Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 April 2012

Misteri Nusantara Untuk Kesekian Kalinya...

Kisah "Misteri Nusantara" berulang lagi.
Malam tadi ibu ada kelas malam macam rutin.
Seminggu sekali bermula pukul 8.00 -10.00 malam..
Nak jadi cerita, pada sebelah siangnya ibu sempat bersembang
dengan Miss Wee tentang kejadian-kejadian mistik di sekolah ni.
Maklumlah Miss Wee baru lagi di SKPK.

 Gambar yang ibu snap sebelum "misteri nusantara" menyelubungi....

Cikgu kami lapar la....Boleh makan tak?????
Gelagat anak-anak didik ibu..Sambil belajar sambil makan.
Belajar dalam santai.......
Ilmu dapat, perut kenyang.....

Farouk pun ikut ibu malam tadi....sebagai body guard....

Malamnya kelas berjalan seperti biasa.
Dan macam kebiasaan ibu akan beri "take 5" kepada anak-anak
didik untuk ke tandas.
Maklumlah malam-malam,
ibu suruh mereka buat rombongan kalau nak ke tandas.....he.he.he...

Tiba-tiba bila balik tandas ibu lihat beberapa orang murid berbisik-bisik 
sesama mereka.
Pelik + hairan juga ibu kerana selama ni kalau balik tandas
bukan main meriah lagi budak-budak ni mengusik kawan-kawan.
Kali ni muka mereka macam pucat je...

Tiba-tiba Adam bersuara :
"Cikgu, kami nampak kepala orang di atas koridor tingkat 3 di blok baru"..
"Kepala je cikgu, tak ada badan..
Meremang bulu roma ibu seketika..
Ibu : Biar betul awak ni...pak cik jaga kot.....perasaan awak je tu. 
Itulah suka sangat pergi tandas...
Latif : Betul cikgu...sumpah..saya pun nampak....
Shaza : Betul cikgu, saya pun nampak,..ada kepala je tetapi tak ada rupa..
serba putih.....eeeeeeee...seramlah!!!!!
Becok masing-masing bercerita dan menambahkan perasaan seram ibu.
Ibu : Dah...dah..baca surah banyak-banyak. Perasaan awak je tu..
Entah-entah bayang pokok.......
Ibu sebenarnya nak sedapkan hati sendiri yang dah tak tentu arah.
Mana logik ada bayang pokok di tingkat 3...walah!!!!!
Lebih-lebih lagi ibu tengah "bercuti"....hu.hu.hu....

Bukan sekali dua peristiwa sebegini berlaku malah berkali-kali.
Bulan lepas pun dah kecoh Pak guard terserempak
dengan makhluk tidak berkepala.
Makhluk tu siap kejar Pak Guard sampai ke pintu
hadapan sekolah.
2 hari kemudian pak guard tu letak jawatan dan demam berpanjangan..

Ya Allah, ibu mohon perlindungan dari MU.
Lindungilah kami dari perkara-perkara buruk serta yang tidak diingini.
Ibu tiada pilihan lain selain meneruskan kelas malam demi
anak-anak didik ibu.
Ibu terpaksa juga teruskan walaupun sering diselubungi ketakutan dan misteri.
Semoga Allah sentiasa melindungi ibu serta anak-anak didik ibu....

Doakan kesejahteraan kami semua.......amin....

22 ulasan:

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

benda tu mmg ada kan kak nza.. cuma harap2 dia tak kacau lagilah anak2 dan warga sekolah tu... seram pulak izan baca full storynya...

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
2lh, dh lama makhluk tu ada di kwsan tu...setakat ni masih trkawal..sskali je "dia" menjelma...moga xde apa2 yg serius.....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

takutnya..mmg kena byk baca ayat pendinding ni.tapi budak2 ni kira berani gak la tak jerit tak apa. Semoga Allah lindungi niat murni akk dan murid2 semua..

Unknown berkata...Reply To This Comment

aduhai..kalau saya pun boleh demam jugak..sekolah tak buat apa2 ke untuk hilangkan benda tu??

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....alamak,kanda takoottt.....
dulu time terlibat ngn kelas malam ni lah yang paling mamaijat takutkan....
selalu minta tolong tut... tut temankan...

Unknown berkata...Reply To This Comment

takutnyer....seram jer...mujur baca entry nie awal lg..klu tgh2 mlm mau x leh nak tido

Salmi berkata...Reply To This Comment

Eeee.. seramlah Yah.. Sekolah tak buat sesuatu ke? Harap murid2 Yah tak serik nak ke kelas malam lagi..

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
InsyaAllah, mudahan xde lagi ganguan pd kami.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to diana
mmg boleh demam kalau trperanjat...entahlh, dh byk kejadian ttp mcm xde apa2 tindakan.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
mmg kalau ikutkan hati amat2 takut namun trpaksa kuatkan semangat demi anak2 murid..biar mrk terus brsemangat....

NzA berkata...Reply To This Comment

to TK
2lh, akak pn seram jugak nie...hu.hu.hu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
entahlah k.mie, mcm xde apa2 tindakan dibuat.....

Moga mrk terus kuat utk lalui ujian nie.....

Unknown berkata...Reply To This Comment

Kak ibu mama takut ni.... Alahai dah le mama nienakut....seram sejuk je

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA...seram pulak ummi dengar, kalau dengar je boleh tahan, minta dijauhkan dari nampak sendiri kan NzA, elakkan dari bersendirian bila malam kat sekolah tu NzA ye.

VEE berkata...Reply To This Comment

Salam kenal..feel free to visit me back @ cerita-cinta-mommy.blogspot.com

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
sory ye buat mamaQS takut......hu.hu.hu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
2lh, minta2lh xganggu anak2 yg nk belajar tu......mmg menyeramkan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to vee
thanks vee sudi singgah....

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Aminn..

Berani juga budak2 tu. Kalau sy fensang dah kut. Huhu..

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
2lh, nasib baik mrk boleh kawal diri dr menjerit.....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

kesian juge budak2 kan klu jadi mcm ni.. mujur xde yg histeria...

hmm.. hanie terfikir2... adakah kepala dan hantu takde kepala itu jasad yg sama??? ishhh seramnye... akk tau ke sejarah lama tapak sekolah tu...? mesti ade sumthing kan... kena panggil tok2 imam ni baca2...

kesiannye pak guard tu ye.. tak sangka pulak sampai kene kejar!

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummihanie
mmg seram la hanie..mcm2 peristiwa trjadi sepjg 10 thn akak di sini..menurut org lama, ada sebtg pokok yg jd rumah "mrk" tlh ditebang n sejak itu bnde2 tu merayau sana sini..mungkin rasa trganggu kot..
Syukur alhamdulillah setakat ni blm ada lagi yg kena histeria....

About me