Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 Januari 2012

Kawan Yang Hebat-Disember 2011

Selamat Tahun Baru.
Semoga Tahun 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih indah.
Bagi ibu, setiap hari yang berlalu ibu doakan
yang terbaik buat kami sekeluarga......

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blog ibu yang 
tidak jemu-jemu bertandan dan membaca dairy kami.
Syukur kerana kita dipertemuakan di alam maya dan kalianlah rakan yang paling best.
Setiap waktu dan ketika sentiasa disisi ibu.....

Bagi rakan-rakan yang tidak tersenarai,
kalian juga adalah kawan yang terbaik.
Terima kasih semua.......

31 Disember 2011

Persiapan Anak-anak..

Alhamdulillah syukur kerana 90% persiapan anak-anak dah selesai.
10% tu masalah ibu sendiri.
Sebelum balik cuti ibu nekad nak siapkan uniform 3 Farah tu.
Semuanya 8 pasang termasuk 2 pasang uniform Sekolah Agama Naurah
Akhirnya terbengkalai.
Ada 2 helai lagi yang belum siap.
Bila la nak datang mood menjahit ni.
Baju baru ibu untuk melangkah ke sekolah pun belum sentuh lagi...hu.hu.hu...

Budget????
Tak payahlah ibu ceritakan kat sini.
Anak ramai, budget pun banyak.
Makin b*t*k lah kepala ayah....hu.hu.hu....
Itu pun ibu/ayah sediakan apa yang perlu.
Beg dan kasut anak yang masih elok, mereka akan gunakan.
Cuma tambah mana yang patut dan perlu....
Biar mereka belajar berjimat cermat.
Alhamdulillah, anak-anak dah terbiasa dengan keadaan sebegini
sejak dulu lagi dan mereka menerima dengan hati terbuka....
 Angah akan melangkah ke tingkatan 5 Sains 1 dan Beby ke Tingkatan 4 Sains 1...
Tahniah Beby di atas kecemerlangan dalam PMR 2011.
Sorry, ibu masih tak berkesematan nak buat n3 untuk Beby....

Angah a.k.a Farah Nadiah dan Beby a.k.a Farah Najdah bersiap sedia untuk ke sekolah
untuk pembelian peralatan sekolah dan mendaftar pada 29.12.2011.
Nasib baik ibu sempat siapkan dulu sepasang seorang uniform...hu.hu.hu...

Along???? tengah gigih belajar memandu dan juga berlatih menjadi
seorang suri rumah yang cemerlang...he.he.he....

p/s:
Selamat Tahun baru untuk semua.
Semoga esok menjanjikan yang lebih baik dari hari ini...

Souvenir dari Korea, Vietnam, Thailand, Paris, Sarawak, CHighland n P.P

Panjang la pulak tajuk n3 ibu kali ini...
Takpelah, janji gembira....

Suka, gembira, bahagia bila diri ini sentiasa diingati dan
dihargai oleh orang-orang sekeliling.
Ada aje souvenir yang ibu terima.
Bulan ini saja banyak sungguh ibu terima souvenir...
Gembira sangat.....

Ni souvenir dari adik ibu yang baru balik Korea minggu lepas. 
Adik K juga ada bagi souvenir dari Vietnam dan Paris tetapi tak sempat nak snap.
Maklumlah adik kerja disyarikat perlancongan dan boleh dikatakan setiap bulan terbang sana sini.
Sampai adik K dah rasa bosan untuk terbang kerana kerap sangat
meninggalkan anak dan isteri tercinta....
Apa nak buatkan, demi tugas......

Tapi yang paling best, ibu dan anak-anak tak pernah dilupakan.
Dan kami yang paling banyak terima souvenir....
Yang bestnya adik K tak pernah lupa beli FM untuk kakaknya ni.
Ibukan peminat tegar FM....
Thanks a lot dik....

Thanks uncle kerana bagi hadiah untuk Farouk....

Budak ni yang selalu dapat lebih sebab dia kamching dengan Uncle K.
Semua yang dipakai dari kepala sampai ke kaki(stokin) uncle yang bagi....
Dah macam-macam koleksi t-shirt dan souvenir dari seluruh dunia yang
Beby dapat dari Uncle K tu.....

Ini dari Uncle K juga..Ni dia beli kt Thailand sebelum berangkat ke Korea...

Ini pula dari adik ibu Ahmad Zaki yang baru balik dari bercuti di Sarawak
dengan family 2 minggu lepas.
Ibu dapat kain batik borneo, ikan terubuk masin dan anak-anak dapat cenderahati kt atas tu
dan t-shirt......
i like...

Ini batik Sarawak juga.
Ibu dapat dari Ummiross yang amat pemurah tu.
Masa cuti ibu ada order sebanyak 44 helai kain batik.
27 helai untuk buat uniform kami......klik sini .
Thanks a lot Ummi...sayang Ummi...Muah....
Bertambah koleksi kain batik Sarawak ibu.
Maklumlah sejak kena Ummiross ibu jadi peminat kain batik Sarawak.....

Sekembalinya dari balik bercuti, ibu terima 1 sampul surat dari seseorang.
Suspen juga.
Rupanya Ummi Hanie yang cantik jelita tu
bagi cenderahati untuk ibu bagi pengomen terbanyak.
Memang ibu tak tahu langsung tentang hadiah ni semua kerana
agak lama ibu menyepi dari dunia blog.
Thanks hanie....Suka sangat-sangat.
Banyak pula tu......

ni pula dari rakan sekerja ibu yang pergi bercuti di CHighland dan Penang.....
Thanks Mizah dan Ina......

p/s:
Semoga Allah murahkan rezeki kalian....amin.

About me