Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Oktober 2012

Sampai Hatimu....

Sedih tak terucap dengan kata-kata.....

Bila si kembar ibu meragam dan buat perangai tiba-tiba.
Tiada angin, tiada ribut, tiada petanda tiba-tiba "mereka" berdua mogok.
Ianya berlaku hampir serentak.

Sampai hati,
Si kembar ni sepakat mengkhianati ibu.
Di saat ibu tengah pokai akibat "terbeli" lappy tanpa sengaja.....hukhukhuk...
Merajukkah "mereka".......????????????
Bila la ibu bakal cari penganti mereka berdua.......
Nampak gayanya kena rembat DSRL yang dah menyepi di tepi dinding tu dulu
untuk sementara waktu......cit!!!!!

p/s:
Dalam keadaan "pokai" sempat rembat 2 helai tudung 3 layer....huhuhu...
Bila ibu nak insaf nie......

7 Oktober 2012

Celebrite Birthday Beby @KFC

Macam biasa birthday anak-anak ibu tidak buat sebarang sambutan.
Itu permintaan daripada mereka.
Kami sekadar keluar makan bersama-sama.

 Dulu berlima sekarang dah tinggal 4 dan mungkin tahun depan tinggal 3....huhuhu....

Birthday girl a.k.a Beby tu suka buat muka macam-macam....huhuhu...

Birthday girl yang dah makin membesar....moga semakin matang dan rajin2lah belajar ye.....
Jangan nak dok releks je......
Risau ibu dengan budak sorang nie!!!!!!!

 Kali ini kami order Zinger Double Down.
Boleh tahan juga rasanya.....
Rangup + pedas2 manja2 saja......
Tapi malam tadi kami diserang cirit birit....huhuhu...

 Farouk pun akan menyambut birthday pada bulan Oktober ni.
Jadinya untuk jimat kos ibu dah pesan, 
celebrate ni untuk Farouk dan kak nana a.k.a beby sekali.
2 in 1......hehehe....Nak jimat kos punya pasal.....
Kek tunggu ayah balik nanti.
Dah 4 hari ayah tinggalkan kami.....

Budak yang tak suka makan nasi.
So setiap Hari Jumaat ibu terpaksa bawa dia ke restaurant fast food dan dalam peti ais ayah
terpaksa beli stok fast food untuk farouk.
Memang tidak elok untuk kesihatan tetapi terpaksa juga sebab nanti langsung dia tak nak makan....

Kek yang dihadiahkan oleh kawan2 Beby....

Kek yang angah beli......
Nak kek tiramisu tunggu ayah balik ye.....

Suprise dari kawan-kawan....

Ini sebahagian kenangan dari kawan-kawan, Angah dan Naurah.
Tak larat ibu nak edit..banyak sangat......

p/s:
Terima kasih kepada semua rakan-rakan blog yang mendoakan
kesejahteraan untuk Beby.....
Semoga Allah perkenankan doa2 kita.
Hanya Allah yang mampu membalas keikhlasan kalian...amin......




6 Oktober 2012

Teman Terhebat Bulan September 2012

Terima kasih teman kerana tidak jemu-jemu bertandang ke sini 
walaupun rumah ibu semakin sepi sejak kebelakangan ini.....
Namun kalian adalah teman terhebat ibu.
TQSM.....

p/s:
Al-FAtihah kepada  sepupu sebelah ayah yang telah kembali ke rahmatullah pada malam Jumaat.
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...amin
Ayah pula outstation selamat 4 hari.....

About me