Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 November 2013

Bebelan Farouk dan Melaka

Semalam selepas habis sekolah ibu terus ke Melaka untuk jemput Along.
Along akan bercuti mid-sem selama 9 hari.
Selepas ke UTeM, Along dan Angah request nak ke Dataran Pahlawan.
Memang tak ada kerja la tu anak-anak dara ibu nie...shopping kat F.O.S.
Hobi yang diwarisi dari ibu..........
Ibu senyum...."Senyum , jangan kata apa-apa.."

Ibu tak ikut mereka bershopping akibat ada sibujang Farouk.
Mamat ni bukan suka aktiviti kami.
Dia tak sporting macam ayah.
Kalau ayah berapa lama sanggup tunggu
tapi si mamat ni membebel tak habis-habis....

 Nak tutup mulut Farouk ibu belikan ais krim corneto.
Diam sekejap mulut dia sebab nak habiskan ais krim..
Lepas tu dia layan game kat tab.
Lama-lama membebel lagi..
Farouk : "Hish, Farouk tak suka la orang prempuan nie...suka habiskan duit..."..
Hamboi-hamboi...terasa ibu tau.....
Dah bosan menunggu kat tepi kolam, ibu ajak dia ke McD.
Dah tak ada pilihan sebab nak ke pizza-hut agak jauh menapak.
Rasa bersalah pulak makan McD.

Suruh dia pilih nak order apa.
Macam biasa Farouk suruh ibu pilih.
Itu satu kelebihan Farouk.
Dia akan tanya : " Ibu ada duit ke?..Ibu tak kisah ke?..Ibu nak ke?...Farouk ikut je..bla..bla..bla...
Macam la ibu tak biasa belanja dia makan......

Diam kejap mulut dia.
Yang Along dan Angah ni pun shopping sampai tak hinggat dunia.
Sampai Farouk siap pergi refill air lagi.

Lama jugak kat sini Farouk dah mula membebel semula.
Aduyai...Ayah tak pernah membebel macam Farouk tau walaupun ibu lelama shopping.
Tapi Along dan Angah tu boleh tahan lamanya.
Sejak dari lepas solat Zohor bershopping sampai azan Asar tak keluar-keluar lagi......
Dah lebih dari ibu nie....

Ibu ajak Farouk ke Taman Bunga Merdeka yang terletak berhampiran DP.
Ramai pengunjung masa ni terutama rombongan sekolah.
Minggu depan pun Farouk akan ke sini dalam lawatan sambil belajar.
Posing kejap.

Hilang la sekejap kebosanan Farouk bila ibu bawa ke sini.

Kapal terbang perang.....

Depan keretapi Tanah Melayu.

Depan deretan Muzium.
Niat hati nak masuk muzium setem tapi rasa malas pulak nak ke sana.
Lagipun ibu tengah penat maklumlah dah seharian di sekolah, lepas tu lalui trafik yang
sesak di highway. 
Masuk Bandaraya Melaka bertambah sesak sebab hari Sabtu nak raya Deepavali....

Pusing-pusing dan tangkap gambar.
Dah penat kami rehat kat taman.
Si Farouk dah penat + moody.

Mulutnya bising lagi membebel sorang-sorang..
Tiba-tiba terkeluar ayat dari mulutnya buat ibu sentap dan gelak besar :
"Hish..kalaulah Farouk dapat isteri macam kakak2 ni memang Farouk cerai je.."
Ibu : Hamboi muluttttt.....Tak baik tau cakap perkataan tu.
Nanti kalau Farouk dah kawin Farouk kena sayang isteri.....
Allah tak suka orang lelaki yang
ceraikan isteri. 
Ayah pun tak kisah tunggu ibu lama-lama....
Farouk : Yelah...tapi ibu jangan cakap kat sapa-sapa tau.
(Mungkin rasa bersalah sebab terlepas cakap....)
Tak berapa lama Along dan Angah muncul.
Kami solat Asar di surau berhampiran.

Masa dalam kereta ibu ceritakan tentang bebelan Farouk.
Masing-masing sentap dan terbahak2 kami ketawa.
Farouk moody + malu je masa tu....
Farouk : Alah ibu ni...ibu kan janji tak nak bagitau sapa2.....Tak baik tau...
Dia buat-buat tidur.......Hahaha......
Tak tahan dengar kata-kata dia tu......
Kalau la Farouk baca n3 ni habislah ibu.....he3x......

31 Oktober 2013

Hadiah "Misteri"...

2-3 hari lepas ibu dikejutkan dengan kehadiran 7 botol minyak wangi
"Far Away" dan "Soft Musk" kegemaran kami..
Terkebil-kebil ibu anak beranak...Confius dan terperanjat kejap.
Tanya Farouk siapa yang bagi....Katanya achik sebelah bagi kat ibu.
Pelik jugak sebab ibu tak ada pun order minyak wangi avon nie...

Esoknya ibu jumpa jiran sebelah.
Tanya tentang minyak wangi yang diberikan semalam.
Rupanya "Daddy" angkat 5F ,Sir Lee Cheng Kin bagi untuk kami anak beranak.

Mulia sungguh hati Sir Lee ni.
Sering menghadiahkan kami macam-macam sejak anak-anak ibu kecil lagi.
Masa lahirkan Farouk pun, dialah bagi hamper yang paling besar.
1 tahun tak abis Farouk pakai hadiah yang diberikan.
Semasa kami ke Sarawak, Sir Lee lah yang sering menolong ibu menyorong Farouk
di dalam kereta sorong......
Semasa 3F sekolah, Sir Lee lah yang sering bagi duit poket dan
belanja mereka makan.
Sewaktu itu Sir Lee masih mengajar di sekolah 3Farah sebagai guru Bahasa Inggeris.

Walaupun kami berlainan bangsa dan agama namun 
ikatan persaudaraan dan kekeluargaan tetap terjalin erat.
Sir Lee jugalah orang yang pertama "wish" tahniah dan bangga
bila Along dan Angah berjaya ke universiti.
Bertapa beliau gembira melihat kejayaan anak-anak ibu dan ayah.

Beliau jugalah yang sering menghadiahkan kek bila tiba hari jadi ibu dan anak-anak.
Dan beliau tidak pernah lupa berikan pelbagai cenderamata
setiap kali OS atau hari-hari bersejarah 5F.
Sering memberi nasihat berguna terutama pada Along dan Angah.



Hadiah "misteri" yang kami terima.

Antara kejutan yang Sir Lee berikan buat kami, 
Dan banyak lagi sebenarnya yang telah Sir Lee
berikan buat kami terutama 5F.

Beliau amat menghargai sebuah ikatan persahabatan dengan ayah.
Tidak terbalas jasa baik Sir Lee pada kami sekeluarga.
Ibu dan anak-anak sentiasa mendoakan agar Sir Lee sentiasa
diberi kebahagiaan dan kesihatan yang baik......
Dimurahkan rezeki....
Juga semoga Sir Lee bertambah sihat dari penyakit yang dihidapinya, 
serta bahagia disamping keluarga tersayang......
Jasa Sir Lee tetap dalam ingatan kami sekeluarga buat selama-lamanya.......
TQSM Sir Lee..
May God Bless You Alwayzzzz......

Petikan FB ibu :

30 Oktober 2013

Tanpa Bicara-Ais Krim

Layan....Nyum..nyum..nyum....


About me