Minggu lepas ibu memang agak sibuk.
Banyak aktiviti luar yang perlu ibu hadir.
Hari Ahad ibu keluar sekolah lebih awal menguruskan
Hari ke dua ibu berkampung selama 2 hari di Pagoh.
A. Pencarian TOKOH NILAM Daerah
di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh
( 17-18.2.2014 )
Tahun ke 3 ibu dilantik sebagai hakim yang arif lagi bijak sana....ye la sangatkan...
2 hari berkampung di Pagoh.
Seawal pagi ibu dah bergerak.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit saja....hehehe....
Aktiviti yang agak memenatkan namun ibu rasa sangat enjoy dikeliling
rakan-rakan yang sekepala daripada sekolah lain.
Masa inilah kami bertukar pendapat, bergelak ketawa, dan berkongsi segala-galanya.......
1. Hakim yang entah apa-apa......
2. Saja nak tayang tag....hehehe....
3. Bahan yang diwakili oleh salah seorang wakil sekolah ibu.
Kotak tu hasil kerjatangan rakan ibu Pn Hamizah.
B. Kejohanan Merentas Desa
(19.2.2014)
Belum hilang penat berkampung di Pagoh, balik sekolah kena jaga check point pulak.
"Saya Yang menurut Perintah".
Maka setengah hari ibu jadi "penunggu" di kebun kelapa sawit.....
Macam biasa, kamera fokus pada Farouk untuk diabadikan dalam dairy.
1. Dah nampak bujang ensom ibu diapit oleh gadis-gadis.....
2. Farouk dapatkan kad check point ke 2 daripada cikgu.
3 dan 4. Siapa sangka si bujang yang nampak lembek ini mampu meraih
tempat ke 14 acara bawah 12....Tahun lepas Farouk dapat tempat ke 12 bawah 10.
Mungkin stemina Farouk kuat kot.
Walaupun Farouk pengidap asthma, ibu tak halang dia bersukan.....
Setakat ni dia tak alami masalah jika bersukan......
C. Kursus Kepimpinan
di UiTM Segamat
( 20.2.2014)
Hari berikutnya ibu bersama 4 orang rakan guru membawa
seramai 69 orang wakil pemimpin sekolah ke UiTM Segamat.
2 buah bas mengangkut kami ke sana.
Perjalanan hampir 1 jam.....
Alhamdulillah kami disambut dengan begitu mesra oleh pihak
pengurusan sana.
Segala urusan diatur oleh pihak UiTM.........
1, 2, 3 dan 4. Pastinya terselit gambar Farouk.....
5. Anak-anak kecil yang comel ini adalah Penolong Ketua Kelas Tahun 1,2 dan 3.
Mereka menarik perhatian kakak-kakak dan abang-abang pelajar di sana.
Maunya kakak dan abang tak geram tengok si comel2 ni..
pantang nampak orang lalu lalang pasti mereka akan
melambai-lambai sambil jerit-jerit:
"Hai abang...hai kakak......"....comelkan......
1.Lecture yang sangat ensom dan kelakar.
Ceramah motivasinya mampu buat anak-anak didik gelak sakan.
Mata ibu pun tak jemu-jemu tengok wajah dan perwatakannya yang menarik.....hahaha....
2. Cikgu yang "berdidikasi"......hehehe......
3. Anak-anak didik tekun mendengar ceramah...
1 minggu ibu terpaksa meninggalkan anak-anak didik.
1 minggu anak-anak ibu terpaksa membawa diri.
Begitulah tugas seorang guru yang pelbagai.
Dan 21-22.2.2014 ibu habiskan cuti-cuti weekend bersama insan-insan
tersayang pula.
Tunggu n3 seterusnya......