Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Jun 2013

Bandung...Kami Datang

Selamat bersua kembali.
Alhamdulillah akhirnya ibu selamat menjejak kaki semula di bumi tercinta.
Rindu Malaysia.
Penerbangan memakan masa selama 2 jam yang tidak begitu menyeronokan dari kebiasaan.
Mungkin anak2 kapal yang tidak begitu mesra alam.....

 Budget kali ini kurang sikit daripada bershopping di Vietnam.
Tapi tetap bergelar jutawaan.
Ibu cuma habiskan RM2K+  untuk bershopping.
Kalau ikutkan hati parah tapi belajar menjadi seorang yang kuat iman...hehehe...
Itu pun beli kain sulam 3 pasang seorang untuk 4Farah + ibu.
T-shirt untuk Farouk dan 4Farah.
Sedikit souvineer untuk family dan rakan.

Pemandangan bandar Bandung dari atas.....

 Sentiasa sesak.

 Tanpa polis trafik.


 Highway menghala ke Jakarta.
Perjalanan lebih kurang 2-3 jam.

 Jarang nak jumpa trafik-light.....


 Rumah sakit.

Sekolah yang amat berbeza dengan Malaysia.......



 Agaknya kalau ikut drive kat sini mau kena serangan jantung....


 Peniaga jalanan pun di mana-mana sehingga ibu rasa rimas....

 Yang jadi pengemis jalanan tak terkira.
Dari seawal usia hingga ke tua.
Kesian melihat kedaifan mereka.
Tapi yang kaya raya pun ramai.
Terlalu tinggi jurangnya antara mereka.....

Dalam hati rasa bersyukur kerana masih ramai lagi orang hidup
merempat dan menderita berbanding kita....

1 Jun 2013

Selamat Tinggal Malaysia.

Macam la ibu nak terbang jauh....bak kata orang Kelantan "koya"....hehehe....
Ibu bercuti dekat je.
Minggu pertama cuti ibu sibuk menguruskan persiapan Angah ke U.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Moga Angah terus cemerlang di sana.....InshaAllah.

Minggu ke dua baru ibu berkesempatan untuk rihatkan minda nie.....
Kali ini ibu terbang bersama Along pulak....
Motif: tak puas bershopping masa pergi Vietnam awal tahun nie.

Ibu dan Along berada di sana dari 1-5hb Jun...
Dasar spesis nak habiskan duit.
Kalau lah duit tu berkepuk2 bestkan...huhuhu....
Tapi kali ini budget tak sebesar masa pergi Vietnam sebab ibu ada projek yang
lebih besar akhir tahun nanti....

Doakan perjalanan kami selamat.
InshaAllah, kita akan berjumpa lagi.......
TQSM ayah kerana sentiasa memahami.....

1 jam lebih nak bertolak baru terheggeh2 packing barang.
Moga tak ada yang tertinggal.....

Masa n3 ni keluar, kami dah berada di atas kayangan.........

31 Mei 2013

Tenangkan Fikiran di Gunung Ledang

Seingat ibu dah agak lama juga tak ke Gunung Ledang.
Ibu pun tak pasti kenapa dan mengapa???????
Sedangkan GL tu takdelah jauh sangat.....

Tiba-tiba idea datang.
Tanpa merancang terus kami buat keputusan ke sana.....
Ibu siapkan bekal yang ibu masak seawal pagi.....
Beli ayam goreng rangup dan air.
Kami lunch di sana....

 4F...Beby ditinggalkan sebab dia ada tuisyen.

 Gunung ledang yang indah......
Kawasan yang redup dan airnya sejuk bak aissssss..................

Budak demam yang tak sabar nak mandi...
Farouk yang beria-ia nak kesana.
Katanya "nabi" cakap, kalau nak cepat baik demam kena duduk
bawa aliran air sungai..........
Yelah Farouk, bakal ulamak nie...InshaAllah.....

 Bukan main seronok dapat mandi..Lupa seketika yang dia demam....

 Mengigil kesejukannnn....

2 orang kanak-kanak ribena berendam.....

Lepas mandi lapar...
Makan dulu......

 Puteri Gunung Ledang dah kesejukan sampai bibir dah biru.........hehehe....

 Dalam dok memantau Farouk dan Naurah mandi, mata ibu tertumpu pada 3 orang jejaka nie.
Tanpa membuang masa 'mamarazzi' snap pic ni melalui celah semak samun.
Ibu sebenarnya tertarik melihat aksi @ gaya 3 jejaka nie.
Cecuba perhatikan mereka bertiga.
Lebih 1/2 jam berpeluk tubuh dalam air tanpa bergerak.
Ibu jadi confius........macam budak sekolah yang kena denda sebab tak buat homework....ngeh..ngeh..ngeh...

 Aksi stunt dari kanak-kanak ribena.
Risau jugak ibu tengok budak-budak ni buat stunt.
Manalah tau dalam dok galak beraksi kot-kot nanti terlepas tangan dan kepala terhantuk ke batu.
Hish!!!! macam-macam dalam fikiran ibu yang risau lihat aksi kanak-kanak tu
tanpa pemantauan ibubapa........

Along dan Angah sekadar lepak-lepak....
Dah besar katanya segan dah nak mandi manda walaupun teringin.....

Selamat tinggal Gunung Ledang...
Entah bila la nak ke sana lagi...
Cit!!!! macamlah jauh no.....

About me