Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 September 2012

Along dan Farouk

Salam sayang dan salam rindu semua.
Makin hari ibu makin menyepi.
n3 kali ini pun dah hampir jejak 1 minggu dalam draf dan hari ini
baru ibu mampu menjengahnya...huk.huk.huk.....

Cuti 3 hari minggu lepas Along sempat balik ke rumah.
Kebetulan ibu ada program marhaban sekolah,
Along ibu angkut sekali untuk temankan ibu merangkap driver dan photografer.
Kalau tak ada Along jawabnya DSLR tu duduk betapa la kat dalam begnya tu.
Penuh dengan habuk dan sawang.
Ibu lebih selesa membawa cik hitam dan cik silver 
sebab ringan + kecil dan tidak menganggu pergerakan ibu....
Ibu ni alah membeli dan alah memakainya....

 Photografer merangkap driver ibu disebuah rumah yang mengadakan open house.

Sepanjang bercuti bukan main lagi Along ni,
asyik makan + tidur + makan + tidur....Alahai...
Teringat zaman ibu dok asrama dulu..macam tulah setiap kali balik bercuti....
Anak ibu katakan.

Along memangku adik bongsunya....hehehe....Ni anak rakan sekolah ibu....
Along seorang yang sukakan kanak-kanak.
Pantang terpandang budak-budak kecil,
cepat je tangannya memangku.......
digomol2 budak tu sampai lemas.....

 Selesai majlis marhaban dan open house,
kami sempat singgah ke jemputan kawin rumah bekas staf sekolah ibu, Kak Shima.
Kat sini kami cuma makan jambu je..Dah tak larat sangat.
Selesai urusan makan-makan dan mengembangkan perut, 
ibu bergegas ke Tangkak untuk servis kereta yang asyik tertangguh.
Nak tunggu ayah free entah bila.
3 hari cuti pun ayah tak bercuti dan ayah ada urusan di nun seberang sana.

 Sementara menanti kereta diservis "tahap major" kami santai-santai dulu....

 Along 

 Farouk dan Along yang agak tidak ngam tetapi mereka banyak persamaan...

 Perut dah kenyang tetap sempat singgah ke pizza-hut..
Melayan keinginan Along yang dah lama tak makan pizza di sini....
Ibu pun sekadar makan sehiris je...
Dah tak larat sangat....



18 September 2012

Akhirnya....

Salam rindu semua.
100 jam ibu menyepi bukan bermakna ibu telah lupakan rakan-rakan semua...
Kalian semua tetap dalam ingatan.
Ibu tetap wujud cuma ke"lemau"an makin melanda diri ibu......

Hari ni dah 2 hari Syawal berlalu tetapi jemputan open house masih ada.
Selagi kudrat masih ada, ibu cuba penuhi jemputan rakan-rakan
walaupun rasanya diri ini semakin berat dan mengembang....hukhukhuk.....

Hari ni saja nak tepek makanan semalam..
Bukan makanan basi ye tapi makanan yang ibu masak semalam..
Sejak bulan Syawal, ibu boleh kita berapa kali saja ibu makan nasi di rumah
terutama hujung minggu.
Tekak dah mengidam nak makan petai + bilis goreng bersama ikan
kembung yang kecil digoreng bercili....
Tekak orang yang makin meningkat usia........
Dan akhirnya hajat ibu tercapai semalam.
Betapa nikmatnya melayan tekak yang dah 1 bulan asyik melayan daging + ayam.....

Dan anak-anak request nak makan takoyaki ketam.
Kebetulan Along balik bercuti dan dengan gembiranya ibu boleh bersantai-santai di rumah.
Along lah mengambil alih tugas ibu sebagai driver dan melayan keinginan adik-adiknya...
Malamnya kami dinner dengan membedal takoyaki ketam ni dengan jayanya.......

16 September 2012

Kisah Hari2 Terakhir Syawal.

Salam rindu semua.
Maaf ye kerana kebelakangan ini n3 ibu makin berkurang
dan ibu pun dah kurang BW.....
Bukan sibuk tetapi........????????

Di sini ibu buat catatan hari-hari terakhir Syawal.
Sebenarnya banyak cerita yang ingin ibu kongsikan di sini.
Tetapi sejak kebelakangan ni idea ibu dah makin tandus........

Hari Jumaat-14.9.2012
Ada sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.
2 orang kanak-kanak riang ria sudah siap bersedia untuk ke sekolah bagi meraikan
sambutan raya bersama rakan-rakan dan guru-guru....
Tahun ini Kakak Naurah dah warning Farouk awal-awal untuk tidak lagi pakai
sedondon........segan katanya.
Kakak Naurah berbaju kuning dan Farouk berbaju warna unggu.....

Dimajlis hari raya....
Beg sandang Naurah pun berwarna kuning.
Dah nampak ciri-ciri suka melaram..
Agaknya ikut sapa la tu.......

 Saban tahun bila ada majlis sambutan raya,
akan ada pertandingan Busana Bergaya.
Kalau tengok baju budak-budak sekarang memang kalah cikgu-cikgunya.
Anggun sungguh......
Sepasang baju mencecah ratusan ringgit.....

Untuk Tahun ni Naurah merangkul Naib Johan Busana bergaya....

Dan Farouk tidak menang pun.
Ibu sebenarnya paling tak suka baju Melayu farouk yang warna purpule nie.
Tapi entah kenapa Farouk suka sangat baju ini......

Sabtu 15.9.2012-
Marhaban..Marhaban..Marhaban.....
Sebelum pergi marhaban posing dulu.
Naurah ni suka bergaya.
Pening juga ibu memikirkan baju budak sorang ni.
Kalau kakak2nya cuma ada 3-4 pasang baju raya tapi Naurah ada hampir 10 pasang baju raya.
Nak buat macam mana, Naurah nilah yang selalu ikut ibu dan ayah ke setiap
open house, jadi ibu terpaksa sediakan baju raya yang lebih untuknya.
Kat Johor rayanya memang meriah sampai terlajak ke bulan Zulkaedah.
Hari Selasa ni pun masih ada jemputan open house.....

Marhaban rumah pertama di pagi Sabtu...
Rumah pertama kami dihidangkan dengan ketupat + lodeh + rendang
dan makanan sampingan.
Nasib baik ibu tak makan ketupat....Selamat la perut ibu untuk seketika.....

Naurah , Farouk dan rakan sekelas Farouk, Anis...
Anis tumpang kereta ibu sepanjang marhaban.
Risau pula tengok si kecil nie bonceng basikal kawannya......
Rumah ke dua yang kumpulan ibu kunjungi....
Rumah seorang guru....

Marhaban  bermulaaaaa......

Rumah ke dua kami dihidangkan dengan mee goreng dan pelbagai juadah sampingan...
Budak-budak ni kalau dah jumpa dadih dah tak layan makanan lain...

Ni rumah ke 3.
KAmi dihidangkan dengan ayam goreng + kentang dan pelbagai kuih muih.
Menu kegemaran budak-budak....
Licin dikerjakan.....

 Rumah ke 4 masing-masig dah tak larat nak makan.
Terpaksalah cikgunya ni bungkuskan semua makanan dan digih2kan untuk dibawa pulang.

Selesai marhaban, kami ke open house.
Along pun ikut sama kerana kebetulan Along bercuti selama 3 hari...

Kat sini lagi mengancam dan terancam.
Ibu dah tak mampu memandang tetapi membaham...hehehe...
Macam-macam menu ada dan disediakan dalam bentuk gerai.
Ada murtabak, pelbagai jenis mee/kuewtiaw, nasi beriyani gam, ayam goreng CFC,
sup tulang dan macam-macam menu yg sedap-sedap.
Maklum la rumah orang terkenal dan dihadiri ramai VVIP......

Selepas hadir ke open house Tn Hj Janis,
 ibu bergegas ke kenduri kahwin.
Sebenarnya ibu terlepas sebuah lagi open house akibat kesuntukan masa.
Petangnya ibu terpaksa ke Tangkak untuk servis kereta.
Melayagn la duit ibu untuk servis" major" kali ini.
Dah la tengah bulan....huhuhu.......

p/s:
Dengar khabar angin ada lagi sekumpulan murid
Tahun 6A, 6B dan 6C nak datang beraya hari ini.
Maklum la mereka baru tamat exam...
Kunjungan penutup bulan Syawal.......


About me