Pereka fesyen la sangat...cit!!!!
Ibu ni terkadang ada masa datang mood yang terlebih rajin.
Masa sedang berangan pun ibu boleh datang idea secara mendadak.
Masa tu jugak ibu akan capai kain, gunting dan bahan-bahan jahitan.
Kalau dah datang penyakit M, minta maaf jelah ye.
Ibu sanggup perapkan kain-kain tu berbulan-bulan malah bertahun-tahun......
Ni nak cerita fesyen rekaan ibu yang entah apa-apa.
Rekaan pertama untuk raya.
Mangsanya sudah tentulah Naurah sebab dia puteri bongsu.
3F dah tak layan baju-baju pelik ciptaan ibu yang entah apa-apa.....hahaha....
Kain tu jenis lace yang dihadiahkan oleh seorang rakan ibu 2 tahun lepas.
Bayangkan kain yang mahal tu ibu perap sebab tak ada idea nak buat baju.
Tak kan nak jahit baju ibu.
Tak sesuai sebab kain tu lebih sesuai untuk majlis persandingan....hehehe....
Maka terciptalah baju gaun labuh untuk Naurah......
ciptaan ke 2 hasil sentuhan tangan ibu yang tidak ada asas mereka cipta nie.
Ibu pun tak tau nak katagori maxi or gaun labuh.
Main hentam semacam je.
Kain bahagian atas tu dibeli di Vietnam dan dicantum dengan kain satin dari Singapore.
Sejak jahit baju ni angah tak habis-habis mengkritik tentang baju nie.
Katanya, kain tak cantik la, nampak macam kain buruk la, sakit mata la...
Aduyai........Sabar jelah.......
Ibu tambah sedikit bunga-bunga kecil dibahagian lengan dan cantuman kain bahagian bawah.
Dan model ibu ni dah pakai untuk majlis open house anak-anak perantau semasa malam raya ke 3.
Tak kisahlah angah nak kutuk apa, yang penting model ibu suka dan rakan-rakan
dia tak habis-habis memuji kecomelan baju tu....
Maka terperasan la si cikgu ni bila rakan-rakan Naurah merangkap anak-anak murid memuji cikgunya.
"Pandailah Cikgu Z jahit baju...CANTIK!!!!!."...entah ikhlas ke tidak tu....hahaha.....
Terselit gambar si pereka fesyen yang entah apa-apa tu.
Ada cerita disebalik gambar model yang tak pandai senyum tu.
Maklumlah masa ni baru balik sekolah...
Juru gambarnya si Farouk tu....
Baju ibu tu diperbuat daripada sebahagian kain baju Naurah dan
untuk kainnya adalah batik Sarawak hadiah daripada
Kebetulan maching pula kain batik Sarawak yang ummi hadiahkan tu dengan kain dari Vietnam tu.
Ibu sanggup menjelajah ke beberapa buah kedai tudung untuk dapatkan
warna yang sama.
Akhirnya pencarian ibu berakhir di Melaka.........
Baru semalam ibu sempat melaram dengan baju raya nie.
Mood raya masih mekar suburkan.......
TQSM Ummiross...Sayang Ummi ketat2....Muah100X.
Ada ibu buat n3 tentang hadiah dari ummi tapi masa tu ummi dah selamat
sampai ke Tanah Suci Mekah. Klik
SINI ...
dibahagian bawah baju tertanam bunga-bunga kembang semanguk + bermangkuk2......
Sekadar menambah seri pada baju tu.
p/s:
Minggu yang sibuk.
Malam esok dan lusa ibu terpaksa ke sekolah untuk hadiri
program kecemerlangan UPSR.......
Ayah dan farouk pula tak habis2 bermarhaban raya setiap malam.......