Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 November 2011

Perasan Glemer Lagi...

Pagi-pagi buta dah terima mms dari kawan.
Hantar keratan akhbar Berita Harian.
Lepas tu terima sms dari rakan-rakan.
Ingat apa la yang depa kecoh sangat.

Rupanya ni ha, menempel je pegang dulang masa 
Hari Kejohanan Olahraga minggu lepas.
Sibuk je ibu nie.kan..kan..kan..
Perasan!!!!!!
Budak yang terima medal tu yang patut bangga.
Ni ibu yang dok tempat teduh dan sekadar
usung dulang pula over acting.......wakaka..

Ni sekadar tepek untuk koleksi peribadi.
Ada beberapa keratan akhbar kami sekeluarga.
Kalau nak tengok sila klik SINI......

p/s:
TAHNIAH pasukan Harimau Malaya
kerana berjaya meraih pingat emas di
Sukan SEA.......
"Proud to be Malaysian..."

21 November 2011

Kisah Semalam.

Semalam keluar untuk pergi kenduri kahwin agak lewat 
gara-gara buat appoiment dengan Z dan M.
Rumah pertama yang kami tuju rumah Cikgu R, 
Kakak senior ibu yang baru pencen 1 bulan yang lalu.
Bila jumpa apa lagi, adengan peluk memeluk terjadi.
Maklumlah, dia umpama emak kepada kami.....
Lama juga di sana.

Rumah kedua ibu sampai dah 3.20 petang.
Dah tak jamah nasi.
Sekadar makan ayam panggang yang yummy.....
Bila jumpa rakan memakan masa juga.
Tengok jam dah hampir pukul 4 petang.
Jawabnya 3 buah rumah lagi dah tak sempat.
Kalau kat sini majlis tutup tepat pada masa...
Pukul 4 petang dah kemas.......

Dan akhirnya kami lepak-lepak kat taman berhampiran.
Sia-sia aje bawa budak berdua nie.
Tak nak makan apa-apa.
Cuma minum air.
Mereka berdua ni sebenarnya nak berebut buah tangan tu aje.

Naurah posing lagi sebelum balik rumah......

p/s:
ramai yang pilih tarikh 11.11.11 untuk majlis perkahwinan.
Yang sebenarnya tarikh semalam lebih cantik dan tepat
20.11.2011.
Tarikh 11.11.11 tu kalau diikutkan yang sebetulnya 2000 tahun berlalu iaitu
11.11.1111..sebabnya tarikh sekarang 11.11.2011...tak gitu!!!!.
Apa-apa jelah, janji bahagia hingga ke syurga....

20 November 2011

Jom Serbu....

Hari ini saja ada 5 jemputan kawin.
Yang sedihnya seawal pagi ayah dipanggil meeting di Putra Jaya.
Urgentttttt!!!!!
Selepas solat Subuh dah bergegas keluar rumah.....
Aduh....jawabnya kena pergi jemputan kawin dengan 
FArouk dan Naurah ajelah.

Tapi sebenarnya ibu dah tak kisah.
Selalunya macam tulah.
Ada je mesyuarat penting ayah perlu hadiri
"segera".
Depa main "on call" aje.
Orang kuat NGO...
Apa nak buat......Redha jelah.

Kalau Ayah tak ada temankan ibu pergi kenduri kawin,
ibu akan pergi dengan kroni-kroni ibu.
Dan yang paling best bila pergi dengan best friend ibu Z.
Boleh kecoh dibuatnya......
Yang penting ibu hadir.
Bila dijemput kita "wajib" hadir kecuali kalau dah terlupa
atau ada urusan lain...Main kirim2 ajelah.........

About me