Bersua kembali.........
Salam kerinduan buat semua.
Dah bersawang dah blog ibu nie.
Kesibukkan melanda menyebabkan blog ibu terabai.....
Alhamdulillah cuti 4 hari lepas sempatlah ibu dan ayah adakan
majlis kenduri kesyukuran dan tahlil buat arwah k.long dan abg long.
Kami adakan kenduri malam Selasa memandangkan ramai
saudara mara keluar bercuti.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Menu pun tak sempat nak snap gambar.
Malam tu menu :
ayam masak merah + masak lemak labu dan turi + sayur goreng + kuih muih dan buah-buahan.
Menu simple je tapi alhamdulillah licin.....
Dah lebih sebulan ibu berpindah ke rumah baru.
Belum sempat deco2 sepenuhnya akibat kesibukkan.
Sempat buat ala kadar je.
Lagipun ibu perlu uruskan rumah yang ditinggalkan.
Terpaksa mengemas 5 buah bilik di rumah lama.
3Farah pula masih belum cuti so barang-barang mereka masih di rumah lama.
Gambar ni ibu snap masa kami belum pindah.
Kosong...kosong...kosong....
Ayah yang banyak memainkan peranan.
Semua perabut ayah yang order dan beli.
Susun atur pun ayah dah siap2kan.....
Alhamdulillah...Ayah seorang pemerhati yang sangat baik.
Ayah tahu semua cita rasa ibu walaupun selama ini kami sering bercanggah pendapat
terutama tentang perabut.
Kali ni Ayah memilih semua perabut berasaskan jati kegemaran ibu.
Cuma bilik dan ruang tamu ke 2 ayah memilih citarasa moden.
Lebih sebulan rumah siap ibu masih di rumah lama.
Hanya weekend je kami bermalam di rumah baru.
Feel nak pindah masa tu belum datang........adeh
Masih banyak benda yang perlu disettlekan.
Masih banyak lagi perabut yang diorder belum tiba.....
Bilik anak dara pun ayah yang deco-deco....
Tak sangka ayah sangat-sangat alert tentang warna dan tema kegemaran ibu dan anak-anak.
Paling ibu tak tahan nak gelak tang bilik Farouk.
Kononnya ibu dan Ayah pilih cadar dan langsir bertemakan kartun.
Tetiba Farouk kata :
"Ibu...Farouk dah remaja la....tak nak la kartun2 camtu...segan la..."
Haaaa.....terkedu ibu seketika....Bagi ibu Farouk tu masih Baby Boy ibu.
Dah berangan dia dah "remaja"...Adeh.
Terpaksalah ibu dan Ayah pergi ke kedai langsir.
Suruh dia pilih sendiri corak kainnya.
Maka gigilah ibu jahitkan langsir baru Farouk......huhuhu......
Deco2 bilik Farouk pun belum siap lagi......
Paling ibu tak tahan nak gelak tang bilik Farouk.
Kononnya ibu dan Ayah pilih cadar dan langsir bertemakan kartun.
Tetiba Farouk kata :
"Ibu...Farouk dah remaja la....tak nak la kartun2 camtu...segan la..."
Haaaa.....terkedu ibu seketika....Bagi ibu Farouk tu masih Baby Boy ibu.
Dah berangan dia dah "remaja"...Adeh.
Terpaksalah ibu dan Ayah pergi ke kedai langsir.
Suruh dia pilih sendiri corak kainnya.
Maka gigilah ibu jahitkan langsir baru Farouk......huhuhu......
Deco2 bilik Farouk pun belum siap lagi......
Terima kasih Ayah kerana buat kejutan dan menghadiahkan semua ini buat kami
di hari kelahiran Ayah pada 14.4.2015.
Kata Ayah, biarlah kali ni ibu dan anak-anak cuci kaki melangkah ke syurga baru kami......
p/s:
Hari ni ibu berkursus lagiiiiiii........
p/s:
Hari ni ibu berkursus lagiiiiiii........