Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 September 2011

Sibuk Berkubang

Hari ini
Kesibukan melanda lagi.
Hari Perkhemahan Unit Beruniform bermula sejak
semalam hingga hari Ahad.
Memang ibu tak sempat rehat.
Malam tadi ibu bermalam kat sekolah.
Tidur selewat 2.30 pagi memantau anak-anak didik....
Yang kelakarnya bila memantau,
tiba dikhemah masing-masing diam seolah sedang nyenyak tidur
sedangkan ada yang tidur dalam senyuman.
Mana mana tu?????

 Entah sapalah berangan kat kebun kelapa sawit tu????
Posing disebalik timbunan buah kelapa sawit.
Monyet-monyet memerhati dengan penuh keliru.......
He.he.he.......

 Cikgu-cikgu yang mengambil kesempatan berkubang di sungai yang cetek.
Sebenarnya cikgu-cikgu kena pantau dulu keadaan dalam sungai tu.
Manalah tau kot-kot ada mak/bapak buaya ke, anaconda ke, badak air ke.......
Ibu/bapa, kalau anak-anak pergi kamping jangan risau ye
sebab cikgu dulu akan menerokai.
Bila dah selamat barulah anak2 murid menyertai........

" Ok anak-anak, sungai selamat untuk kita berkubang...Jom..jom..jom...!!!"
Seronok pula dapat berkubang dengan anak-anak murid.
Habis basah lencun cikgu dikerjakan kanak-kanak ribenaa nie.
Habis disimbah cikgu-cikgu dengan air....
Ok, takpe...cikgu simbah korang 5 kali ganda....ha.ha.ha....
Alang-alang basah, biar lencun.

Naurah pun sertai kamping nie...
Bukan main seronok dia.
Dah berapa hari packing barang-barang macam orang nak pergi Mekah.....

Meneroka alam flora dan fauna sambil mengenali
jenis-jenis pokok yang tak pernah dilihat.....

Semalam
 Mendirikan khemah dan gajet.
Yang seronoknya ibu bapa sama-sama 
bergotong royong membina gadjet dan pintu gerbang.

Solat berjemaah ditengah padang...di bawah sinaran terik matahari.
Kami juga dibantu oleh Guru-guru pelatih dari
Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka
seramai 16 orang dan 2 orang pensyarah.

p/s:
Maaf ye belum sempat nak BW lagi.
Ini pun ibu balik sekejap untuk menukar pakaian.....

22 September 2011

Sambutan Raya Sekolah.

Minggu yang teramat sibuk hingga nak update blog dan BW pun tak sempat.
Minggu ini saja ada 2 program yang besar.
Semalam rewang untuk majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SK.
Esok hingga Ahad ada perkhemahan.
Hari Isnin hingga Jumaat ibu berkursus.
Hari Selasa ada majlis persaraan.
Program bertimpa-timpa.

Hari ini Sambutan Hari Raya diadakan.
Bermula dengan rewang semalam.
Cikgu-cikgu dan staf gotong royong masak
rendang + ketupat segera + lodeh + kuah kacang.

Dalam pertandingan marhaban kumpulan ibu dapat tempat ke 2.

 Farouk dalam pertandingan "Pakaian Kemas  Hari Raya".
Farouk cuma dapat masuk final  @ Top 2.

 Tahun ini Ayah cuma beli sepasang je baju Melayu untuk Farouk...Kesiankan.
Tahun lepas Ayah beli sampai 8 pasang....

 Naurah pun layak ke peringkat akhir dan kawan Naurah yang berbaju pink
menang dalam pertandingan Busana Anggun....

Naurah makan dengan begitu berselera.
Maklumlah air tangan cikgu-cikgu yang paling best in the world......he

20 September 2011

Holiday di Genting Highlands.

Gara-gara Ayah ingin membawa anak bercuti jadi terpaksa 
juga kami meredah 3 buah negeri untuk sampai ke destinasi.
Bermula dengan Johor, Melaka, N.Sembilan dan Kuala Lumpur.
Percutian yang singkat tetapi amat bermakna buat kami sekeluarga.
Kononnya cuti 3 hari sempatlah kami bercuti puas-puas.
Disebabkan Hari Sabtu ibu ada Program Marhaban,
jadinya cuti kami di singkatkan.

Percutian terakhir kami menjelajah 1 Malaysia pada Bulan Jun lepas.
Kami ke Pantai Timur dan mejelajah ke
Penang, Cameron Highland, Perlis/Hadyai, Kedah, dan Perak.
Lebih kurang 3 bulan kami tidak bercuti kerana kesibukkan Ayah dan anak-anak.

Begitulah Ayah, biasanya akan bawa anak-anak bercuti sebelum
mereka menduduki peperiksaan awam.
Konon-kononnya untuk 'release tension" anak-anak.
Ayah bagi peluang anak-anak membuat pilihan tempat percutian.
Semua anak-anak sepakat nak ke Genting Highlands.
Lega ibu rasa kerana tempatnya lebih kurang 250-300km dari rumah.
Kalau dirancangnya pergi ke pulau, haru juga....
Cuma kalau ke GH kena sediakan lebih fulusssss.....

Cuaca kat Genting Highlands sekarang sejuk.
Kabus tebal dan angin yang bertiup terasa dingin dan nyaman..
Mungkin sekarang dah nak masuk bulan 10
dan disusuli hujan.

ibu paling suka tengok gambar yang ini...
Sama je gaya 5 F ni....

Agak-agak apalah si ibu dan anak-anak tengok kat atas tu...
Beria-ia no.....

Buah hati ibu dan ayah.
Mereka sentiasa bersama...
Indah saat melihat anak-anak membesar di depan mata..

lepak-lepak sebelum ke Theme Park....

 Theme Park
Farouk dan ayah memang tidak berenggang.
Asyik berkepit dan berpimpinan tangan.
Alahai, apa nak buat anak manja ayah...

sempat je mana-mana posing.
Penat ibu tau...

Destinasi pertama kami di Thema Park.
Sempatlah meninjau-ninjau di sini.
Yang kesiannya,
masa Beby beratur nak beli tiket,
tiba-tiba hujan turun  dengan lebatnya....
Selamat duit ibu....he.he.he..


 SnowWorld
Masing-masing nak masuk ke Snow World
walaupun kat luar tadi mengiggil kesejukkan....
1 kepala RM20 ringgit.
Semua masuk kecuali Ayah sebab ayah terpaksa jari cameramen kat luar.
Kamera tak dibenarkan dibawa masuk.
Kalau nak bergambar kena bayar RM65 untuk 3 keping gambar je..
Mahal.....

Cabel Car
Naik kereta kabel yang terpanjang di Asia.
Rasanya tiket yang termurahlah di sini.
Turun naik hanya RM10 seorang.
Tapi gambar yang di snap oleh kakitangan sekeping RM35.
Along nak sangat so ibu beli jugalah.....
Masa naik kereta kabel ni kabus teramat tebal.
Masa ni hujan dah turun.....

 Petang kabus makin tebal dan cuaca makin sejuk.

Dalam perjalanan balik Ayah berhenti lagi ditepi jalan.
Ayah tau sangat ibu suka snap gambar dan anak-anak suka posing.
Ayah memang sporting....
Thanks Ayah!!!!!.

Dalam perjalanan pulang hari dah petang..
Dan lebuh raya dari KL , Seremban hingga ke Air Keroh memang
"jam" tahap maksimum..
Maklumlah weekend hari tu cutikan 3 hari....
Tiba rumah dah 10 malam.
Penat sangat-sangat......

About me