Terima kasih semua di atas ucapan dan doa-doa untuk Along dan anak-anak ibu yang lain..
TQSM.....kerana sentiasa mendoakan kami sekeluarga.
Ibu tak berkesempatan lagi untuk membalas komen-komen...huhuhu...
Hari Ahad kami ke Melaka lagi untuk pulangkan Along ke kolej.
TQSM.....kerana sentiasa mendoakan kami sekeluarga.
Ibu tak berkesempatan lagi untuk membalas komen-komen...huhuhu...
Hari Ahad kami ke Melaka lagi untuk pulangkan Along ke kolej.
Kali ini kami dah tak shopping tapi window shopping sambil makan-makan je.
Stok duit dah habis sewaktu pergi shopping masa jemput along
hari Jumaat.....
Naurah dan Along sedang memilih aiskrim yogurt.
Dari belakang dah nampak mereka macam sebaya walau beza umur
antara mereka berdua agak jauh (6 tahun)......
Macam-macam perisa ada.
Rasanya pun sedapppppp.....
3Farah sedang menikmati aiskrim yogurt dan kek.
Edisi mengembangkan badan.
Yang peliknya Naurah dan Angah tetap sekeping je cuma Along je
dah berisi sejak masuk matrik.
Alasannya sebab makan nasi kawah....hehehe...alasan je tu.
Selesai makan kami sekadar window shopping.
Sambil-sambil tu along ajak ayah ke pesta buku
yang sedang berlangsung kat Melaka Mall untuk
habiskan boucer buku yang dia dapat bulan lepas.
Tapi rupanya banyak buku-buku lama yang dilelong kat situ.
Rasa rugi pulak sebab Along dapat baucer setelah dah nak tamat
pengajian sedangkan baucer tu tarikh luput pada akhir bulan 5 nie.....
Terpaksalah KIV dulu dan ibu cadangkan agar along beli masa balik bulan 5 nanti.....
Penat berjalan haus la pula.
Masing-masing nampak oreo shake .
Singgah dan order lagi.
Tak cukup makan di sana tapau makan dalam kereta pulak.....
Besarkan roti ni....Naurah panggil roti dynasor....
Kesian budak ni.
Lapar agaknya...
Kembang pipi dia sebab penuh dengan roti....
Kalau pergi shopping confirm farouk kami tinggalkan window shopping dengan ayah....
hehehe.....
Kesimpulan : Kalau keluar dengan anak-anak kena sediakan
stok duit yang lebih.
Kalau tak shopping kain/baju/beg/kasut mereka nak makan macam-macam...
Alahai.........Apapun ibu bahagia bila bersama mereka.....