Dalam n3 yang lepas ibu ada bercerita yang ibu tersentap
dalam n3 " Sampai Hati Kamu..."
Bagi mengubat kesedihan hati ni ibu jahitkan sepasang baju baru.
Sebenarnya tak adalah ibu bersedih hati cuma adalah rasa sedikit
terkilan sebab baju tu masih baru dan merupakan baju kenangan masa ibu
pergi berkursus awal tahun.......
Walaupun kehilang baju tu, E tetap ensom di mata ibu.....
Kebetulan Hari Sabtu ibu ke sekolah kerana ada kelas tambahan.
Balik sekolah singgah kedai kain.
Ibu beli kain yang murah je..
Dengan gigihnya ibu jahit baju kurung ni.
Angah mengomen:
"Ibu ni tiap-tiap minggu jahit baju baru la...."
Ibu : Ye ke ??????? Alah Angah ni, kain ibu beli murah je.
Tak delah sampai jejak RM100 pun......
Dalam hati mengiakan juga kata-kata Angah.
Alahai ibu ni. Kalau dah datang kerajinan memang macam tu....
Angin kus-kus.....
Bila dah siap mulalah tergedik-gedik nak tambah aksesori pada baju.
Maklumlah sekarang ni ibu dah ada hobi baru.
Bekalan ibu yang berupa labuci dan manik-manik....
Anak-anak dah tahu perangai si ibu nie.
Kalau dah mula mengadap benda alah nie boleh lupa segala-galanya.
Ayah lalu depan mata pun dah tak nampak.....he.he.he.....
Tapi yang penting ibu dah settlekan segala urusan masak memasak.....
 Mencuba sedikit kelainan.
Ibu memilih labuci dan manik yang contrast dengan warna baju.
Eksperimen untuk menaikkan warna bunga-bunga cinta unggu itu.....
Ni bahagian tangan.
ini pula bahagian bawah baju.
Pada asalnya ibu cuma jahit manik pada kedua2 belah tangan baju
tapi masih ada banyak lagi labuci dan manik berbaki.
Maka hasilnya tumbuhlah bunga-bunga cinta unggu di bahagian ini......
ini pula bahagian bawah baju.
Pada asalnya ibu cuma jahit manik pada kedua2 belah tangan baju
tapi masih ada banyak lagi labuci dan manik berbaki.
Maka hasilnya tumbuhlah bunga-bunga cinta unggu di bahagian ini......
Zom sikit...Kelopak bunga-bunga cinta unggu.....
Alahai, macam orang dilamun cinta la ibu nie...
Tak sesuaiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!
