Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Mac 2012

Hari Yang Tragis

2-3 hari ni ibu macam tak de mood sangat nak menaip n3.
Entah kenapa kerajinan dan semangat berkobar-kobar selama ini seolah tercampak ke laut.

Berbalik kepada tajuk.
Semalam adalah hari yang agak tragis.
Semua berlaku dalam masa yang lebih kurang sama.
Kisah pertama kereta ibu yang baru berusia beberapa bulan dah berani mencium tembok.
Gara-gara menyondol tembok, kereta ibu sedikit calar......
Nasib baik kereta masih dalam keadaan baik walaupun habis berkecai 2 buah pasu yang besar.
Tak sampai hati ibu nak tengok bunga kesayangan ibu tu.
Entah apa yang jadi.
Anak-anak yang tolong alihkan....
Pasu-pasu itu pula merupakan pokok bonsai bunga kertas yang ibu tanam berbelas-belas tahun lamanya.

Tak habis di situ, motor angah yang baru berusia 3 minggu 
telah patah side miror + calar dikerjakan ayah.
Menangis-nangis angah sayu hati melihat moto kesayangannya calar dan rosak tu.
Ayah ni pun 1, baru je sampai balik dari outstation pagi tadi
dah sibuk  bawa si bujangnya ronda-ronda.
Badan masih penat agaknya sebab tu boleh terbabas.

Pagi2 ni pulak blender buat hal.
Tetiba pula pemutarnya patah 2.
Nasib baik ibu dah siap blender ikan bilis.....
Alahai macam2 terjadi.
Itu sedikit ujian dari Allah untuk menguji kesabaran kita........
Moga esok lebih baik dari hari ini...........

25 Mac 2012

Karnival Ko-Akademik Zon Selesai.

Pagi Sabtu kaum guru yang terlibat berkampung di SKS 3.
Kami pergi Karnival.
Bukan Karnival membeli belah ye tetapi karnival akademik.
"Intan Terpilih" (hu.hu.hu...) yang kena hadir ke sana.
Yang pasti cikgu-cikgu yang ada MPV jadi mangsa utama mengangkut anak-anak didik.
Nak jimat belanja sebenarnya.
Maklumlah boleh sumbat 8 orang serentak.....
Itulah rutin ibu setiap tahun.
Dan kebetulan ibu pun dilantik jadi Ketua Hakim mewarna.
So dengan redha pergi ke sana.........

Macam-macam katogeri pertandingan diadakan.
Sekolah ibu memenangi beberapa acara termasuk :
Johan Saintis Muda
Johan Program Pemulihan
Ke 4 Mewarna Pra Sekolah
Ke 4 Sahiba Pemulihan.

Ini bilik Kuiz Kajian Tempatan yang Naurah sertai.
Kali ini Kumpulan Naurah  tidak berjaya merangkul hadiah utama.
Setiap sekolah di wakili oleh 3 orang peserta.

Naurah mengeluh tidak puas hati :
" Ibu kakak geram la dengan si Ad tu. Dia langsung tak jawab soalan.
Kakak dan Nana je yang jawab. Habis markah kumpulan kami tau...."

Ibu:
Tak pelah kakak, tak semestinya setiap pertandingan kita akan menang.


Luahan hati gadis yang menjadi rebutan.
Akhirnya dia kecundang akibat tiada kerjasama dalam pasukan.
Ibu tahu Naurah dan Nana amat kecewa dengan sikap Ad tu.
Bertukus lumus mereka berdua menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan.
Tapi dari jauh ibu memerhatikan Ad buat acuh tak acuh......
Guru-gurunya turut kecewa sebenarnya.

Markah ketiga2 peserta akan dicampur.
Yang pasti mereka banyak kehilangan markah
akibat sikap seorang rakan yang tidak bekerjasama.
Semoga ini dijadikan pengajaran dan penguat semangat mereka......
Tak semestinya setiap pertandingan kita akan sentiasa menang....
Tak gitu Kakak??????.

Ibu jadi Ketua Hakim mewarna Pra Sekolah.
Kelakar tengok gelagat anak-anak kecil nie.
Tengok peserta ni macam anak Puan Kutu si Aiman yang chubby tu.....ngee.....
Macam-macam gelagat yang ibu saksikan....
Ada yang tekun mewarna,
 ada yang sempat bergosip-gosip,
ada yang mewarna sambil baring-baring,
ada yang menangis...alahai comel je.....

Kertas mewarna yang terpilih......
Kecil2 dah kreatif.
Saksikan hasil kerja anak-anak umur 5-6 tahun.
Pening nak pilih pemenang.......
Semua pandai mewarna......

Cenderahati untuk hakim........

24 Mac 2012

Western Food

Tiba-tiba je tekak ni nak makan makanan barat.
Entah kenapa la minah mix Melayu ni tetiba nak jadi minah Salleh...
Nak harap ayah bawak keluar makan memang takde maknanya.
Kesian ibukan.
Hari ni pun ayah outstation lagi..
4 hari ayah tak ada.....hu.hu.hu.....menchi!!!!!.

 Home made chicken chop....
Resepi Chicken chop versi ibu yang simple, sila jengah sini....

Makaroni bersos lada hitam.
Yang ni ibu masak untuk sarapan beberapa hari lepas...
Resepi suka suki yang dimasak ikut kepala tuan rumah.....
Tapi jangan risau sebab anda tak akan keracunan dan dijamin halal.

Resepinya:
Rebus makaroni + 1 senduk kecil minyak + sedikit garam.
Toskan.

Sos:
Panaskan minyak/majerin.
Tumis bawang besar + bawang putih yang diketuk.
Masukkan susu cair + air + sos tiram + lada hitam + perisa/kuib ayam.
Kalau ada cendawan budang lagi sedap.
Tapi tuan ruman non-ada......
Masukkan apa sesuai dengan tekak seperti daging cincang/ sosej/ udang.
Akhir sekali masukkan air + 1 sudu tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
Kacau hingga pekat dan tuangkan di atas makaroni.
Kalau ada serbuk daun pasli, taburkan di atas untuk menambahkan kelazatan.

p/s:
Ayah jangan lupa beli souvineer ye.......

About me