Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Mei 2012

Taman Tamaddun Islam @ Terengganu

4 hari ibu menyepi dan membawa diri.
Mesti kalian rindukan ibu kan..kan...kan......
Perasan je.....he.he.he.....

Sebenarnya ibu membawa diri ke Terengganu.
Pergi berdua bersama Beby @ FArah Najdah.
Membawa hati yang lara....
Sila jangan percaya....he.he.he.....
Ibu sebenarnya pergi bercuti ke sana selama 3 hari 2 malam.
Dan yang paling best ibu pergi bersama-sama 2 orang best friend ibu Ani dan E.
Gempak habis.
Tak habis-habis dengan gelak ketawa.

So giliran ayah pula jaga anak-anak di rumah....
TQSM ayah kerana tolong jadi baby sitter + tukang masak untuk
anak2 dara Ayah yang dah besar tu...he.he.he....

Ibu pergi ke beberapa destinasi.
Hari pertama kami ke Taman Tamaddun Islam, Masjid Kristal dan shopping di Desa Murni.
Yang tak tahan ibu hampir muflis masa kat Desa Murni tu.
Rasa nak je rembat semua kain batik sutera kat sini.
Sabar jelah.....

Hari seterusnya sibuk dengan aktiviti bershopping sampai lupa diri.
Nasib baik masih ingat nak balik.
Dan yang paling seronok dapat jumpa abang angkat ibu bersama family.
Berpisah selepas tamat belajar dan bila jumpa masing-masing dah punya
anak2 yang dah besar.....
Anak-anak kami pula hampir sebaya...
Jawabnya boleh berbesan la nanti......ngee.....

Oklah jom layan gambar semasa di Taman Tamaddun Islam...
Sila jangan muak ye....
Model ibu, Beby.......

Ibu pun menyelit......

Beby lagi......

dan ibu...macam orang jakun lak......


 bahagian dalam replika....

 dan lagi.....

 dan lagi.....


banyak sangat gambar.....malas dah nak upload......

ni Masjid Kristal.
Beby snap gambar ni masa kami di dalam cruise semasa menyusuri
muara Sungai Terengganu....
Ibu solat Jamak di sana tetapi lupa pula nak snap pic di sana.....

Ok tunggu ke destinasi seterusnya.......................!!!!!!

3 Mei 2012

Orang Belajar, Dia Tidur...

Syukur Alhamdulillah kelas malam tadi berjalan lancar.
Tidak sia-sia si cikgu merajuk.
Nampak perubahan sikap mereka.
Lebih berhati-hati dan tekun.
Rajuk cikgu bukan kerana benci tetapi kerana sayang.
Tiada istilah dendam dalam hati, apatah lagi perasaan benci.
Rajuk seorang ibu dengan anak-anak........

Setiap kali ada kelas malam,
pasti Farouk akan jadi peneman ibu.
Ibu pastikan Farouk bawa kerja-kerja yang cikgu bekalkan....
Siap bawa bekal.

Farouk cuma mampu bertahan 1 jam sahaja dan akhirnya.............zzzzzzzzzzzzzzzz.....
Bukan main lena dia beradu.....
Tidur kat meja mengalahkan tilam empuk gayanya.....
Memang dah sah anak ibu dan ayah yang kedua-duanya kuat tidur...he.he.he...

Dan lihatlah betapa anak-anak didik ibu begitu tekun
menyiapkan latihan Matematik yang diberi.
Sejuk hati ibu melihat mereka.
Doa  ibu sentiasa mengiringi mereka.
Semoga mereka mampu berjaya dengan cemerlang
seperti rakan-rakan mereka di kelas A......

2 Mei 2012

Bila Cikgu Merajuk!!!!


Tugas seorang guru banyak mengajar ibu tentang 
sabar, kasih sayang, keikhlasan, tegas, jujur dan telus.
Terkadang ganas pun ada....he.he.he....

2 minggu lepas ibu hampir menitis airmata di dalam kelas malam
akibat sikap anak-anak didik.
Bila diingatkan balik, kenapa ibu boleh terasa hati
dengan anak-anak hingusan itu....

Entah kenapa malam itu anak-anak ini mencabar kesabaran ibu.
Bayangkan tempoh masa setengah jam ibu peruntukkan mereka
untuk membuat latihan disia-siakan.
Bukan seorang dua tetapi hampir 1 kelas.
2-3 kali ibu bagi mereka peluang tetapi mereka tetap sama..

MasyaAllah, tiba-tiba ibu boleh mengamuk + merajuk.
"Oklah, kalau awak dah bosan belajar dengan cikgu, awak boleh balik sekarang!!!,
cikgu cakap balik sekarang 3X!!!..cikgu dah tak ada mood nak mengajar awak malam ni".
1 kelas tersentak...Diam seribu bahasa.
Senyap + sunyi macam ditelan garuda.
1 jam ibu berdiam diri.
Membiarkan mereka....

Mata anak-anak itu mencuri memandang cikgunya yang merajuk.....
Masing-masing menyalahkan rakan disebelah.
Masing-masing tidak berani mengangkat muka.
Ha, tau pun mereka cikgu merajuk!!!!

Setelah 1 jam berlalu, waktu pulang tiba.
3 orang datang mengulur salam dan memohon maaf.
Namun tidak ibu pedulikan.

Sekadar ingin menguji hati2 kecil itu......
Tidak pernah sekumit pun menyimpan rasa benci.
Sekadar ingin menduga dan menyedarkan mereka,
bahawa cikgu pun manusia biasa.
Ada kalanya cikgu pun mampu menangis kerana mereka.....

Dan minggu lepas seorang demi seorang anak-anak ini berjumpa ibu.
Memujuk dan merayu2 cikgunya.
Memohon maaf di atas kesilapan dan ketelanjuran mereka.
Berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu....
Terharu dan sedih melihatkan anak-anak ini.
Kenapalah ibu boleh merajuk sebegitu........

p/s:
Malam ni ada kelas malam...
Moga mereka tidak mengulangi sikap itu lagi.....

About me