Tugas seorang guru banyak mengajar ibu tentang
sabar, kasih sayang, keikhlasan, tegas, jujur dan telus.
Terkadang ganas pun ada....he.he.he....
2 minggu lepas ibu hampir menitis airmata di dalam kelas malam
akibat sikap anak-anak didik.
Bila diingatkan balik, kenapa ibu boleh terasa hati
dengan anak-anak hingusan itu....
Entah kenapa malam itu anak-anak ini mencabar kesabaran ibu.
Bayangkan tempoh masa setengah jam ibu peruntukkan mereka
untuk membuat latihan disia-siakan.
Bukan seorang dua tetapi hampir 1 kelas.
2-3 kali ibu bagi mereka peluang tetapi mereka tetap sama..
MasyaAllah, tiba-tiba ibu boleh mengamuk + merajuk.
"Oklah, kalau awak dah bosan belajar dengan cikgu, awak boleh balik sekarang!!!,
cikgu cakap balik sekarang 3X!!!..cikgu dah tak ada mood nak mengajar awak malam ni".
1 kelas tersentak...Diam seribu bahasa.
Senyap + sunyi macam ditelan garuda.
1 jam ibu berdiam diri.
Membiarkan mereka....
Mata anak-anak itu mencuri memandang cikgunya yang merajuk.....
Masing-masing menyalahkan rakan disebelah.
Masing-masing tidak berani mengangkat muka.
Ha, tau pun mereka cikgu merajuk!!!!
Setelah 1 jam berlalu, waktu pulang tiba.
3 orang datang mengulur salam dan memohon maaf.
Namun tidak ibu pedulikan.
Sekadar ingin menguji hati2 kecil itu......
Tidak pernah sekumit pun menyimpan rasa benci.
Sekadar ingin menduga dan menyedarkan mereka,
bahawa cikgu pun manusia biasa.
Ada kalanya cikgu pun mampu menangis kerana mereka.....
Dan minggu lepas seorang demi seorang anak-anak ini berjumpa ibu.
Memujuk dan merayu2 cikgunya.
Memohon maaf di atas kesilapan dan ketelanjuran mereka.
Berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu....
Terharu dan sedih melihatkan anak-anak ini.
Kenapalah ibu boleh merajuk sebegitu........
p/s:
Malam ni ada kelas malam...
Moga mereka tidak mengulangi sikap itu lagi.....
14 ulasan:
Biasa tu Yah.. Cikgu pun manusia biasa.. ada ketika kesabaran kita melayang dek karenah anak murid yg begitu mencabar.. Cuma, jangan sampai marah berpanjangan serta ada dendam di hati..
.....alahai dinda......
bila badan letih..otak berserabut dengan kerja nan bertimbun...
rasa sensitif memang mudah bertandang...
btw...sesekali kena juga tunjukkan kat anak2 tu yang cikgu pun letih...
agar mereka hargai tungkus lumus cikgu mereka ni...
he he he...
tapi jangan buat selalu merajuk ni..
kang tinggal sorang awak..malam2 kat skul tu...
hehe,ummi pun pernah merajuk2 sayang masa jadi cikgu dulu.
Selamat berkelas malam, moga anak murid baik2 belaka malam ni..
ibu...pjg nye rajuk tu..hehe
js tak blh plak nk komen sbb tak pernah merasai..hihi.
moga anak2 murid ibu mlm ni mood OK..hihi..selamat mengajar malam ibu..
alahai... kita setakat ni merajuk dgn anak sendiri je... tapi kaedah nya lebih kurang la... macam tu... mmg nanti anak akan datang minta maaf balik...
hati anak kecil ni perasa... bila kita maafkan... nanti diorg akan jadi lebih baik lagi... insyaAllah...
cikgu saya pun pernah merajuk. kes lebih kurang sama ni...budak2 lelaki kat kelas...tau lah nakal dan bising macammana kan..
cikgu pun manusia biasa. ada hari nya emosi tk dapat dikawal..ada rasa sensitif jugak.
kadang2 perlu juga kita merajukkan kak ibu dari situ kita akan tahu anak murid ini ikhlas atau tidak....
tapi tak sangka juga ibu pandai merajuk...
mereka leka tu kak...bagus jugak akak buat camtu...mereka belajar dari kesilapan...
huhuhu jadi cikgu memang mencabar.harap sy bleh jd kuat macam akak.moga2 murid dah tak buat perangai mcm tu lg.
selalu ingat pesanan Ustaz Don...hormatkan guru...dan itulah saya sedang terapkan pada anak2 saya, supaya jgn sesekali melawan ckp cikgu...takut ilmu tak berkat...
akak sabar yer...
malam ni biar depa bawa cadbury's
bislah kalau cikgu dah majuk.nnt tak lulus peksa..sabar ek kak mmg mendidik org banyak cabarannya
cikgu pun manusia biasa kan kak?teringat cikgu akuan sy dulu.smp nangis2 dibuatnya budak lelaki nakal kelas sy..mmg kesian sungguh..
btl la... akak pun manusia biasa. ada ketika terasa jgk. tu perkara biasa.
Catat Ulasan