Siri pertama siri jelajah Disneyland( "out door" ),
hari ni ibu buat siri ke 2 pulak.
Siri ke 2 di Disneyland dan mungkin terakhir sebab banyak lagi destinasi lain
hari ni ibu buat siri ke 2 pulak.
Siri ke 2 di Disneyland dan mungkin terakhir sebab banyak lagi destinasi lain
yang sedang menanti untuk diterbitkan...
Ibu pun tak begitu rajin nak menulis akibat kesibukan yang sedang melanda
umpama taufan tsunami....huhuhu.....
umpama taufan tsunami....huhuhu.....
Selain aktiviti "out door" di sini juga ada banyak aktiviti "in door".
Itupun kami pilih-pilih je sebab orang teramat ramai.
Ramai juga pelancong dari Malaysia dan rupanya ada 1 family makcik ibu
pun datang ke sini pada tarikh yang sama...
Tau-tau bila baca FB dia.......
Aktiviti in door yang pertama kami terjah kat sini.
Sebenarnya 2 kali jugak kami masuk ke sini..
Tujuannya nak kurangkan kesejukan di luar sana......muhahaha......
Kat dalam memang bestlah sebab kami dibawa ke alam fantasi.
Seolah-olah berada di dalam sebuah big book....
Animasi 2D dan 3D amat menarik....diiringi dengan sesi cerita dan lagu-lagu yang menarik....
Yang paling kat dalam ni kami tidak mengiggil kesejukan....
Yang paling kat dalam ni kami tidak mengiggil kesejukan....
Keluar je dari sini kami dihulur dengan sekeping kad kecil.
Tuntutan untuk mengambil gambar.
Ada beberapa saiz gambar yang boleh dipilih semurah (?) RM60-RM200.
Mula-mula nak jugak beli tapi bila tengok muka kami dalam gambar tu tak senonoh terus cancel.
Memang tak hinggin pun nak beli.....Hahaha....
Selamat duit mak jemah.....
Kemudian merayau-rayau lagi.
Jumpa pulak tempat nie.
Terus beratur ke depan sebab kebetulan orang belum ramai.
Kat sini cinema 3D cerita animasi mickey and the geng....
Pakai cermin mata 3D dulu ye anak-anak......
Movienya memang menariklah bila dalam bentuk 3D
Bila mickey masuk dalam air, kita pun turut direnjis dengan air....eeeeeee....tak suka betul.
Sejukkkkkkk tau.......
Kemudian kami juga masuk ke sini sebanyak 2X.....
Posing dulu.
Masa ni Farouk sedang sedih sebab berebut dengan kakak nak drive kereta masa kat atas tadi.......
Aduyai..mamat air mata nih...
Kakak senyum je tanpa rasa bersalah.....
Best jugak kat dalam nie.
Penerokaan beserta game yang sangat-sangat buat ibu lupa diri.
Lupa seketika diri ini dah tua....
Terasa macam kanak-kanak rebina pulak.....
Main tembak menembak yang sangat best.
Kereta yang kita naiki boleh dipusing2 360 darjah.
Sampai naik pitam.......
Bila Farouk tengok markah ibu dah ratusan ribu dia mula jeles.
Katanya ibu ngelat la, ibu overlah..ibu itulah..inilah..
Yang pasti ibu menang.........ha.ha.ha....
Ada beberapa tempat lagi kami pergi.
Ada juga tempat-tempat yang anak-anak tak nak masuk sebab setengahnya
ada yang terlalu adventure dan menakutkan.
ibu redha jelah sebab ibu pun spesis yang sama......hik3x.....
Lebih kurang 9.30 malam kami mula bergerak keluar dari Disneyland
setelah menonton pertunjukan bunga apa dan perarakan.
Dah tak tahan menanggung kesejukan yang makin menjadi-jadi....
Selamat tinggal Disney...
Insha Allah, ada rezeki kami datang lagi.
Dan Farouk berjanji bila dah kerja nak bawa ibu dan ayah ke sini
bersama isteri dia...
Aduyai..larat lagi ke ibu dan ayah nak menapak ke sini masa tu.......
Malamnya kami menuju je sebuah destinasi @Daerah ke 3 yang lebih sejukkkk.
Shenzen kami datangggggggggggg.......
p/s:
Tahun 2014 ibu menabung dalam tabung ayam untuk ke destinasi
lain pulak.........