Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Jun 2012

2F Berentap....

Jarang sangat ibu tulis n3 tentang 2F ni, 
Puteri ke 2 (Farah Nadiah-angah) dan ke 3(Farah Najdah-Beby).
Kisah ini pun dah lama sebenarnya.


Minggu lepas masing-masing pulang dengan membawa piala kemenangan.
Pertandingan ini sudah lama diadakan dan baru minggu lepas mereka berdua menerima piala.
Angah berjaya membolot 3 kategori piala dan Beby cuma masuk 1 acara sahaja.

Angah  Johan dalam pertandingan berbalas pantun dan telah mewakili sekolah ke peringkat daerah
Cuma piala pertandingan dalaman baru dapat....

Angah juga membuktikan dimampu meraih hadiah ke 2 dalam mengarang BM.
Angah menyahut cabaran cikgu dan rakan-rakannya kerana selama ini 3F lebih cemerlang dalam
Bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda.....
Angah sering menjadi mangsa usikan guru dan rakan-rakannya......

Semasa diusia 7-9 tahun kalau tak silap ibu, ayahlah yang
gigih mengajar mereka berinteraksi dalam Bahasa Inggeris.....
Siap mengajar ala-ala tuisyen lagi kat rumah......kelakar!!!!!
Maka dengan gigihnya 3F kena speaking dengan ayah....
Cuma yang ruginya ayah tak ajar 5F cakap Bahasa Jawa (ayah keturunan Jawa).
Sepatah haram 5F tak faham Bahasa Jawa........
sedangkan 5F boleh kuasai loghat Kelantan dengan agak baik....

Dan Angah juga menang dalam Essay writting.......

Beby juga menang dalam essay writting.

Dan semasa penyampaian hadiah sering berlaku kekeliruan dikalangan
cikgu-cikgu mereka terhadap 3F ni kerana nama mereka hampir sama.
Farah Nabilah (Along), Farah Nadiah (angah) dan Farah Najdah (Beby)....
Sekarang di SMKBG cuma tinggal 2F iaitu Farah Nadiah dan Farah Najdah.
Namun hari ini mereka masih buat cikgu-cikgu terkeliru....
Alahai....

TAHNIAH ANGAH DAN BEBY.....

Terima Kasih Semua.

Terima kasih ibu ucapkan kepada anak-anak ibu,
adik beradik,
saudara mara, 
rakan-rakan alam maya,
rakan-rakan seperjuangan, 
kawan lama, 
anak-anak murid, 
serta yang tidak tersebut di sini...... 
yang memberi ucapan dan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan ibu..
Alangkah bahagianya dikelilingi insan-insan yang sebegini baik dan penyayang....
Terima kasih semua....

Sebahagian yang sempat ibu printscreen ucapan dari FB dan blog.



Komen daripada blog.


TERIMA KASIH SEMUA....

24 Jun 2012

2 day is my birthday..

Hari ini meningkat 1 tahun lagi usia ibu....hu.hu.hu...
Maka makin tua la si ibu nie.
Diam tak diam ibu dah memiliki 4 orang anak dara dan seorang bujang kecil......

Kek yang biasa ayah beli setiap kali birthday keluarga kami....

Dan ibu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.
Melihat anak-anak membesar di depan mata.
Dikurniakan kebahagiaan,
anak-anak yang baik dan cemerlang,
keluarga yang sentiasa mengambil berat,
rezeki yang tidak pernah putus-putus,
dikelilingi rakan-rakan yang baik dan penyayang........

Ibu tidak mengharapkan apa-apa selain dari doa2 yang tulus dari semua
agar hidup kami sekeluarga dalam keberkatan dan perlindungan Allah setiap masa...amin...

TQSM untuk adindaku MamaQS yang siap buat n3 khusus
pada ibu..Terharu sangat-sangat...
BAHAGIA BILA DI SAYANGI..Muah..muah...muah
p/s:
Pagi2 Angah dah bertolak ke Johor Bharu dengan menaiki bas yang disediakan penganjur
kerana menghadiri program Score A SPM.....
Kesian Angah tak sempat bersarapan kerana
pagi ni ibu terlewat bangun...hu.hu.hu....

About me