Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Oktober 2012

Blurrr Seketika + Kesibukan Berganda.

Minggu lepas semasa mesyuarat profesional ibu terpaksa ke SKS6.
Jadinya ibu terlepas intipati mesyuarat.
Hari seterusnya ibu sibuk di PSS.
Dalam kesibukan itu ibu sempat melihat rakan-rakan sibuk dok angkut fail.
Rupanya minggu ni ada pemantauan Hari Q.
Mak aiii..salah ibu juga sebab tak bertanya rakan-rakan.
Dalam keadaan waktu terhad ibu terpaksa bekerja keras untuk
update 7 jenis fail panitia.
Naik kematu jari jemari dan berpinar biji mata ibu menyiapkan apa yang patut.

Timbunan fail-fail yang sedang di pantau oleh sekumpulan GB
pada hari Selasa......

Semalam ibu keluar lagi dari sekolah.
Memecut ke Kompleks Bimbingan Usahawan Tani di Pagoh.
Sejak terlantik secara paksarela sebagai
 Jawatan Kuasa GPM Daerah ni ibu asyik dipanggil untuk
pelbagai program PSS daerah....huhuhu.....

Ni ruang legar kompleks....

Sesi pertama ibu di dewan kuliah.
Menerima taklimat apa yang patut.
Sesi ke 2 kami di bawa ke sekitar kawasan untuk meninjau
untuk jalankan aktiviti bagi Program NILAM peringkat daerah yang bakal berlangsung
pada 24.10.2012.
Mungkin pada18hb,  22hb, 23hb dan 24hb kami kena berkampung lagi di sini.

Tengok apa yang ibu jumpa di sana.
Sos tempoyak!!!!!
Ibu beli sekadar nak rasa.
Oklah rasanya tapi tak boleh lawan yang ori.
Dah namanya sos so mestilah agak cair dan dah siap dicampur dengan
sambal....

p/s:
Minggu depan ibu kena berkursus pulak selama 4 hari.....

10 Oktober 2012

Pengganti Ayah

Salam rindu semua.
Maaf ye ibu masih dalam keadaan sibuk dan perlu banyak
menghabiskan masa di luar sekolah....huhuhu......
Banyak n3 yang terperam dalam draf....

Ni n3 yang ibu buat masa weekend hari tu.......
Sedih bunyi tajuk tu kan....huhuhu...
Satu-satunya pewaris yang kami ada.
Walaupun masih kecil, Farouklah penguat semangat kami bila ayah tak ada.
Walaupun pada hakikatnya Farouk ni lebih penakut dari 4F...walah.....

 Tugas rutin Farouk setiap hujung minggu.
Cuci kereta ibu dan dalam erti kata lain mandikan kereta ibu..
Yang peliknya cuci beria2 tapi takdelah bersih sangat pun.macam "orang mandi kerbau".......
hehehe...
Bila tengok Farouk cuci kereta dengan berbaju kemeja macam mamat bangla la pulak.....
Melaram tak kena tempat.

 Petangnya Farouk gigih buat karipap.
Farouk ni pembantu je.
Angah yang buatkan inti dan kakak Naurah uli doh.....

Bila tengok Farouk yang "rajin" tolong a.k.a kacau ibu kat dapur teringat kenangan lalu.
Kenangan dulu masa ayah tak sibuk.
Ayahlah "guru" yang mengajar ibu memasak.
Alamak "terpecah" rahsia ibu.
Ayah memang teror masak.
Hasil airtangan ayah memang sedap......


 Hasil airtangan Farouk dan Kakak Naurah.
Dah macam-macam rupa ada..
Rupa karipap yang teruk-teruk tu ibu paksa farouk habiskan....hehehe..
Kejamkan ibu.

Masa pergi jemput ayah baru balik dari outstation sempat pekena takoyaki ketam....
Sedapppppppppppppppp sangat-sangat-sangat-sangat............

p/s:
Pagi ni kena ke Kompleks Bimbingan dan Usahawaan Tani, Pagoh pulak.
Tempat berbengkel bagi Fasi Tokoh NILAM ditukarkan secara  tiba-tiba...
Kat mana nie????????Tanya Ayah, pun tak tau kan mana.
Pepagi ayah kena jadi penjejak untuk cari tempat tu dan ibu akan menyusul kemudian...huhuhu........

8 Oktober 2012

Sampai Hatimu....

Sedih tak terucap dengan kata-kata.....

Bila si kembar ibu meragam dan buat perangai tiba-tiba.
Tiada angin, tiada ribut, tiada petanda tiba-tiba "mereka" berdua mogok.
Ianya berlaku hampir serentak.

Sampai hati,
Si kembar ni sepakat mengkhianati ibu.
Di saat ibu tengah pokai akibat "terbeli" lappy tanpa sengaja.....hukhukhuk...
Merajukkah "mereka".......????????????
Bila la ibu bakal cari penganti mereka berdua.......
Nampak gayanya kena rembat DSRL yang dah menyepi di tepi dinding tu dulu
untuk sementara waktu......cit!!!!!

p/s:
Dalam keadaan "pokai" sempat rembat 2 helai tudung 3 layer....huhuhu...
Bila ibu nak insaf nie......

About me