeri Johor.




                           TAHNIAH Beby....ibu dan ayah amat bangga dengan pencapaian Beby....


Di sini ibu selitkan sekali sijil-sijil test yang Naurah dan Farouk duduki.
Sijil 2010 yang lalu tapi baru diterima hari yang sama dengan sijil Beby.


Sweet memory....
Gambar kenangan 3 tahun yang lalu (2010)  disaat mereka menghadiri 
kelas taekwando setiap 
petang Sabtu...
Rindu saat ini.......

Disebalik Timbunan Buku-buku.


Minggu lepas ibu sibuk dok memproses timbunan buku nie.
Sebenarnya buku-buku ni ibu order sebelum cuti sekolah 2012.
Buku-buku ni dihantar semasa cuti sekolah.
Makanya awal tahun buku-buku ni dah rindukan ibu untuk diproses.....
Kalau tak diproses jawabnya ibu terlindung disebalik bukit bukau tu.....

Gunung ganang....bukit bukau.......Cakkkk!!!!!

Ini pembantu ibu.
Bila cikgunya dah 90% siap memproses buku,
barulah "mek2 hijau" ni datang menolong cikgunya nie.
Banyak tolong baca dari tolong cop.
Apa-apa jelah "mek hijau".....yang penting kamu semua tolong temankan cikgu yang kesepian di sini....
Tapi kelakar juga bila ibu lihat "mek2 hijau" yang dipilih.
Semuanya comel2 + cun2 + ayu2 + baik2 + bijak2...
Agaknya mereka ni tak sesuai jadi pengawas displin sebab keayuan + kelembutan mereka kot..
Mereka ada la iras cikgunya yang selalu control ayu cuma yang bezanya cikgu ni agak ganaz.........
Walah, cikgu prasan!!!!cit!!!!..

p/s:
Tiba-tiba dah rasa bosan pegang jawatan GPM nie......huhuhu...

About me