Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 September 2013

Ibu dan Kain Batik Sarawak.

Hari Selasa naik sekolah ibu ada terima 2 bungkusan serentak.
1 dari Sarawak dan 1 dari Putra Jaya.
Itupun rakan-rakan maklumkan ada bungkusan di pejabat sekolah.
Maklumlah, ibu banyak habiskan masa di PSS.

Bungkusan 23 helai kain batik Sarawak yang ibu order dari UmmiRoss.
Buka je bungkusan ni, tak sempat nak snap gambar sebab15 helai kain
telah dirembat oleh rakan-rakan ibu.
Wah bukan main laris.
Macam goreng pisang panas.....
Ibu pun tak sempat nak tilik kain-kain tu dah disambar rakan.

Ini ajelah baki yang tinggal daripada 23 helai.

Dalam sibuk dok berebut kain batik tu, hati ibu berbunga riang.
Berdebar hati semasa membuka bungkusan
souvineer daripada ummi.

Taraaaa.....
Cantikkan.....Bukan main lebar senyum ibu melihat kain batik nie.
Ibu sempat sorokkan kain batik yang amat-amat sweet ni.
Ramai jugak rakan-rakan yang berkenan tapi ini adalah hadiah khas daripada UmmiRoss
untuk ibu.
TQSM Ummi....Sayang Ummi ketat2...Muah3X...

18 September 2013

Oh My English dan Beby.

Tajuk tu ada berkaitan dengan ibu.
Sebab ibu memang broken abis Bahasa Inggeris...muhahaha..
Tapi nasib baik 4FARAH tidak mewarisi kelemahan ibu tu....
Farouk belum dapat dikesan sebab masih di sekolah rendah.....

N3 ni tiada kaitan langsung dengan diri ibu.
Kisahnya berkaitan dengan Beby a.k.a Farah Najdah.
Ini pun n3 yang ibu peram beberapa minggu....

Sijil Pelajaran Malaysia untuk 
Oral English Test Beby dah terima 2 minggu lepas,
tapi akibat kelemauan ibu maka baru nak tepek di sini.

 Sijil Oral English Test ni dah beberapa minggu Beby dapat 

Dan ibu tak nafikan Beby antara pelajar cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah.
Dan Beby juga dah 2 tahun terpilih antara pelajar tajaan OUM
dalam subjek Bahasa Inggeris.
Kalau speaking, slang Beby mengalahkan "minah-minah salleh" tu...hahaha...

Ok ibu zoom sikit.
Maaf ye gambar blur sebab snap ditempat yang gelap dengan tab.....

Alhamdulillah 4 daripada 5 konstruk Beby dapat Level 6.
Level yang paling tinggi dan "speak coherently" Beby dapat level 5.
Tidak sia-sia Beby mendapat tajaan daripada Open University Malaysia

Ibu risau Beby ni sebab terlalu tumpukan pada subjek BI.
Dia sanggup bersengkang mata, sanggup masuk segala bagai pertandingan
yang dalam kategori BAHASA INGGERIS.
Bertapa taksubnya dia pada subjek itu.........

Beby mula memasang angan-angan mengikut jejak Angah memohon Asasi.
Cuma katanya pilihan pertama sudah pasti  Asasi TESL.

Tapi Beby kena ingat, nak minta Asasi perlu result SPM yang paling top,
cemerlang dan the best
dalam semua subjek-subjek lain terutama dalam
subjek Fizik, Add-Math, Biologi dan Kimia.....
Debaran ibu makin terasa saat-saat SPM makin menjelma.
Beby ni belajar tak struggle macam Along dan Angah
walaupun dia meraih pelajar cemerlang dalam PMR yang lepas.
Ibu tengok tuan empunya badan releks semacam je....aduyai..risau sangat-sangat.

Tepek Gambar Kenangan Beby.
Gambar kenangan semasa menerima Anugerah Pelajar Cemerlang PMR.

Beby bersama rakan yang sama-sama cemerlang....

Keratan Akhbar semasa Beby terpilih menjadi pelajar cemerlang Sijil Khas Agama. 
Gambar atas-kanan, Beby sedang menerima sijil penghargaan
daripada YB.

Harapan ibu agar Beby tidak sia-siakan
sisa-sisa waktu yang ada untuk buktikan kecemerlangan dalam SPM nanti...
InsyaAllah...



17 September 2013

Sudah Dipulangkan..

Bila dengar anak nak balik bercuti,
Ibulah orang yang paling gembira.
Menghitung detik dan saat tanpa jemu.

Tapi kegembiraan ibu hanya seketika.
Bila tiba saat untuk kembalikan mereka,
Ibulah yang paling sedih,
Ibu lihat ayah cool je...
Tapi ibu tahu, jauh disudut hati ayah
pun terselit kesedihan.
Saat itulah macam-macam pesanan ayah.
Selagi anak tak sampai ke destinasi ayah akan call tanpa jemu.
Dan ibu tak payah cerita.
Pesanan berjela-jela A-Z non stop.

Bersiap untuk kembali ke destinasi masing-masing.
Punya cita-cita berbeza namun azam yang sama.
Matlamat untuk mengengam segulung ijazah.

Seperti biasa, body guard ibu dan ayah akan ikut serta.

Petangnya kami bergerak ke Melaka.
Kebetulan Angah mengambil tiket dari Melaka ke Kuantan.
Senanglah kerja Ayah kerana menuju ke satu destinasi yang sama.
Ayah terus menuju ke Melaka Sentral.
Bas Angah bertolak pada pukul 4.30 petang.
Along dan Angah mengisi perut untuk kesekian kalinya.

Along dan Angah teringin nak makan nasi ayam black pepper.

Chicken chop untuk ibu.....
Farouk dan Ayah terpaksa menunggu dalam kereta kerana parking penuh....

Along dengan nasi ayamnya......

Tepat pada pukul 4.30 petang bas Angah tiba.
Sayu hati melihat anak pergi.
Ibu perlu kuat untuk lalui semua ini.....
Selamat tinggal Angah.
Jaga diri baik-baik ditempat orang ye......

Setelah bas Angah bertolak, kami menuju ke UTeM untuk
pulangkan Along pula.
Berganda kesedihan ibu...
Pintu gerbang menuju ke UTeM.

 Fakulti tempat Along menimba ilmu....

Perpustakaan UTeM.

Selamat tinggal Along.
Jaga diri baik-baik ye......
Kesedihan terpancar diwajah Along.......

OTW ke Melaka bukan main riuh rendah suara
Along, Angah dan Farouk bercerita.
OTW balik tinggallah Ayah, Ibu dan Farouk.
Kami membisu seribu bahasa.

Sabarlah wahai hatiiiii................

About me