Syukur Alhamdulillah kelas malam tadi berjalan lancar.
Tidak sia-sia si cikgu merajuk.
Nampak perubahan sikap mereka.
Lebih berhati-hati dan tekun.
Rajuk cikgu bukan kerana benci tetapi kerana sayang.
Tiada istilah dendam dalam hati, apatah lagi perasaan benci.
Rajuk seorang ibu dengan anak-anak........
Setiap kali ada kelas malam,
pasti Farouk akan jadi peneman ibu.
Ibu pastikan Farouk bawa kerja-kerja yang cikgu bekalkan....
Siap bawa bekal.
Farouk cuma mampu bertahan 1 jam sahaja dan akhirnya.............zzzzzzzzzzzzzzzz.....
Bukan main lena dia beradu.....
Tidur kat meja mengalahkan tilam empuk gayanya.....
Tidur kat meja mengalahkan tilam empuk gayanya.....
Memang dah sah anak ibu dan ayah yang kedua-duanya kuat tidur...he.he.he...
Dan lihatlah betapa anak-anak didik ibu begitu tekun
menyiapkan latihan Matematik yang diberi.
Sejuk hati ibu melihat mereka.
Doa ibu sentiasa mengiringi mereka.
Semoga mereka mampu berjaya dengan cemerlang
seperti rakan-rakan mereka di kelas A......