Kisah sambungan percutian singkat kami semasa cuti 4 hari.
Selepas ke
Planetarium Ayah bawa kami ke Pantai Klebang , Melaka.
Entah apa yang menarik sangat sejak tadi ayah dan farouk beria-ia nak ke sana.
Jalan semakin sesak dengan kenderaan.
Kami terpaksa berhenti ditengah perjalanan untuk solat Asar.
Kalau ikutkan hati ibu, nak je suruh ayah berpatah balik ke Muar.
Rupanya ada pameran Kapal Selam di pesisir pantai Klebang.
Bayaran masuk untuk dewasa RM1 dan kanak-kanak 50 sen je.
Tapi hari tu farouk dan Naurah masuk free je.....
Cuma yang dewasa je kena bayar.
Budak yang tidak sabar-sabar nak tengok kapal selam dari dekat....
Sempat main tabur-tabur pasir.....
Dan seorang lagi yang juga tak sabar-sabar nak tengok kapal selam.
Belek sana sini..Tilik sana, tilik sini.
Tak puas-puas matanya menatap kapal selam tu.
Ayah ni sebenarnya pernah ditawarkan jawatan sebagai Leftenan Muda.
Semasa di UKM Ayah pernah masuk pelapis.
Berminat sangat dalam bidang ketenteraan.
Tetapi maknya tidak suka dan Ayah terpaksa mengalah.....
Ramai juga orang di sini..
Kawasannya masih dalam pembinaan.
Yang ada cuma kapal selam.
Ibu rasa mungkin kawasan ini akan dibangunkan sebagai sebuah muzium
memandangkan tapaknya dah dipenuhi dengan bahan binaan....
posing dulu....
Yang tinggal cuma Beby, Naurah dan Farouk.
Along dan Angah duduk dalam kereta.
Katanya kalau pergi shoing-shopping oklah.
Patutlah ibu tengok rambut ayah makin kurang.
Melayan anak-anak dara yang makin membesar.
Sangat2 berminat dengan aktiviti shoping.....
Mau ayah tak pokai....
Maka makin berguguran la rambut ayah.......
Tempat2 macam ni mereka tak minat..
Amboi-amboi......dah ada ciri-ciri macam ibu ke?????
Panas sambil jilat aiskrim..best juga....
Di bahagian bawah kapal selam ada papan kenyataan tentang sejarah kapal selam ni.
Haram ibu tak baca....dasyatkan!!!!!
Ibu ni bukan peminat Sejarah sebenarnya walaupun
Abah ibu merupakan pakar Sejarah....he.he.he..
Ayah dan Farouk tidak jemu-jemu membaca papan tu satu persatu.
Sekali ibu tengok macam orang nak ambil exam pulak.
Ayah macam abah ibu, amat meminati Sejarah.
Dua beranak ni kalau jalan mesti pimpin2 tangan.
Kalau dengan ibu tak delah nak romantik pegang2 tangan macam tu.....menci!!!
Macam mana farouk tak jadi anak manja bila dilayan macam baby kecik je....
Posing lagi sebelum keluar dari situ...
Singgah lepak2 dan jalan-jalan cari makan kat tepi Pantai Klebang.
Petang-petang memang ramai orang bermain layang2 di sini.
Memang leka melihat bermacam2 rupa layang-layang yang unik....
Setiap kali datang ke Pantai Klebang ni, ibu tertarik dengan sebuah gerai yang menjual air coconut shake ni.
Memang sentiasa dipenuhi dengan pelangan.
Sanggup mereka beratur panjang semata-mata mahu membeli coconutshake di situ.
Kalau ibu rasanya tak sanggup berbaris panjang macam tu.
Tapi tak tahulah.
Mungkin rasanya airnya teramat sedap sangat2 kot....
Perkembangan Baby Qaisara.
Alhamdulillah keadaan kesihatan Qaisara semakin baik..
Terima kasih Ya Allah...
Terima kasih semua di atas doa2..
Teruskan berdoa untuk Qaisara agar dia terus stabil
dan dapat kembali ke pangkuan keluarga yang amat2 merinduinya......