Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label PERKONGSIAN ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERKONGSIAN ILMU. Papar semua catatan

19 Jun 2011

Khasiat Budu


Sapa pernah makan budu, sila angkat tangan.
Ibu rasa skrg ni kat mana2 budu dijual. 
Kat pasaraya pn adakan.
Xperlu nk p Kelantan or Terengganu nk dapatkan budu.
Budu ni feveret ibu n Abah.
Kalau blk kg mulalah 2 beranak ni lawan2 makan budu cicah ulam.

Kalau kena cara penyediaan n kena lak jenama yg sesuai mmg best la.
Mak mertua lalu pn xsedar.
Makan pula dgn pucuk ubi kayu yg dicelur lembut....
Fuh!!!!!Nikmat xterhingga......

Masa search internet ibu jumpa ttg khasiat budu nie.
Dah lama sebenarnya ibu perap n3 ni dlm draf.
Kalau nk tau dh 3 thn...he.he.he...
Tah camne boleh peram begitu lama.
Sama la proses nk buat budu nie la.....

Meh kita share khasiatnya:
· Berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, dan kanser pada peringkat lebih awal.

· Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diarrhoea cirit (diarrhoea) , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

· Memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

· Mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

· Mempertingkatkan IQ kerana ia merangsangkan sel-sel otak, memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

· Bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

· 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks- vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin)) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

· Penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

· Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu.

· Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon juga merupakan antioksidan untuk menghentikan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel..Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

· Pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

· Sumber serat (dietary fiber) yang baik. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Ia mudah untuk dicernakan.

· Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

p/s:
Sapa2 nk anak bijak bagilah mereka makan budu ye puan2...he.he.he...
Betul jugalah kot cz kebanyakan calon2 cemerlang byk dtg dr Pantai Timur..

27 Mac 2011

Berkongsi Tip Kecemerlangan....

Hari ni ibu nk berkongsi tip sikit yang ibu dapat dr program motivasi.
Perkara yg baik elok kita sebarkan demi kebaikkan bersama.

Konsep berdoa untuk kecemerlangan anak2 dan penyembuhan penyakit kita:
A. Solat Wajib perlu dilakukan tepat pada waktunya.
B. Perbanyakkan solat Tahjud dan Solat Duha.
C. Jika tidak mampu lakukan solat Duha boleh digantikan dengan amalan:
1. Buka pintu di awal pagi 
(semasa melangkah ke tempat kerja)
2. Baca:
-Bismillah....
-Selawat ke atas junjungan 21X
-Baca Al-Fatihah 1X...
Semasa ayat ke 4 berhenti seketika dan menadah tangan serta berdoa. 
Mohonlah apa hajat yg kita inginkan..
Con: semoga anak2 terang hatinya....
-baca Surah Al-Ikhlas 3X
-Pegang ubun2 anak..
-ucapkan Ya Qa'wi (nama Allah) 11X
-Hembus diubun2 anak2 kita..

D.Amalkan selama 40 hari berturut2 atau jadikan rutin harian......
Insyallah, anak2 akan mudah menerima pelajaran dan lembut hatinya...

E.Selalulah berdoa di awal pagi sebelum menjelang subuh. 
Insyallah Allah akan memperkenankan doa2 kita.
F.Banyakkan bersedekah. 
Semasa bersedekah kita berniatlah utk keluarga dan anak2 kita.
Con: Ya Allah, aku berniat ikhlas bersedekah kerana tanda syukur di atas segala nikmatMu dan Kau berilah kecemerlangan buat anakku (sebutkan nama anak dan jenis peperiksaan yg akan mereka tempuhi...)

p/s: moga kita sama2 mengamalkan demi ikhtiar untuk anak2...
Doa kaum ibu 3X kelebihan berbanding doa Ayah.

6 Mac 2011

Menuai Hasil , Cekur

Fuh!!!!!
Kekonon nk wat n3 outing smlm ttp line tenet mcm siput terus postpone...
Nk tunggu gambar masuk brjam2....
Kebetulan ibu ada n3 yg trperap 4 hari yg lepas..
Ni ttg pokok cekur yang ibu tanam dlm pasu.
Bukan main membiak2 lagi.

Adalah dalam 2 pasu ibu tanam.
Senang nnti kalu nk buat ulam, buat urap atau masak lemak Jawa stail.
(Nk resepi di atas klik sini)

nilh pokok cekur yang ibu dh cabut...banyak juga rupanya isi cekur.

ok...ibu zoom lagi..
Nilh rupa isi cekur.
Lebih kurang mcm halia cuma ia kecil2.
Baunya mmg sgt2 wangi.



KHASIAT CEKUR-..
-Sering dijadikan ulam oleh kaum wanita, terutamanya selepas bersalin.

-Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan di mana air rebusan ini diminum oleh penggemar herba tradisi ini.

-Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.

-Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini dikatakan boleh mengekalkan keremajaan.

-Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah.

-Ia juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbisinya.

22 Disember 2010

Pokok Lada Hitam idaman kalbu....

Ibu nie peminat ulam.
Kalu blk kg mmg seronok sgt cz jika tringin nak makan ulam
pergi saja petik di blakang rumah,
tepi rumah,
dan depan rumah abah.
Mcm2 ulam yg ada n semua tu abah yg tanam.
Kalu kt sini jengah blakang simen, jengah dpn pokok2 bunga.
Nk wat camne dok rumah taman.
Redha jelh.

Kalu kt kg, pot yg selalu ibu jengah ialah pokok lada hitam.
Mmg confirm xmengecewakan.
Mmg ada je buah lada hitam yg masih muda n kehijauan.
Xputus berbuah..lebat pulak tu.
Dan ibu la tukang petik buah2 tu every day.....

Sedap dibuat ulam.
Rasa pedas2 ckit n lemak2 n ranggup.
Cicah lak dgn budu + cili + perahan asam limau nipis....
Fuh!!!!nikmat xtrkata.

Dan atas permintaan ibu,
abah siap semai benih pokok lada hitam nie sedari awal thn lg.
Blk kg asyik lupa je nk bw kemari.
Blk hr tu awal2 abah dh ingatkn cz pokok tu dh mkn membesar.
Mana la tau kot2 nnti dh xleh masuk kereta.
Jauh prjlnan pokok tu merentasi 3 buah negeri....

Dan smlm mula la operasi ibu bercucuk tanam.
Yelh tu...Hnya sebtg pokok dh bercucuk tanam ke????
Dgn gigihnya ibu tanam pokok lada hitam tu dlm

V

V

V

V

V


pasu!!!!!
Agak2 hidup ke pokok tu dok dlm pasu.
Minta2 pokok lada hitam tu terima la seadanya lokasi br.


ni pokok lada hitam kt belakang rumah abah....
renek je pokoknya ttp lebat berbuah......


ni daunnya seiras daun sirih.....

ni la buah lada hitam yg muda...mmg sedap dibuat ulam.....


tara......pokok lada hitam yg ibu tanam semalam di belakang rumah..
Alahai dok la kamu dlm pasu tu ye...

Kalu nk tahu khasiatnya klik sini...

10 Disember 2010

Pokok Katak Puru @ Nam-nam.


Pernah dengar tak nama pokok katak puru tu?????.
Kalu xsilap ibu pokok nie juga dikenali dgn nama pokok nam-nam.
Sebenarnya pokok katak puru ni abah tanam dh lama.
Rasanya masa ibu sekolah dulu pokok tu dh ada abah tanam.

Dulu ibu geli sgt tgk buah katak puru ni cz rupanya agak2 sama dgn katak puru binatang yg paling ibu takut + geli tu.
Kulitnya mengerutu n mmg xmenyelerakan bila dipandang.
Ttp bila lama2 kiranya dh xkisah tang rupanya yg hodoh tu..
Rasanya masam2 manis n rangup.
Bila blk kg ibu suka la dok petik buah2 katak puru tu.
Dulu saja2 kutip cz byk sgt ttp skrg ibu dh mula minat utk makan gitu je or wat "colek".
Mmg boleh hilangkn rasa loya2 tekak ibu nie..

ni la pokok katak puru @ Nam-nam...
pokoknya xla besar sgt.......


buahnya pulak keluar disepanjang batang pokok dr atas sampai jejak tanah.
Mmg senang la kalu nk petik......


ni la rupa buah katak puru yg dh masak..Berwarna kuning n kulitkan mengerutu mcm katak puru. Buah muda berwarna hijau n rasanya agak kelat n masam2....
Sedikit Info ttg buah katak puru
Nama Botani : Cynometra Cauliflora
Famili : Leguminosae
Pokok katak puru atau nam nam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai. Pokok katak puru mempunyai ketinggian yang sederhana iaitu kira-kira 3 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk mencapai ketinggian 2 meter ia mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Pokok ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun. Bunganya keluar secara berjambak pada bahagian pangkal batang, batang dan dahan. Semasa kecil, buahnya berwarna hijau gelap dan setelah masak ia menjadi hijau kekuningan. Apabila masak, buah katak puru atau nam nam akan gugur. Ia mempunyai rasa masam manis.

7 Mac 2010

Wahai Suami2......


Hari ni ibu nk wat n3 yg ibu ambil dr blog Umiliya. Cam menarik je bila baca artikal ni. Artikal ni sebenarnya ditujukan buat suami2 diluar sana. Manalh tau ada yg terkena batang hidung sndiri. Kalau ada suami2 yg terbaca n3 ni, agak2 berapa byk yg terkena di atas batu jemala kalian.....
Jom baca......
*Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
*Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
*Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
*Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
*Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
*Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
*Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
*Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
*Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin diri sendiri.
*Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
*Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
*Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
*Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
* Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke....
*Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
* Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
*Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
* Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat
*Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
*Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
*Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
*Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
*Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
* Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif.
Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

25 Oktober 2009

Watak dan Warna

Hari ni ibu sesaja nk wat n3 pasal "watak berkaitan dgn warna kegemaran kita".
Td tgh bosan so ibu belek2 buku "Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah"ni n trjupe lak ttg topik ni.
Ibu ni mmg minat sgt dgn color kuning.
Oklh jom match dgn sikap kita....... .



Warna Biru
A. Biru Gelap (dark blue)
-seorg pemurung
-selalu menyenangkn
-selalu brtindak pasif
-impikn ketenangan dan ketenteraman
-selalu alami kesulitan dlm prgaulan/prcintaan

B. Biru Terang (light blue)
-kesederhanaan
-ceria dan cergas
-menyenangkan
-brfikiran positif dlm segala hal
-memberi ketenangan/ketenteraman
-mampu hadapi kesulian dlm prgaulan/prcintaan
-bijak menyembunyikan perasaan

Warna Hijau
-seorg yg sgt romantik
-suka keindahan
-menyenangi alam
-selalu memegang pd prinsip
-dlm brcinta mrk idamkn teman yg toleransi.

Warna Kuning
-bersifat optimis
-periang
-senang brgaul
-suka menolong
-tidak pernah meremehkan sesiapa.

Warna Ungu (violet)
-seorg yg benar2 luar biasa
-tidak pernah ragu-ragu dgn masa depan
-lakukn kerja dgn sebaiknya
-pandai menyesuaikan diri
-dlm brcinta, hnya org yg kuat mental dpt mendekati anda.

Warna Putih
-bersifat anggun
-sifat idealis
-tidak angkuh
-suka menolong

Warna Hitam
-sangat lincah dan tangkas dlm hal2 trtentu saja
-jd pasif jika brada dilingkungan yg tidak disukai
-selalu tampil menarik/rapi
-diminati ramai.

Warna Merah
-seorg brwibawa
-suka membantu
-dpt kawal diri dlm brgaul n brgurau
-teliti dlm memilih cinta
-seorg yg garang n kasar
-setia pd cinta
-kurg hadapi kesulitan dlm hidup
-kehidupan sderhana
-tidak semua impian trcapai ttp dpt terima seadanya.

***********************************

17 Julai 2009

Watak dan Peribadi Mengikut Tarikh Kelahiran

Siri 1 ( 1 hb -10hb)
* Siri Watak dan Peribadi ni sambungan dari artikal ibu yang bertajuk Watak dan Peribadi mengikut bulan...hari ini kita lihat pula watak mengikut tarikh lahir.....selamat mengkaji ( bg yg belum membaca artikal lepas tu sila cari2 le dulu ye kt bawah tu)


Tanggal 1 haribulan

- kemahuan yg kuat
- berdikari dan percaya diri sendiri
- suka merencana ttp xserius
- cenderung kenalpasti sesuatuperkara
- pemikiran yg bagus dan suka berunding
- praktis dan idealis
- suka matematik (logik)
- mampu beri kasih sayang ttp tdk tunjuk secara terang2an
- seorg yg pentingkn diri sndiri
- seorg yg sensitif
- miliki kekuatan besar yg trpendam

Tanggal 2 haribulan
- sgt emosional dan sensitif
- trkadang gugup dan pelupa
- ramai kwn n ramai menyukai anda
- memiliki sifat hangat dan memerlukan kasih syg yg ditunjuk secara nyata
- suka org ambil berat n beri perhatian
- perlu hindari perasaan lemah smgat
- meminati kebendaan ttp xbrsungguh2
- berbakat menulis puisi atau bidang seni

Tanggal 3 haribulan
- memiliki 'daya hidup' yg tinggi ( cekal)
- cepat sembuh dr penyakit
- imajinasi sangat bagus utk membuat crita menarik dr prkaca kecil shj.
- kemampuan kritis dan literatur
- perlu pelbagai aktiviti supaya xbosan
- suka memburu kasih syg
- alami krisis emosional
- kuat semangat
- mampu melawan perasaan

Tanggal 4 haribulan
- anda mampu brjaya dlm bidang pengluaran, prushaan, prniagaan
- meminati seni dan tenang dgnnya
- suka mmberi pendapat
- patuh pd disiplin
- alami penderitaan batin
- kuat kuat bekerja dan org lain akn kena tempiasnya

Tanggal 5 haribulan
- mudah trpengaruh kpd anasir luar
- bercita2 tinggi
- rakan bincang yg baik
- seorg yg cerdas, imajinatif dan aktif
- suka campur aduk isu dlm perbualan
- cintai kehidupan, sntiasa sihat dan brtenaga
- teman yg luarbiasa
- suka perubahan secara terus menerus
- tidak suka dkongkong
- patuh pd praturan
- miliki suara merdu

Tanggal 6 haribulan
- anda pencinta alam
- suka pd pujian dan pnghargaan
- tidak trgugat dgn kritikan
- anda berikn segala2nya pd psangan yg dicintai
- anda mencari kesempurnaan dan jrg mndptknnya
- anda trkenal sbg seorg yg xbolh dpercayai
- menyukai kanak2
- mentaliti anda lebih dominan drp intelektual
- pndai brsandiwara trutama yg ceburi dlm bidang peniagaan
- seorang yg berseni (penulisan, senilukis dll)

Tanggal 7 haribulan
- perwatakan seorg profesional dgn daya fikir yg tajam
- punya kebolehan yg tinggi dlm brfikir dan merancang
- berbakat dlm bidang seni lagu
- berpenilaian yg baik dlm kewangan
- tegas dan tidak suka mengubah sesuatu keputusan
- suka menyendiri

Tanggal 8 haribulan
- seorg yg kriatif dan produktif
- kepandaian brurus niaga
- prograsif dan berwawasan
- berjaya tangani masalah
- bidang kepimpinan amat sesuai dgn anda
- suka kumpul buku ttp xsuka membaca
- seorg pemurah dan penderma

Tanggal 9 haribulan
- suka menonjol diri, n suka populariti
- minat kesenian
- wawasan yg luas
- penyayang kpd manusia dan binatang
- berpendidikan, artistik dan berkemahuan kuat
- sesuai menceburi bidang keagamaan
- perlu pendidikan luas
- perlu pilih pekerjaan yg sesuai
- mengalami kesulitan dan rintangan dlm kehidupan
- perkahwinan berakhir dpertengahan jln
- banyak perubahan dan misteri dlm hidup(anda sndiri xdpt memahami)
- tidak tahu hala tuju kehidupan/ tiada matlamat
- anda perlu melatih minda agar berada dlm kehidupan reliati

Tanggal 10 haribulan
- mempunyai pelbagai kecenderungan
- mmpu lakukn bbrapa hal dlm waktu yg sama
- seorg yg dpercayai
- pemikiran yg bagus
- nekad dan kuat semangat
- bersifat cemburu dan eksssklusif
- berbakat dlm bidang perniagaan
- tidak minat seni hiasan rumah
- cekal dan cpt sembuh dr penyakit

15 Julai 2009

Pampers Sebagai Baja Pokok

Pokok Hidup Subur

Lampin pakai buang @ lebih dikenali dengan gelaran pampers
yang telah digunakan pada baby jangan dibuang (kecuali dah ekk-ekk...).


Caranya, pampers yg telah 'penuh isi kandungan' itu dibuka
dan diambil isinya
(di dlmnya mengandungi bahan berjeli yg tlh menyerap bhn kumuhan baby kita) .
 Kemudian ditabur sekeliling pokok yang berada di dalam pasu.
Seeloknya 1 pasu 1 pampers.
Kemudian siram pokok itu sehingga jeli yg ditaburkan tadi kembang.
Kalu tak percaya, cubalah........selain jimat belanja ianya juga mengurangkan
kuantiti sampah yang dibuang.......
Selamat mencuba dan pastinya kekwn akan berpuas hati dgn hasilnya....



p/s : yang xde baby kecil kenalah beli baja kat kedai je ye....
petua nih utk ibu2, mama2, mummy2 dan yang sewaktu dengannya yang 
ada baby kecil yang masih memakai pampers....

12 Julai 2009

Watak dan Peribadi Mengikut Bulan Kelahiran

AKMenurut ibnu Khaldun ( dalam kitab Al-'Ibar) perwatakan manusia umumnya dibentuk oleh "Hidayah" dan " Taufik" ALLAH, kemudian diikuti pengaruh daripada pendidikan dan pimpinan drp pemimpin(murabbi) mereka....


Januari
- tenang dan berwibawa
- suka berterus terang
- tidak suka terikat dgn protokol adat istiadat
- pandai menyimpan rahsia dan boleh dipercayai
- disukai ramai krn selalu kelihatan ceria
- berdikari dan tidak suka meminta bantuan dari org lain
- pandai mengatur kewangan
- agak pendiam dan lebih senang memperhatikan dirinya sendiri
- teliti dan tidak sembarangan melakukan pekerjaan.

Februari
- mempunyai hati yang tulus
- peka dan mudah tersinggung
- senang dipuji dan selalu menuruti apa yg diinginkannya
- suka berjenaka dan hormat pada sesiapa saja
- keras hati dan tetap pendirian
- agak malas
- suka mungkir janji

Mac
- baik hati dan suka menolong
- suka kehidupan mewah
- citarasa tinggi
- belas kasihan
- selalu memberi prtolongan pd org yg dlm kesusahan
- agak pemalu, jujur dan tdk pernah bohong
- mudah terpengaruh dan tidak kuat hadapi godaan
- suka abaikan kesihatan diri sendiri.

April
- tidak mahu mengalah
- pembosan
- senang dipuji
- agak boros walaupun pandai mencari wang
- punya otak cerdas
- tidak suka diperintah
- tak pernah memilih kawan

Mei
- pandai menguasai perasaan
- pandai ambil hati org lain
- punya selera tinggi
- suka kehidupan yang serba mewah
- suka menangguhkan sesuatu pekerjaan
- agak boros walaupun rezekinya baik
- tidak suka terikat dgn adat istiadat/protokol
- tidak suka dipuji

Jun
- romantis
- suka menolong org
- suka berfikir yg tinggi2
- sensitif/mudah tersinggung bila perasaannya tersentuh
- agak pemalas
- mahu bekerja jika dijanjikan hasil lumayan
- selalu ceria w/pun hatinya sdg dlm konflik

Julai
- senang/suka berkhayal
- kata-katanya pedas/tajam bila sdg marah
- tidak tetap pendirian
- suka dipuji
- suka menolong kroninya sahaja
- petah berbicara
- otak cerdas
- agak pemalas

Ogos
- punyai perasaan yg peka/halus
- cepat tersinggung
- suka berangan yang tinggi-tinggi
- tidak mudah terpengaruh
- agak pemalas
- jika bekerja, lebih menuruti kehendak hatinya sendiri

September
- mudah tersinggung
- cepat naik darah
- baik hati dan jujur
- boleh menyimpan rahsia
- suka berfoya-foya
- pandai menyimpan wang ttp tidak kedekut
- suka menolong sesama keluarga
- pandai mendidik anak

Oktober
- berjiwa besar dan tidak mahu mengalah
- pandai berbicara
- cerdas dan baik hati
- nekad dan azam yg kuat
- tidak sabar
- pemboros
- tidak tetap pendirian/selalu berubah-ubah

November
- tabah dan kuat dlm hadapi dugaan
- pandai mengerjakan setiap pekerjaan
- pandai ambil hati org
- agak malas dan suka menunda pekerjaan
- byk berfikir
- pendendam dan tidak sukar memaafkan seseorg
- keras hati

Disember
- mudah percaya kpd org
- mengerjakan sesuatu tergesa-gesa
- tidak sabar
- tidak mahu mengalah dan selalu ingin menang
- mudah terpengaruh
- jujur dan baik hati
- pemboros
- suka memaksa

*sambungannya ...... akan ibu senaraikan pula watak mengikut tarikh kelahiran pula.semoga dapat dijadikan perbandingan dgn diri kita....selamat mengkaji.......tungguuuu....

p/s : sila tinggalkan sekali % ketepatan watak dgn bulan kelahiran kekwn..Nnti ibu akan siarkan siri seteryusnya jika ianya hmpir tepat...TQ

18 Jun 2009

Kelebihan Wanita

Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka...... :

* Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.

* Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

* Cuti bersalin juga sehingga 60 hari . Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

* Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

* Seandainya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid . Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

* Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
* Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid , ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .
* Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

* Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan , isteri boleh bantu apatah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung, ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
* Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala, kaki @ tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

ANTARA ILMU DAN HARTA

ILMU DAN HARTA

1.Ilmu - warisan para nabi,
harta - warisan Qarun dan Firaun.
2.Ilmu - memelihara kamu,
tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu - orang yang berilmu ramai taulannya
orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu - apabila dinafkahkan akan bertambah,
Harta - apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu - orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia,
orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri,
Harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu- orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti,
orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu - tidak akan binasa,
Harta pula akan binasa.

9.Ilmu melembutkan hati,
Harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu - yang berilmu mendakwa kehambaan
yang berharta mendakwa ketuhanan

About me