Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Jun 2011

Pak Haji Rock....

Masa godek2 blog terjumpa lak n3 lama nie...
Pic ni masa umo Farouk 6 thn...
Masa ni kulit dia masih putih melepak.
Maklumlah masih kecik lagi...
Skrg dh hitammmmm!!!!..

Pic ni ibu snap masa dia tengah tunggu ayah nak solat....
Oppssss!!!!... lupa nak pakai kain pelikat..
Main hentam je budak tecik ni..
Katanya : "tak pelah, fayuk masih kecikkk lagila bu.."
Nnti besar Farouk nk jd tok guru mcm atok ayah....

Rindu lak rasanya saat nie..
Kalau boleh rasanya nk biar je Farouk sebesar ni sampai bila2...
Masa ni nk peluk, nk cium, dia masih xkisah ttp
sekarang bila pegang pn dia kata...eeeee, gelilah bu...

Beby @ Sinar Harian

Minggu lepas ibu terima MSS dr seorg rakan wartawan yg mengirim 
keratan akhbar Sinar Harian nie...
Lepas tu kwn ibu tag lak kt FB.
Memang ibu xbeli surat khabar bertarikh 4.6.2011 tu.
Keratan berita akhbar ni dh 3 minggu lepas.
Maklumlah sejak kebizian melanda ni nk baca paper pn xsmpt.

Ni masa Majlis Konvokesyen Beby a.k.a Farah Najdah hari tu.
Gambar Beby menerima sijil dan piala dr YB Ir Hamim B Samuri
masuk Surat Khabar Sinar Harian gitu..
Ibu yg trover lak....he....

 Keratan Akhbar Sinar Harian yang ditag oleh 
En Hai Rozzaman a.k.a WakJaman kt FB ibu...
Gambar kt penjuru belah kanan tu Beby sedang menerima sijil kecemerlangan
dan gambar bawah ni Beby yg brtudung hitam kt tengah2 tu....
Thanks wak!!!!

gambar ni pun ditag oleh Wak Jaman minggu lepas.....
Thanks a lot...
Nk wat camne, masa majlis ni ibu xde...hu.hu.hu....
Beby cuma ditemani makciknya...

Sekarang lengkaplah gambar kami sekeluarga masuk paper..
he.he.he....perasan glemer!!!!
Klik sini.

19 Jun 2011

Khasiat Budu


Sapa pernah makan budu, sila angkat tangan.
Ibu rasa skrg ni kat mana2 budu dijual. 
Kat pasaraya pn adakan.
Xperlu nk p Kelantan or Terengganu nk dapatkan budu.
Budu ni feveret ibu n Abah.
Kalau blk kg mulalah 2 beranak ni lawan2 makan budu cicah ulam.

Kalau kena cara penyediaan n kena lak jenama yg sesuai mmg best la.
Mak mertua lalu pn xsedar.
Makan pula dgn pucuk ubi kayu yg dicelur lembut....
Fuh!!!!!Nikmat xterhingga......

Masa search internet ibu jumpa ttg khasiat budu nie.
Dah lama sebenarnya ibu perap n3 ni dlm draf.
Kalau nk tau dh 3 thn...he.he.he...
Tah camne boleh peram begitu lama.
Sama la proses nk buat budu nie la.....

Meh kita share khasiatnya:
· Berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, dan kanser pada peringkat lebih awal.

· Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diarrhoea cirit (diarrhoea) , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

· Memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

· Mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

· Mempertingkatkan IQ kerana ia merangsangkan sel-sel otak, memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

· Bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

· 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks- vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin)) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

· Penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

· Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu.

· Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon juga merupakan antioksidan untuk menghentikan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel..Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

· Pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

· Sumber serat (dietary fiber) yang baik. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Ia mudah untuk dicernakan.

· Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

p/s:
Sapa2 nk anak bijak bagilah mereka makan budu ye puan2...he.he.he...
Betul jugalah kot cz kebanyakan calon2 cemerlang byk dtg dr Pantai Timur..

About me