Bila dengar anak nak balik bercuti,
Ibulah orang yang paling gembira.
Menghitung detik dan saat tanpa jemu.
Tapi kegembiraan ibu hanya seketika.
Bila tiba saat untuk kembalikan mereka,
Ibulah yang paling sedih,
Ibu lihat ayah cool je...
Tapi ibu tahu, jauh disudut hati ayah
pun terselit kesedihan.
Saat itulah macam-macam pesanan ayah.
Selagi anak tak sampai ke destinasi ayah akan call tanpa jemu.
Selagi anak tak sampai ke destinasi ayah akan call tanpa jemu.
Dan ibu tak payah cerita.
Pesanan berjela-jela A-Z non stop.
Bersiap untuk kembali ke destinasi masing-masing.
Punya cita-cita berbeza namun azam yang sama.
Matlamat untuk mengengam segulung ijazah.
Seperti biasa, body guard ibu dan ayah akan ikut serta.
Petangnya kami bergerak ke Melaka.
Kebetulan Angah mengambil tiket dari Melaka ke Kuantan.
Senanglah kerja Ayah kerana menuju ke satu destinasi yang sama.
Ayah terus menuju ke Melaka Sentral.
Bas Angah bertolak pada pukul 4.30 petang.
Along dan Angah mengisi perut untuk kesekian kalinya.
Along dan Angah teringin nak makan nasi ayam black pepper.
Chicken chop untuk ibu.....
Farouk dan Ayah terpaksa menunggu dalam kereta kerana parking penuh....
Along dengan nasi ayamnya......
Tepat pada pukul 4.30 petang bas Angah tiba.
Sayu hati melihat anak pergi.
Ibu perlu kuat untuk lalui semua ini.....
Selamat tinggal Angah.
Jaga diri baik-baik ditempat orang ye......
Setelah bas Angah bertolak, kami menuju ke UTeM untuk
pulangkan Along pula.
Berganda kesedihan ibu...
Pintu gerbang menuju ke UTeM.
Fakulti tempat Along menimba ilmu....
Perpustakaan UTeM.
Selamat tinggal Along.
Jaga diri baik-baik ye......
Kesedihan terpancar diwajah Along.......
OTW ke Melaka bukan main riuh rendah suara
Along, Angah dan Farouk bercerita.
OTW balik tinggallah Ayah, Ibu dan Farouk.
Kami membisu seribu bahasa.
Sabarlah wahai hatiiiii................