Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 September 2013

Sudah Dipulangkan..

Bila dengar anak nak balik bercuti,
Ibulah orang yang paling gembira.
Menghitung detik dan saat tanpa jemu.

Tapi kegembiraan ibu hanya seketika.
Bila tiba saat untuk kembalikan mereka,
Ibulah yang paling sedih,
Ibu lihat ayah cool je...
Tapi ibu tahu, jauh disudut hati ayah
pun terselit kesedihan.
Saat itulah macam-macam pesanan ayah.
Selagi anak tak sampai ke destinasi ayah akan call tanpa jemu.
Dan ibu tak payah cerita.
Pesanan berjela-jela A-Z non stop.

Bersiap untuk kembali ke destinasi masing-masing.
Punya cita-cita berbeza namun azam yang sama.
Matlamat untuk mengengam segulung ijazah.

Seperti biasa, body guard ibu dan ayah akan ikut serta.

Petangnya kami bergerak ke Melaka.
Kebetulan Angah mengambil tiket dari Melaka ke Kuantan.
Senanglah kerja Ayah kerana menuju ke satu destinasi yang sama.
Ayah terus menuju ke Melaka Sentral.
Bas Angah bertolak pada pukul 4.30 petang.
Along dan Angah mengisi perut untuk kesekian kalinya.

Along dan Angah teringin nak makan nasi ayam black pepper.

Chicken chop untuk ibu.....
Farouk dan Ayah terpaksa menunggu dalam kereta kerana parking penuh....

Along dengan nasi ayamnya......

Tepat pada pukul 4.30 petang bas Angah tiba.
Sayu hati melihat anak pergi.
Ibu perlu kuat untuk lalui semua ini.....
Selamat tinggal Angah.
Jaga diri baik-baik ditempat orang ye......

Setelah bas Angah bertolak, kami menuju ke UTeM untuk
pulangkan Along pula.
Berganda kesedihan ibu...
Pintu gerbang menuju ke UTeM.

 Fakulti tempat Along menimba ilmu....

Perpustakaan UTeM.

Selamat tinggal Along.
Jaga diri baik-baik ye......
Kesedihan terpancar diwajah Along.......

OTW ke Melaka bukan main riuh rendah suara
Along, Angah dan Farouk bercerita.
OTW balik tinggallah Ayah, Ibu dan Farouk.
Kami membisu seribu bahasa.

Sabarlah wahai hatiiiii................

20 ulasan:

Aziela berkata...Reply To This Comment

Sabarlah kak. Sekejap jer tu. Pejam celik...dah graduate nanti semuanya

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tu la kak ibu... dinda semlm pun bermacam2 pesanan utk qayyum... tak lama lagi PMR

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tu la kak ibu... dinda semlm pun bermacam2 pesanan utk qayyum... tak lama lagi PMR

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ummi faham perasaan NzA, sayunya hati bila berjauhan dengan anak2. InsyaAllah nanti cuti raya Haji, moga2 dapat berkumpul lagi satu family.

ps: waa dah 15 helai terjual, laju tu NzA, Alhamdulillah.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Aziela
ye aziela, br tahu mcm mana perasaan mama akak bila ditinggalkan ank2...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
huhuhu...sedihkan tapi demi masa depan...gud luck Qayyum....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
Aha, ummi pn dh melalui saat sebegini..pasti ummi pn amat2 memahami..

Aha ummi, buka saja bungkusan msg2 berebut2....ttp biasalh kwn2, byr tunggu gaji....

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Sayu hati seorang ibu kan.. dpt rasai itu...huu... sabar ye kak..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

alahaii..syahdunye bile anak2 dah blik ke tpt belajar kan...ingat lagi dulu time skolah menengah tiap kali pas mak antar balik sekolah mesti nangis kat toilet..baru balik jek dah homesick..heheheh...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Jihad tu NzA menuntut ilmu... semoga beroleh keberkatan dalam menimba Ilmu buat kedua anak NzA.... :)

azieazah berkata...Reply To This Comment

all the best! Belajar rajin rajin yer buah hati Bonda!

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

gitu le kan kak....bile cuti sems kite parents yg seronok...time anak cuti panjang tu mcm2 nak masak hah....

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

memang sedih dan sayu kan..tapi kena tahankan jugak bila anak2 mningglkan kita utk menuntut ilmu...

NzA berkata...Reply To This Comment

@mama lieyna
mmg sayu hati eina, plg sayu melihat lambaian ank2....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Lily@MamaZaraZareef
yelah lily, dpt dirasakan apa yg pernah akak lalui dulu..cuma skrg akak dpt rasakan bagaimana perasaan mama akak dulu melepaskan akak p belajar...sedih!!!

NzA berkata...Reply To This Comment

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
betul tu yati...pengorbanan juga merupakan jihat jugak demi masa dpn anak2...

NzA berkata...Reply To This Comment

@azieazah
InsyaAllah kak...mudah-mudahan ank2 xsia2kn peluang ini.

NzA berkata...Reply To This Comment

@lieyalatif
aha lieya, masa mrk nk cuti akak asyik menghitung hari je...

NzA berkata...Reply To This Comment

@MulutPayau
betul MP..giliran kita pulak lalui semua nie.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

tiba2 terbayangkan aiman n afia dikedudukan along n angah,ibu byk berangan.haha..

sabarlah kak,i can feel what u feel..one day klu berangan jadi kenyataan,semoga sy lebih kuat dr akk.hehe..

About me