Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 Januari 2012

Ibu Dah Kembali Bersama Baby Baru.

Masih dalam mood penat.
Baru sampai rumah setelah 1 minggu bercuti.
Banyak cerita yang ibu nak share.
Jumpa lagi...bye!!!!

p/s:
Belum sempat nak balas komen2 dan BW..

22 Januari 2012

Tuan Rumah Bercuti

Hari ini  tuan rumah mula bercuti.
Mungkin mengambil masa 1 minggu.
Masa berkualiti bersama insan-insan tersayang.
Mahu lupakan seketika alam maya.
Cuba hidup di dunia realiti.
Mampukan ibu???????
Doakan perjalanan kami selamat....amin..amin..amin...

21 Januari 2012

Seharian di Tangkak.

Sebelum cuti-cuti bermula kami ke Tangkak.
Dah teringin sangat nak makan pizza terbaru Golden Fortune Pizza.

Bandar Tangkak yang selalu menggoda ibu untuk shopping kain.
Nasib baik hari ni ibu tak de mood nak shopping kain pasang....

Muka budak kelaparan.
Yang paling ibu tak suka tang pizza hut ni terpaksa menunggu.
Lama pulak tu.
Lapar tau.........

 Muka orang kelaparan........

 Farouk, peminat fanatik pizza..
Kalau makan pizza, awek comel lalu pun dia tak layan...hi.hi.hi....

 Kami order 2 jenis pizza.
Ni cheesy Lava yg paling besar.
Pelahap betul.
Ha ambik, 1 dulang besar.

 dan sedulang pizza terbaru Golden Fortune ....
Orang sebelah jeling semacam je tengok kami order 2 dulang besar pizza...
Ada kami kisah..tak habis kami tapau.......
Golden Fortune Pizza sedap bagi kami berbanding Cheesy Lava yang tak kena dengan tekak kami...
Udangnya sangat rangup dan rasanya nyummy......
Menyesal pulak order cheesy lava tu......hu.hu.hu...

 Terpaksa order air lemon tea dan asam boi ni......
Alahai adik pizza, lain orang order lain dia bagi...
Nenek kebayan order 2 set pizza, dia hantar pizza je.....
Nasib baik nenek kebayan baik tau.
Yelah, Along kata budak tu kawan sebaya dia.
Baru habis SPM.
Nasib baik muka ensom cu.......

 Budak yang makan paling lambat.
Asyik control ayu sokmo.......

Lepas makan, kami ronda-ronda dulu.
Tapi tak delah shopping apa-apa.

 Posing kejap..
Perut kenyang, hati senang......

 Ibu cuma jeling-jeling je masa lalu kat kedai kain tu.....
Fuh!!!Nasib baik tak tergoda...
Lagipun kain yang beli kt Jakel Shah Alam masih ada yang
belum berjahit......

 Farouk dah tak nak layan posing..Katanya dah kenyang...
Nak balik sebab ada appoiment dengan kawan dia.....

 Along dan Angah.
Pakai baju pn macam pakat-pakat je......

 Naurah pulak menyelit..
Tema hitam + pink.....

 dan akhirnya posing dekat pokok besar........

About me