Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 Mei 2014

Kedai Buku dan Tutti Fruti

3 hari cuti masa untuk ibu dah 5F outing.
Kebetulan Along balik bercuti.
Makin panjanglah langkah kami...
Nak pergi bercuti pun ayah dah 3 hari outstation.
Maka kami outing + makan-makan + shopping-shopping jelah.

Kami ke book store yang terletak di pusat membeli belah.
Angah nak cari esklopedia kisah sahabat-sahabat nabi.
Kebetulan baucer Angah masih berbaki RM150.
Lagipun Angah dah tamat Asasi so tak ada keperluan lagi untuk membeli buku rujukan... Lama jugak kami di situ...keluar dari situ dah hampir pukul 10 malam.
Dah macam pasar malam kedai buku tu.
Penuh dengan orang ramai.
Mungkin masing-masing nak habiskan baucer buku kot.

Menunggu Angah membuat bayaran dikaunter.

 Sebelum balik singgah sekejap pekena eskrim di Tutti-frutti.
Niat hati nak makan dominos pizza terpaksa dibatalkan sebab terlalu ramai orang......

Peminat aiskrim...

Dah larut malam baru sampai rumah.
Jalan pun sesak, mungkin kat Johor
cuti selama 3 hari.
Masing-masing ambil kesempatan balik kampung.


30 April 2014

Kehilangan Lagi

Patah tumbuh hilang berganti.
Sekali lagi kami kehilangan Bos yang amat kami sayangi.
Walaupun beliau baru 8 bulan berkhidmat di sekolah tempat ibu mengajar namun
kemesraan kami sukar untuk diluahkan.
Apakan daya, "Saya Yang Menurut Perintah".
Kami perlu akur.

Kami adakah majlis di sekolah pada sebelah pagi.
Malas pulak ibu nak upload gambar-gambar tu.
Rasa takde mood pulak nak edit bagai.......
Sekeping gambar kenangan bersama "Bos" kami.
Seorang yang sangat perihatin, mengambil berat, 
lembut tutur kata dan menceriakan hari-hari yang kami lalui bersama.

2-3 hari selepas majlis perpisahan di sekolah, kami berkumpul di
sebuah restaurant.
Majlis ringkas meraikan perpisahan GB lama dan menyambut kehadiran GB baru.
Ramai jugak yang hadir.
Masing-masing datang bersama family.

Menu malam tu....ikan siakap 3 rasa, sotong goreng, kupang masak sambal, ikan pari bakar, 
sup sayur, dan pelbagai menu lain.
Makanan memang boleh tahan sedap tapi ibu kalah dengan belacan.
1 minggu ibu menanggung sengsara sakit kepala dan resdung akibat alahan...
Adehhhhh........inilah membuatkan ibu malas sangat-sangat makan kat luar
terutama restaurant sea food.......

Body guard yang menemani ibu malam tu.

Majlis bersurai lebih kurang pukul 9.30 malam....

28 April 2014

The Big Bad Wolf

The Big Bad Wolf?????
Kalau tegok tajuk macam tak best je kan....
Hari Sabtu dalam kepenatan baru balik dari Tanjung Malim,Perak 
kami ambil kesempatan mengunjungi Karnival Buku yang diadakan di Melaka.
Masa kami sampai memang ramai sangat pengunjung..
Maklumlah masa kami pergi tinggal lagi sehari sebelum karnival tamat.

 Di pintu masuk...Memang murah sangat-sangat.
Potongan harga antara 75%-95%.
Murahkan.....
Peminat-peminat buku a.k.a novel memang berbaloi-baloi kalau datang sini.

 Anak-anak mula rambang mata.
Ibu seorang je yang tak minat novel so tidak teruja sangat.
Nama je cikgu PSS....adeh.......

 Along dan Angah nak habiskan baucer buku (BB1M).
Masing-masing cuma habiskan RM100 seorang.
Bayangkan sekotak buku tu cuma RM200.
Kalau harga biasa RM400 pun belum tentu dapat.
Novel penyiasatan dan siri seram yang tebal versi bahasa Inggeris jadi kegemaran 4Farah tu.
Bayangkan sebuah buku yang berharga RM20+ dapat RM5 sebuah....
Tak berpeluh ibu menunggu 4Farah tu memilih buku-buku tu semua......

 Selesai urusan di pesta buku kami ke Eon.
Menghabiskan duit kat Mr DIY dan Daiso.
Kalau melangkah masuk ke 2 tempat ni confirm ibu boleh lupa diri.
Semua berkenan......
Tau-tau mesti 3 angka $$$ melayang....


Selesai melabur duit kat situ kami ke pot  isi perutttt....
Spegeti

Mencuba pizza yang baru.
Rasanya biasa-biasa saja...Ibu lebih suka dominos pizza........

Menu sampingan, meat ball dan seafood lasagna.

Wajah ceria 5F menunggu makanan..........

Buku yang diborong oleh 3F.
Fuh..tebal-tebal semuanya,..
Nampak gaya ibu KIV dululah......

About me