Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 April 2014

Naurah dan Hari Anugerah Cemerlang.

Petang semalam (Isnin) ibu berkejar balik ke rumah dari sekolah.
Tak sempat makan berkejar pula ke sekolah Naurah.
Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG bermula pada pukul 2 petang...
Fuh!!!!memecut tak hinggat.
Nasib baik sempat tukar baju.....

Begitulah rutin setiap tahun ibu.
Saban tahun hadir menyaksikan anak-anak menerima hadiah kecemerlangan.
Hadiah terindah daripada anak-anak buat ibu dan ayah.
Syukur Alhamdulillah.......Terima Kasih Allah.

Ibu ni kalau ke majlis orang akan berubah laku jadi seorang sangat pemalu...hik.hik.hik.....
Boleh caya ke? tapi silalah percaya.....
Snap gambar dari tempat duduk jelah.
Dah la kakak Naurah tu kecik, bertambah kecik bila ibu snap dari jauh....huhuhu....

Alhamdulillah walaupun Naurah bersekolah di sekolah harian (menolak tawaran ke SBP)
namun dia tetap buktikan dia mampu kekal cemerlang.
Syukur Alhamdulillah kerana Naurah bersama 2 orang rakan menerima Anugerah Khas Emas
keseluruhan pelajar tingkatan satu pada tahun lepas.
Kalau tak silap ibu pelajar tingkatan 1/2013 tu seramai 270 orang.....

OTW balik ibu sempat interview Naurah.
"Kalau kakak cemerlang dalam PT3 tahun depan kakak masuk asrama penuh ye...."
(sekadar ingin menduga sebab kalau boleh ibu nak anak-anak sentiasa disisi ibu)
Naurah : Tengok la dulu ibu......

Ibu doakan agar Kakak terus cemerlang dan berjaya mengikut jejak langkah Along dan Angah
dan insyaAllah kak Nana (Beby) ke menara gading.
Buktikan pelajar sebuah sekolah harian yang terpinggir juga mampu bersaing dengan
pelajar-pelajar di sekolah ternama......aminn....
Terima kasih cikgu-cikgu yang terlalu banyak berjasa pada
anak-anak ibu.
Maklumlah, ibu ni nama je cikgu tapi tak rajin nak memantau homework anak-anak.
Dan anak-anak ibu juga tidak pernah tuisyen diluar kecuali di sekolah....
Sebab tu ibu sangat berterima kasih pada guru-guru 4Farah yang mencurahkan
ilmu tanpa jemu pada anak-anak ibu.
Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa-jasa kalian.
Terima Kasih Kakak kerana membahagiakan ibu dan ayah!!!!!!

p/s:
2.40 pagi ibu menerima khabar sedih.
Pakcik ibu telah pergi buat selama-lama.
Amat sedih kerana tidak mampu menatap wajah terakhir pakcik.
Seorang pakcik yang paling rapat dalam hidup ibu.
Semua Allah tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah.

31 Mac 2014

Gadget Ibu vs Farouk

Bulan ni ibu terpaksa melabur lagi sebahagian duit gaji untuk beli lappy baru.
Bukan saja-saja nak habiskan duit tapi "terpaksa" beli untuk memudahkan urusan kerja ibu.
Rasanya ini adalah lappy ibu yang ke 6.
Yelah..jangka hayat lappy tak lama.
Bila dah 2-3 tahun mulalah sakit sana sini.....
Sebelum ni ibu pernah guna Dell dan kemudian taksub dengan Acer.
Kali ini brubah hati pada Toshiba pulak.
Lappy yang dah lama tu ibu let go pada anak-anak kat rumah nie jelah.....

Buah hati baru ibu.

Farouk juga "terpaksa" ibu belikan tab baru bagi mengantikan
tabnya yang dibeli semasa ke China pecah berkecai bulan lepas.
Kesian pulak tengok.
Lagipun tab ibu dan iPad Along selalu jadi mangsa dia.

Buah hati baru Farouk.

Kali ini ibu beli tab berjenama Malaysia yang lebih murah berbanding tab Samsung Farouk.
Cukuplah untuk dia layan game yang entah apa-apa tu.......
Yang penting dia tak kacau tab ibu lagi....


30 Mac 2014

Kisah Sebalang Telur Itik.

Tajuk macam sebuah cerita la pulak.
Kisah kali ni tentang sebalang telur itik.
Apa la ibu ni, telur itik pun nak dijadikan n3..muhahaha.
Sebenarnya telur itik ni melalui perjalanan yang jauh dan berliku.....
Bermula kisah adik ibu belikan telur-telur itik untuk ibu.
Dia ingatkan ibu balik dengan kereta untuk balik kampung 
tapi rancangan terpaksa ditukar disaat akhir.
Ibu balik naik BAS.....

Hari terakhir adik ingatkan ibu tentang telur-telur itik itu.
Rasa serba salah.
Nak tinggal rasa rugi sebab ibu dan anak-anak peminat telur masin.
Memang selalu ibu beli yang dah siap tapi kali ni keinginan untuk
membuat telur masin sendiri membuak-buak....adeh...

Maka dengan gigihnya ibu membalut botol yang berisi
dengan telur itik tu.
Bukan main tebal.
Ibu selit dicelah-celah kain baju.
Beg besar tu ibu tatang bagai minyak yang penuh.
Al-maklumlah kan...dalam tu ada sesuatu yang sensitif.
Tiba di station bas, mata ibu asyik tertumpu pada beg kain baju tu.
Umpama penyeludup yang membawa barang larangan...hahaha.....
Sebab pernah dulu ibu seludup telur-telur penyu dalam bagasi sewaktu ke Sabah.
Kiranya ada pengalaman la bab-bab menyeludup telur....hik.hik.hik

Tiba-tiba tanpa terduga ibu tersepak dan beg itu tergolek
360 darjah....
Alamak, ibu dah suspen masa tu...redha jelah jika telur tu pecah.
Yang paling ibu risau, habislah kain baju ibu akan berbau telur....
Dahlah perjalanan memakan masa 12 jam.....

Bas pulak buat hal.
Sepatutnya tiba pukul 8 malam tapi 2 jam 30 minit kemudian
baru muncul.
Masa tu punyalah ibu risau.
Rasa macam nak jerit je kuat-kuat....
Bayangkan ibu jerit dan tiba-tiba telur-telur itu menetas dan keluarlah
anak-anak itik dari beg kain baju ibu........
Macam-macam ibu fikirkan....hati tengah sedih kerana
terpaksa meninggalkan mama, abah, dan pakcik yang sedang tenat.
Bas pulak buat hal......dugaan betul.......
Ibu ni memanglah sentiasa nampak cool walaupun dalam hati Allah saja yang tahu.
Saat begini ibu tidak akan putus beristifar..........

Alhamdulillah perjalanan kami selamat walaupun tiba lewat.
Ibu tiba di Tangkak dalam pukul 8.30 pagi.
Ayah dah sedia tercegat menunggu ibu dan anak-anak.
Sekejap je kami jumpa kerana ayah ada meeting lagi di KL.
Kami berpisah di situ dan 
Beby yang memandu kereta semasa balik ke BG.

Penat tak payah cerita tapi telur itik punya pasal ibu
gigih bersilat kat dapur.
Telur2 tu ibu sental sampai putih melepak....

Rebus air + garam ----> sejukkan.
(1 biji telur = segengam garam....petua daripada mama)
Masukkan dalam balang berisi telur + asam keping.

Petangnya call mama....
Menurut mama 2 minggu lagi baru boleh makan....Fuh!!!!lamanyaaaaaa.......



About me