Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Jun 2020

ABU DHABI

Assalamulaikum semua.
Belek-belek draf terjumpa dairy hampir nak masuk 2 tahun 
Nasib baik di dalam draf ni ibu dah buat sedikit catatan. 
Kalau nak harapkan daya ingatan ibu memang dah hilang dari radar.
Oklah. Ibu publish la kenangan ini.

25.12.2018
Mencari Redha ALLAH.

Bersua kembali.....
Umrah Pertama 2016 dulu ibu transit di Doha.
Alhamdulillah kali ke 2 ibu menunaikan umrah kami transit di Abu Dhabi selama 3 jam.


Ibu dan abah.
Check in dan berada dibalai berlepas KLIA...

Pengalaman pertama Farouk menunaikan Umrah.



Penerbangan dari KLIA ke Abu Dhabi memakan masa selama lebih kurang 3 jam setengah.
7.25 malam hingga 11.00 malam.


Walaupun penat namun wajah kami tetap ceria.

 
Kami tiba di Abu Dhabi pada 11.00 malam.
Menaiki bas menuju ke balai ketibaan.

Airportnya sangat luas kerana di sinilah tempat transit penerbangan seluruh dunia untuk
ke negara-negara Asia dan Eropah.

Menuju ke balai menunggu...

Alhamdulillah. Selamat tiba.
Kami menunaikan solat Jamak di sini.



Menuju ke balai menunggu.....
Memang sangat luas.
Perlu berjalan lebih 1km untuk ke sini.

Tempoh 3 jam tidak begitu lama sebenarkan kerana perjalanan yang agak jauh..
Menunaikan solat...
Berkumpul kembali di balai menunggu....
Meneruskan lagi perjalanan dari Abu Dhabi ke Jeddah
Menaiki pesawat pada pukul 2.00 pagi dan tiba di Jeddah lebih kurang 4.30 pagi.
Alhamdulillah ALLAH permudahkan perjalanan umrah kali ke 2 ibu.

Perjalanan mencari redha Allah bermula......




22 September 2019

UMRAH-KOTA MADINAH Part 2

Kisah 10 bulan berlalu tapi masih di dalam draf. 
Oklah ibu publish jugalah untuk jadi tatapan anak cucu akan datang.....

26-29 November 2018
Sepanjang 4 hari di Madinah kami dibawa ke beberapa tempat
yang berada disekitar Masjid Nabawi.
Antaranya Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Dua Kiblat, Medan Perang Khandak,
Pasar Kurma, The Holy Quran Exhibition dan lain-lain.

A. The Holy Quran Exhibition

Tempat ni terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi.
Keluar dari pintu pagar Masjid maka kita akan jumpalah
The Hoy Quran Exhibition..

En Suami dan Abah
Ibu dikelilingi hero-hero tersayang...
AllahuAkhbar.....Terima kasih Allah kerana impian ibu tercapai untuk
datang bersama hero-hero kesayangan ibu.


Diperkarangan muzium.

Pencinta kucing

Pencinta kucing..Farouk.
Kemana-mana farouk pergi pasti ada kucing mengekori.
Tapi sedihnya kerana kucing-kucing di Madinah dan Mekah tidak terbela
dan sering dipukul berbanding semasa ibu ke Turki (Klik SINI )....

B. Kebun Kurma Majed

Kami juga berkesempatan melawat ke Kebun Kurma Majed.
Semasa 2 tahun lepas ibu dibawa ke kebun kurma lain.
Ibu rasa kedudukan di kebun Kurma Majed lebih bersih dan tersusun.
Di bahagian dalam berhampiran pintu masuk.

Ibu dan farouk.


C. Bazar Tamar

Kami juga berkesempatan ke bazar Tamar yang terletak berapa jauh dari Masjid Nabawi.
Sempatlah ibu borong kurma, kismis dan coklat untuk dibawa balik.
Menurut pendapat, kurma Madinah lebih berkuali dan merupakan tamar kegemaran 
Baginda Rasulullah s.a.w


D. Jabal-Uhud

Kali ke 2 ibu berkesempatan ke Jabal-Uhud.
Tempat yang banyak menyimpan sejarahnya yang tersendiri.


Sekarang masa untuk mendaki. 
Tak tinggi mana sebenarnya tapi ibu ni sejenis seorang yang gayat...

Abah kemain kusyuk...he3x

Hero ibu. Abah dan Farouk


Jadi model Juara Travel jap. He3x

Hero ibu yang bersemangat.

Taman Hijau

Berhampiran dengan masjid Nabawi terdapat sebuah taman yang subur menghijau.
Taman yang banyak mencatatkan sejarah.

Pintu masuk ada papan tanda.

Di dalamnya tumbuhan subur menghijau.
Kalau tak silap ibu di sini juga tempat pengumuman tentang
 kemangkatan Baginda Rasulullah s.a.w.

Masjid Quba



Ya Allah bila belek2 kembali gambar-gambar ni bertapa rindunya ibu untuk ke sana.
Semoga Allah sentiasa menjemput kami ke sana. Aamiin.



4 September 2019

Restauran Nasir NARATIWAT THAILAND

NARATIWAT-21.12.2018

Assalamulaikum semua....
Emmmm...kononnya nak abiskan kisah kami semasa bercuti ke
namun ianya dah bersawang juga akhirnya.
Oklah kita sambung sikit lagi.
Ibu dah draf lama kisah ni sebenarnya.
Selepas singgah di Masjid Kerisik,
 kami meneruskan perjalanan ke Narratiwat.
Pattani ke Naratiwat lebih kurang 1 jam lebih.

Nasir Seafood Restauran.


Seorang dikenakan 2250 bath = RM25-RM30.
Berbaloi-baloilah sebab pelbagai jenis seafood disediakan.
Pelbagai jenis nasi dan mee.
Pelbagai jenis bubur dan desert.
Makanlah sebanyak mana yang mampu ditampung perut....ha3x.

2 orang hero ni memilih seafood untuk dibakar.

Giliran kaum wanita pulak.


Surau pun ada disediakan di sini.
So tak perlu risau sampai pukul berapa sebab kita kita  solat je kat sini.

Ok..dah kenyang kita balik ke pangkal jalannnnnn......

About me