Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Julai 2012

Mohon Doa Semua

Keluarga ibu diuji lagi.
Setelah beberapa bulan lepas kami diuji dengan kesihatan Wan Qaisara Balqis
kali ini kami diuji dengan keadaan yang hampir sama.

Semalam ibu mendapat khabar gembira dengan kehadiran orang baru
dalam keluarga kami, Ahmad Affan Shahim.
Anak ke 4 kepada adik ibu, Dr Ahmad Zakimi dan isterinya Rohaita.

Tiba-tiba sebelah malam ibu dapat perkhabaran sedih.
BB Affan di masukkan ke NICU kerana ada masalah pernafasan.
Sedih bila ibu terima gambar yang adik mie upload di FB family kami.
Rasa ingin ibu terbang ke sana.
Tak sanggup menatap tubuh kecil ini.
YA ALLAH,
Aku bermohon padaMu.
Kau selamatkan anaknda kami ini.
Berilah peluang untuk anaknda Affan untuk berada disisi insan-insan yang menyayangi dia.
Sembuhkan anaknda Affan.
Beri lah kami ruang untuk mencurahkan kasih sayang padanya......Ameen....

17 Julai 2012

Masuk Berita Harian Lagi.....

Sila jangan jeles + muntah ye bila baca tajuk n3 tu ......
Alahai ibu ni, siapa la nak jeles sekadar menempel kat surat khabar tu .
Bukan berita sensasi pun....

Hari Sabtu ibu terima mms dari rakan ibu seorang wartawan.
Katanya ada keratan berita di Berita Harian tentang kejohanan olahraga sekolah ibu
Padahal kejohanan olahraga tu dah beberapa minggu berlalu.
Hari Kejohanan Olah raga...klik SINI .
Ini cerita basi la....hu.hu.hu.hu.....
Basi pun basilah..... 


Keratan Akhbar BERITA HARIAN 14.7.2012
 Ce teka, mana muka ibu......
Ibu sekadar menempel...
Ibu bukan dari pasukan purnama tetapi suka suki menempel kat situ......lalalala.....

Oklah kalau tak jumpa....
Ibu yang pakai tudung hijau tu....yelah ibu guru penasihat pasukan hijau @ saujana,
mesti la kena sokong rumah hijaukan..Baju + tudung ibu berwarna hijau tau..
Tapi sayangnya rumah pasukan ibu kalah teruk tahun ni tau......huhuhu....

Kalau nak tengok koleksi berita kami di surat khabar sila klik SINI ....
Dah banyak jugak tau...
Semua tu secara kebetulan...
Cuma ibu terkilan kerana keratan akhbar tentang ayah semasa
mewakili Cuepecs dalam persidangan hilang..
Besau  gambar ayah dan jadi berita utama tau.......hehehe......

1 Minggu Mengadap Western Food.

Dah seminggu kami anak beranak dok makan western food.
Lama-lama tekak ibu dah rasa lain macam je.
ibu rindukan sesuatu.
Rindu dengan makanan tempatan...hu.hu.hu....

 Sejak malam ibu dah terfikir menu nie...masak lemak cili padi yang pekat + pedas.
Hajat tercapai juga akhirnya.....
Baru puas ibu makan nasi....

Dan Angah belikan nasi kerabu ni untuk ibu sekembalinya dari tuisyen.
Nasi kerabu ni angah beli kat restauran milik ibu kawan sekelasnya.
Memang sedap sangat...sangat...dan sangat.
Rasa tak puas makan 1 bungkus...
Alahai ibu, sabar jelah........
Cukup tak cukup, makan tak boleh lebih ye.......
Bukan nak jaga badan tetapi jaga kesihatan.....

Dan ibu mengidam nak makan takoyaki nie.
Baru minggu lepas ibu makan dengan anak-anak semasa outing.
Tiba-tiba terliur lak pulak.
1st time makan tak begitu sedap tetapi kali ke dua yang ibu
makan sedap sangat...Isi ketam melimpah ruah di dalamnya.
Sempat ke nak makan takoyaki sebelum puasa menjelma.....????
RINDU LAMBAIAN RAMADHAN.....

p/s (update terkini ):
Semalam mendapat perkhabaran gembira, adik ibu Dr Ahmad Zakimi dan isteri, Rohaita kerana mendapat Baby baru tetapi malam tadi mendapat khabar  sedih kerana BB dalam keadaan kritikal dan terpaksa meggunakan bantuan pernafasan...
Mohon doa daripada semua.....
Ya Allah, selamatkan BB.....
Mood : Sedih......


About me