Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 September 2011

Gelembung Buaya @ Gelembong Boyo

Pernah tengok benda alah nie????
pic dr en google.

Inilah namanya gelembung buaya.
Ibu pun tak pasti kenapa namanya sedemikian rupa...
Kalau yang tak pernah tengok, gelembung buaya ni
spesis dodol tetapi rasanya lebih menyerupai
"candy" kerana bahan asasnya dari
kelapa/santan dan  tepung pulut.
Rasanya kuih ni produk dari Kelantan.

Masa kecil dulu ibu tak heran dan memang tak
ada keinginan langsung untuk mencuba makanan ni.
Tetapi sekarang setiap kali balik kampung
pasti anak-anak terutama Along dan Angah
merengek-rengek suruh ibu beli.
Bukan mereka nak makan pun tetapi
cikgu-cikgu mereka yang selalu pesan suruh beli.

Rasanya yang manis macam dodol tu memang
tidak sesuai agaknya dengan selera tekak ibu.
Tetapi bila bawa balik sini dan dihidangkan
pada rakan-rakan Along dan Angah bila datang beraya,
pandai pula budak-budak tu makan.


* Ibu pun tak tahu nak cakap apa bila
anak-anak tanya kenapa namanya
"gelembung buaya".
Nak kata macam gelembung pun tak dan apa kena mengena dengan buaya.
Terkedu juga ibu dibuatnya.

12 September 2011

Semoga Berjaya Anak-anak Didikku.

Hari ini ada Majlis Penyerahan Ilmu untuk calon-calon UPSR.
Satu majlis rutin setiap tahun tetapi penuh bermakna buat kami semua.
Majlis yang mampu membuat airmata guru-guru dan anak-anak didik tumpah.

 sesi kemuncak, bersalam-salaman antara anak-anak didik dan cikgu-cikgu.
Cuba perhatikan gambar ke 5 seorang budak lelaki tembam tu adalah "Z" 
yang pernah ibu buat n3 khusus untuknya...
klik sini dan  sini.
Hadirnya di SKPK banyak menguji kami tetapi
apa pun "Z" tetap permata yang berharga buat kami.
Ibu tetap halalkan segala ilmu yang ibu curahkan buat
"dia" walaupun pernah suatu ketika dulu "dia" sering membuat airmata ibu tumpah.
Doa ibu semoga Allah berikan kelapangan pada "Z"
untuk menjawab soalan UPSR.

kasih seorang guru.
Pelukan sayang dan kata-kata semangat untuk terakhir kalinya untuk anak-anak didik ibu.
Pelukkan ikhlas dan tulus sebagai penguat semangat anak-anak didik.
Bagi ibu, merekalah permata yang teramat berharga.
Tanpa mereka siapalah ibu...

Selamat menempuh UPSR khas untuk calon-calon UPSR
seluruh negara.
Good Luck!!!!.

Aktiviti Kami Tanpa Ayah.

Sejak hari Khamis ayah outstation.
4 hari tanpa Ayah dah jadi perkara biasa pada kami.
Dan anak-anak pun dah tak kisah.
Kalau dulu Farouk amat kisah tetapi lama kelamaan 
dia juga sudah terbiasa macam kakak-kakaknya.
Dan mungkin minggu depan ayah terbang lagi.
Dan bulan depan pun ayah akan terbang ke Beijing ...

Naurah bersama kakak senior, kak Alia...
ni open house di Tangkak..

Dan biasanya kami tetap penuhi masa bersama-sama walaupun tanpa ayah.
Semalam ibu penuhi dengan jemputan rumah terbuka.
Kemudian meraikan kehadiran anak-anak murid yang tidak 
putus-putus datang beraya.
Juga menyambut kehadiran rakan yang datang.

Semalam juga baru berkesempatan berhari raya ke rumah 
ibu mertua terchenta....
Terlanjur beraya, ibu singgah rumah kenalan lama juga
rumah baby sitter Farouk dan Naurah.....

 Habis beraya sempat singgah ke MB.
Pot feveret anak-anak.
Padahal masing-masing dah kenyang tu.
Alahai anak...anak...
Lepak-lepak kat MB sehingga Maghrib.....
baru sampai ke rumah..
Sempat along snap sana-sini...

Balik ke rumah badan dah penat + kenyang yang teramat.
Sempat Along suruh ibu posing-posing dulu.
Baju raya yang tak sempat ibu pakai masa hari raya.
Baju sulam manik tu datang dari Bandung.....hi....

Seronok lepak-lepak kat belakang dengan anak-anak sambil tengok TV.
Gitulah kalau ayah tak ada, Farouk dan Naurah
ambil kesempatan memujuk ibu untuk tidur bersama 
mereka di ruang belakang......

Walaupun terkadang tanpa ayah disisi kami tetap ceria
dan mampu lakukan aktiviti bersama-sama.
Dan yang pasti "claim" makan2 di fastfood dan aktiviti shopping2 
kami berderet-deret menanti ayah...he.he.he..
Itulah rutin kami......

About me