Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 November 2012

Si Putih, sedia berkhidmat....

Operasi menyiapkan uniform Naurah dan Beby bermula.
Alhamdulillah tahun ni kerja ibu lebih ringan sebab 
dah tinggal 2 orang je anak dara yang bersekolah tahun depan.
Ringan sikit kerja ibu untuk menyiapkan 2 pasang baju untuk Naurah dan 2 pasang untuk Beby.
Ibu rasa cukuplah 2 pasang sebab kat sekolah tu nanti mereka banyak pakai t-shirt sekolah.
Sekarang ni pemakaian kat sekolah dah agak longgar.
Hari Rabu dah confirm mereka pakai baju Unit Beruniform.
Dan ada hari-hari tertentu mereka memakai baju t-shirt.
Tak macam zaman ibu dulu....
Setiap hari wajib berpakaian uniform.
Baju farouk beli yang dah siap kat kedai.....

Ibu beli apa yang perlu je.
Baju baru penting untuk naikkan semangat anak melangkah ke tahun baru.
Tapi peralatan lain mereka guna mana yang ada.
Itullah cara ibu dan ayah melatih anak-anak agar tahu berjimat cermat.
Mereka dah dapat memahami cara kami......

Ibu nak settlekan semua kelengkapan sekolah sebelum bercuti selama 3 minggu.
Biar kepala lapang masa bercuti tanpa memikirkan masalah negara....hehehe....

Ni sebahagian uniform asas Farouk.

Ibu beli mana yang perlu aja.
Itu pun jejak ratusan ringgit.
Itu belanja seorang anak yang belum termasuk peralatan alat tulis dan buku-buku.
Ibu bukan memilih yang berjenama tetapi sekarang semua harga barang melambung.
Beg sekolah Farouk masih baru lagi so Farouk guna beg yang lama tu.
Kasut pun baru beli sepasang.

Ibu beli 3 pasang baju Melayu dan 2 helai baju kemeja.

Tahun 4 , Farouk dilantik jadi pengawas pustakawaan so dia berbaju kemeja hijau....
Ayah lebih suka cikgu lantik anak-anak jadi pengawas pustakawaan.
Pengawas disiplin agak memenatkan...
Sekurang-kurang mereka sentiasa berada di perpustakaan pada waktu rehat.
3 tahun lepas pun, ibu terpaksa buat rayuan
untuk tukarkan jawatan Naurah daripada pengawas displin kepada pengawas perpustakaan
di atas permintaan Naurah..........(suka suki jekan.......hahaha....)
Kisah Naurah...Klik SINI
Yelah Ayah.............maklumlah anak ayah kan, ibu ikut je mana yang terbaik......

Nilah cik putih ibu.
Lengkap pakcage untuk jahitan tepi sekali.
Tak payahlah ibu nak susah-susah keluarkan mesin jahit lain semata-mata untuk jahit tepi...
Alhamdulillah semalam  ibu dah siapkan 2 pasang baju Naurah dan 2 pasang baju Beby.
Tudung pun ibu dah beli.
Tinggal beberapa barangan sampingan je yang belum dibeli.
InsyaAllah, akan ibu settlekan sebelum naik sekolah.

Ayah pun tengah sibuk sekarang...Tak beberapa hari lagi ayah kena terbang
ke seberang lautan @oversea untuk hadiri seminar pendidikan peringkat Asia.
Rutin seminar ayah setiap hujung tahun. Cuma tempatnya je berbeza.....

Baju ibu???????
Kena jahit juga untuk melangkah ke tahun baru nanti.....hehehe.....
Malam tadi dengan gigihnya ibu siapkan sepasang baju kurung untuk ibu......

Koleksi manik-manik dan labuci ibu ni pun dah lama tak terusik.
Sejak dua menjak ni dah tak menyempat nak melayan benda alah nie......
Entah sempat ke tidak nak jahit manik kat baju ibu.......

26 November 2012

Miss You So Much Along.....

Semalam memecut ke Kolej Matrikulasi Melaka.
Nak pulangkan semula Along yang bercuti semester selama 2 minggu di rumah.
Rasa sekejap je dia bercuti.
Kebetulan masa Along bercuti, si ibu sedang sibuk dengan pelbagai urusan..
Kesian anak ibu....huhuhu....

Sedih pulak tengok anak ibu tu.
Lepas peluk dan cium ibu tiba-tiba airmata along berjurai......

Gud luck Along.
Semoga semester ke 2 Along lebih cemerlang...
InshaAllah......

Masa OTW ke kolej jalan ok je tetapi dalam perjalanan balik highway sesak dengan kereta.
Maklumlah musim cuti sekolah dan area Ayer Keroh menjadi tumpuan ramai..

Ibu dan Along......

Blog Along, klik SINI....

25 November 2012

Spaggethi Carbonara vs Sambal Tempoyak Goreng.......

Pagi semalam tiba-tiba mengidam nak makan Carbonara Spaggethi.
Kebetulan bahan ayah dah siap beli malamnya sebelum bertolak ke KL...
Awal pagi dengan gigihnya ibu masakkan sos.....

 Seperiuk sos carbonara.

 Sarapan dengan sepinggan carbonara spaggethi....

Kat sini ibu share la resepi yang ibu ubah suai sesuka hati.
Ibu guna apa yang ada di dapur ibu.....
Kalau masak penuh kasih sayang, inshaAllah iannya jadi sedap....hehehe...

Resepi Sos:
450ml (1 botol kecil) susu segar@susu cair
1 labu bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
3-4 sudu besar butter/majerin/minyak zaitun.
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung.
Isi ayam/sosej/bebola daging ( ibu guna daging ayam)
kuib ayam dan garam secukup rasa
daun pasli kering.

Cara-cara:
Panaskan butter.
Tumis bawang besar + bawang putih yang telah dikisar.
Masukkan 1 botol susu segar dan daging ayam.
Masukkan serbuk lada hitam, kuib ayam dan garam.
Masukkan tepung jagung yang siap dibancuh dengan air.
Kacau sehingga pekat.
Taburkan daun pasli kering.....

Sos carbonara yang selebihnya ibu gunakan untuk jadikan sos chicken chop pulak.
Dasar orang yang "terlebih rajin" la tu.
Masak terus untuk lunch dengan guna sos yang sama.
Cuma bezakan dalam sos carbonara tu ibu masukkan sos lada hitam...
Hehehe.....so tengahari ibu dah boleh goyang-goyang kaki bersantai depan lappy...

Tekak orang yang dah "tua @ lama" ni bukan boleh sangat layan makanan orang putih nie.
So dengan gigihnya ibu masak sambal tempoyak goreng.
Kalau nak resepi boleh klik SINI.....
Sedap layan dengan nasi panas-panas......

About me