Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Disember 2011

Cuti Berakhir di i-City.

Sepanjang 3 minggu bercuti dan menyepi dari dunia siber memang ibu rasa amat-amat 
terputus dari dunia luar.
Namun ibu nekad untuk melupakan seketika dunia itu dan berada di dunia realiti.
Banyak momen2 indah dah jadi basi untuk dikongsi bersama.
InsyaAllah kalau ada mood ibu akan berkongsi kisah percutian kami.....
Ada yang menarik dan ada yg menguji hati ibu....

Setibanya di KLIA kami tak terus balik ke Johor
tetapi anak-anak sibuk nak ronda-ronda KL.
Ayah bawa kami ke Jakel Shah Alam.
Aduhai Ayah nie.
Kenapa la bawa ibu ke tempat macam tu.
Habis juga ibu melabur beli kain pasang yang amat cantik2 dimata ibu.

Anak-anak pula sibuk nak ke i-City.
Sementara nak tunggu pukul 6.00 petang
kami singgah shopping kat Giant, makan-makan kat  KFC.
lepak-lepak kat KFC setelah hampir pokai di Jakel....hu.hu.hu....

Pukul 6 petang kami tiba di i-City.
Lampu-lamu belum dipasang kerana suasana masih terang...

Ni kali ke 2 tahun ni ibu ke sana.
Segalanya berubah.
Memang berubah sangat-sangat.
Banyak bangunan baru tersergam dibina...
Banyak permainan baru dibina....
Dan banyaklah wang yang terpaksa dilaburkan untuk anak2.
Rasanya baru bulan Mei ibu ke sana.
Segalanya berubah......
klik sini.

                           
Pintu hadapan dari bangunan parking kereta....

Bangunan di belakang tu masih belum ada semasa ibu datang pada bulan Mei....
Sangat menakjubkan.....

Hanya ni je sekeping ada gambar Ayah.
Tu pun ibu curi-curi snap semasa ayah sedang leka membelek pokok2 tu.....

Gembira tengok anak-anak seronok....

Buah hati kesayangan ibu dan ayah....
Us.....

Farouk dan Beby beria-ia nak naik PiraleShip ni.
Yang tak tahan Farouk tiba-tiba menangis tak nak naik....
Takut katanya tetapi ibu guna akta paksaan.
Buat membazir je bayar...
Ayah senyum-senyum jevtengok bujangnya yang nangis2 ketakutan tu...
BIla dah naik kat atas tu Farouk yang over acting.......he.he.he...

dan lagi....

Hari dah mula beransur gelap.
Lampu-lampu mula dipasang.....

Sorry la ye...Kali ini n3 penuh dengan gambar-gambar anak....

Hari semakin gelap dan gelap.
Suasana diterangi dengan lampu-lampu bergemerlapan.
Orang amat ramai kerana kami datang semasa perayaan Krismas...
Memang sesak sangat.
Nak naik sesuatu permainan kena beratur panjang...
Ayah dan anak-anak sanggup beratur panjang.
Cuma ibu seorang yang tidak sanggup.
Sekadar memerhati kegembiraan mereka.

Keluar dari i-City dah pukul 9.15 malam.
Orang semakin ramai berpusu-pusu datang.
Kami tiba di rumah dalam pukul 1.30 pagi........
Adui, penat sangat...........

p/s:
banyak n3 rakan-rakan yang ibu ketinggalan.
Ibu akan cuba baca n3 tu berdikit2.....
Baru 3 minggu xbuka blog rasa macam bertahun2....hu.hu.hu...

26 Disember 2011

Selamat Tinggal Golden Sand n New Castle....

Sebenarnya ibu bercuti di Golden Sand dan New Castle.....
Tau tak dimana letaknya tempat tu??????
Tak pernah dengar ek?????
Golden Sand tu gelaran tempat kelahiran ibu "Pasir Mas" 
dan New Castle tu ibu negerinya
Kota Bahru...he.he.he....macam pergi oversea pulakkan........ 

Ibu menghabiskan masa bersama mama dan abah di kampung.
Hati masih sedih kerana sepanjang cuti ibu banyak habiskan masa
disisi mama.
Menyuapkan ubat pada mama, 
menghidangkan mama makanan.
Mendengar luahan hati mama.
Berkongsi cerita, berkongsi kegembiraan dan kesedihan.
Paling sedih bila mendengar luahan hati mama.
Ibu faham perasaan mama yang sudah tidak mampu berjalan
sejak keluar dari ICU 1 tahun yang lalu.
Pergerakan mama sudah terbatas.
Mama terpaksa menghabiskan sisa2 waktu di kamar tidurnya.
Mama hanya mampu mengesot untuk ke tandas.
Mama redha walaupun dalam hatinya terselit rasa sedih.
Dan abah yang banyak memainkan peranannya menjaga
mama sebaik mungkin.....

Hati mana yang tak sayu dan sedih.
Terkilan kerana tidak mama untuk terus berada disisi mama.
Rasa teramat bersalah kerana tidak mampu terus berada disisi mama.
Menjaga mama sebagaimana mama menjaga ibu
dengan limpahan kasih sayang....

Bertambah sedih bila melihat rakan seusia mama masih
sihat berjalan ke sana sini.
Ya Allah!!!! tersentuh hati ibu bila setiap kali melihat mama mengesot.
Airmata tak mampu ibu tahan...
Semoga mama diberi peluang ke dua untuk berjalan seperti orang lain...
Dan semoga Allah terus beri mama dan abah kekuatan dan ketabahan
melalui ujian ini......
Doakan mama ye......


 Di airport Sultan Ismail Petra Kota Bahru.
Rumah abah ke airport cuma 30min saja.
Abah hantar kami ke airport.....
Thanks abah kerana begitu sabar dan tabah menjaga mama sebaik mungkin....
Sayang abah....

 Muka budak yang dah bosan dibalai menunggu..
Kami tiba agak awal so check in pn awal...Jenuh juga la menunggu.....

 Muka2 yang kebosanan dalam flight.
1 jam dari KB ke LCCT macam 1 hari je.....

Setiap kali naik flight ,di sinilah tempat duduk yang ibu dapat.
Disisi sayap.
Dan ini kerja si Farouk yang dah mula bosan....
Snap sana, snap sini.
Buat penuh je memori kad kamera ibu........

tiba di LCCT pukul 12.35 tengahari....

menunggu untuk ke destinasi terakhir sebelum cuti berakhir....

Mood sedih: rindu mama dan abah masih menebal.........
Esok dah mula melangkah ke sekolah.....

Kami dah Kembali....

Kami dah kembali!!!!!!
3 minggu blog ibu bersawang...
RINDU....amat2 RINDU...
Ada tak sapa2 yang rindukan ibu??????

Keadaan tidak mengizinkan ibu menjenguk blog sendiri
 apatah lagi untuk BW ke blog rakan2...
Percutian kali ini ibu benar-benar habiskan setiap detik bersama insan2 tersayang.....
InsyaAllah, ibu akan kembali seperti sediakala....

About me