Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Ogos 2011

Kisah Ikan Goreng Bertepung-Puasa ke 24

Petang semalam ibu goreng ikan celup tepung.
Tiba-tiba hati jadi sayu.
Entah kenapa terkenang zaman kanak-kanak.


Zaman yang indah tiba-tiba jadi sedih bila Abah melanjutkan pelajaran ke UKM.
Sejak itu kami sekeluarga hidup dalam kesukaran dan keperitan.
Kalau tak silap ibu, sewaktu ibu usia ibu 5 tahun.
Malas lah ibu nak kenang lagi saat itu.
Klik sini.

Tapi ikan goreng tepung ini mengamit kenangan.
Semasa itu ibu berada dalam Tahun 1.
Di kantin sekolah ibu (SK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas)
ada menjual ikan goreng tepung ini.
Dan merupakan menu kegemaran ibu.
Kenapa kegemaran kerana makanan ini yang paling murah ketika itu.
Setiap hari ibu hanya mampu membeli seekor
ikan kecil bertepung dengan harga 20 sen untuk mengalas perut
dengan berbekalkan air masak.
Sedangkan rakan-rakan lain mampu membeli
nasi lemak, mee goreng dan macam-macam makanan lain.

Dan di satu sudut ibu menanti penuh sabar lebihan 
RMT (rancangan makanan tambahan) 
khusus untuk pelajar miskin.
Ibu tidak layak memandangkan abah seorang guru
(tetapi kerana abah melanjutkan pelajaran, hidup kami susah).
Mama cuma mampu bekalkan ibu dengan wang belanja 20 sen.
Setiap hari ibu berdoa agar ada lebihan makanan itu.
Dapatlah ibu mengalas perut dengan makanan yang lebih enak..

Hu.hu.hu...sedih bila dikenang.
Kenapa lah ikan goreng tepung ni buat ibu sedih.....
Tidak pasal-pasal petang yang ceria bertukar syahdu....

p/s: 
"MAMA, ABAH", kakak rindu kalian berdua..
Kakak xsabar nak jumpa kalian.....

23 Ogos 2011

Resepi Nasi Arab + Seri Kaya Pisang-Puasa ke 23

Semalam dengan gigih kat dapur menyediakan juadah
yang dah  dirancang  beberapa  hari lepas.
Yelah tu..
Tapi memang ibu teringin nak masak nasi arab ni bila call mama di kg.
Menurut mama, dah 3 kali abah dan adik atie masakan nasi arab untuk berbuka..
maklumlah sekarang mama dah tidak macam dulu.
Mama dah tidak boleh bangun dan berjalan sejak keluar ICU
lebih kurang 1 tahun yang lepas....
So sekarang abah dan atie ambil alih tugas memasak..

Sementara tu ibu sediakan seri kaya ni.
ni seri kaya yang tidak berseri pun.
Tapi rasanya sedap jugalah walaupun buruk je rupanya tu..
Abaikan je bentuknya ok...
Sebabnya ibu kata sedap, habis licin dimakan anak-anak.
Kalau nak cuba meh salin resepinya:

Seri Kaya Pisang:
5 biji telur ayam
pisang
1 senduk gula..ikut citarasa.
sedikit gula merah
daun pandan
2 cawan air.

Cara-cara:
Pukul telur dan masukkan pisang yang telah dipotong kecil2.
Panaskan air dan masukkan gula + gula merah dan daun pandan.
Bila mendidih, curahkan adunan telur + pisang ke dalam.
Tutup periuk sekejap dan biarkan selama 10 minit.
Siap untuk dimakan.....


ni acar mentah makan bersama nasi arab...

Ini nasi arab.
Tapi yang tak syoknya nampak leher ayam lak dalam gambar tu...
Rosak gambar jerr...hu.hu.hu....

Resepinya:
1 ekor ayam
5 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
rempah menumis (kulit kayu manis n the geng)

2 sudu rempah kari + 1 sudu rempah kurma  + 3 sudu sos tomato
(kalau ada perencah bukhari abaikan perencah ibu tu)
1 tin susu cair
kuib ayam
garam secukup rasa.
kismis.

Cara-cara:
Panaskan minyak sapi.
Tumis bahan yang dikisar.
Masukkan rempah menumis
Masukkan bahan-bahan yang dibancuh tadi.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan ayam .
Masukkan susu cair dan air secukupnya.
Biarkan ayam mendidih seketika.
Masukkan beras dan masak macam biasa.
Pastikan nasi dan ayam digaul semasa proses memasak.

Setelah masak, taburkan bawang goreng, daun ketumbar.
Hidangkan bersama acar mentah.

Roselle-Puasa ke 23

Sejak bulan puasa ini, pokok roselle ibu bukan main lebat lagi berbunga.
Dalam seminggu dapatlah petik 2 kali.
Orang yang sangat rajin mengendap bunga roselle ni
Naurah dan Farouk.
Pantang tengok bunga dah mekar dan besar, mulailah dituai hasilnya.
He.he.he....macamlah tanam kat ladang rupanya.
Ibu nak simpan untuk buat benih baru pun tak ada peluang.
Habis dikerjakan dua beradik ni.

nilah bunga roselle yang masih dipokok dan jap lagi akan
jadi mangsa Naurah untuk dipetik.

 Bunga-bunga roselle yang telah selamat jadi mangsa Naurah dan Farouk.

jus roselle yang telah siap diproses.
Tak de la susah mana pun.
Cuma buang biji ditengah-tengah bunga dan bersihkan.
Lepas itu rebus bersama gula.
Rasanya hampir menyamai air rebina.



Khasiat Jus Roselle:
*Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
*Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik 
*Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
*Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
*Mengurangkan kolesterol yang berlebihan NUTRISI ROSELLE

About me