Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Januari 2022

Pulau Mawar Mersing

 Assalamulaikum semua.....
Makin lama makin suram blog ibu.
Ni rasanya post pertama tahun 2022...

Pada 12 Januari 2022 ibu ke Mersing kerana en suami ada meeting dan program kat sana.
Kami menginap di Hotel Seri Malaysia.
Minggu sebelumnya pun kami dah ke Mersing untuk Siri 1 meeting dan program en suami.

Macam biasa bila ikut en suami meeting ibu suka lepak-lepak je kat bilik hotel.
kali ni en suami beria-ia ajak pergi join sekali program hiking kat Pulau Mawar.
Dulu kami pernah menetap di Mersing selama 7 tahun.
Tak pernah pula dengar pasal Pulau Mawar ni.
Biasa Pulau Sabak Aur, Pulau Besar, Pulau Rawa dan beberapa pulau disekitarnya je
 yang pernah kami tahu.

Kali ni nak share sebuah pulau yang agak jarang didengar tetapi 
pemandangannya sangat cantik, luarbiasa dan unik.

Di sini ibu tepek sedikit info yang ibu dapat dari page FB Tourism Johor :
Pulau Mawar yang terletak di Mukim Penyabong, Daerah Mersing merupakan salah satu pulau di negeri Johor yang dinamakan Heaven’s Gate dikalangan jurugambar kerana terdapat gerbang besar apabila memasuki ke Pulau Mawar.
Pulau Mawar ini kurang dikenali ramai. Oleh kerana pemandangan disini memang sangat cantik, jadi ianya sesuai untuk bergambar.
Pulau Mawar ini merupakan kawasan istimewa, tempat kepulauan baki mempamerkan keindahan landskapnya, kepelbagaian biologi marin dan daratan terserlah, keunikan budaya komuniti nelayan dan tradisi pribumi sedang diamalkan.
Mersing Geopark merangkumi seluruh Daerah Mersing meliputi kawasan daratan, kepulauan dan lautan seluas hampir 6,400 km.


Laluan ke Pulau Mawar bila air surut. Seolah-olah pantai tu dibelah 2 dan di tengah-tengah tu jadi laluan pejalan kaki.
Biasa bila dah petang laluan ini akan hilang ditenggelami air dan terbentuklah Pulau Mawar ni.

Selepas melalui laluan yang kiri dan kanannya pantai kita akan temui kawasan ini.

Di hadapannya pula hutan paya bakau.
Di penuhi dengan akar-akar pokok kayu bakau.


Ni adalah tunggu atau akar pokok bakau.

Unik sangat.

Inilah laluan untuk hiking untuk ke atas.
3 kali percubaan nak memanjat ibu kandas.
Bukan apa...risau nanti dah sampai atas tak boleh turun ha3x....
3x jugalah en suami dan farouk turun pujuk suruh ibu panjat sebab katanya rugi kalau tak naik sebab pemandangannya sang..sangat...sangat cantik dan unik.
Maka dengan gigihnya ibu panjat dengan bantuan en suami dan farouk...
Kiri kanan laluan tu di sediakan tali sebenarnya.
Tak ada masalah kalau nak mendaki sebenarnya.
Cuma ibu ni tak yakin......

Sampai ke puncak maka terbentang indah pemandangan Pintu Gerbang Batu ni....
Di puncak terpaksa turun pula ke lembah.
Sekali lagi terpaksa mengunakan tenaga yang banyak untuk turun.
Dengan tiupan angin yang kuat...turun ke bawah dengan dengan laluan yang disediakan.

Disebalik pintu gerbang tu pula terbentang sebuah pantai yang indah.
Cuma yang sedihnya terdapat insan yang tidak bertanggung jawab membuat botol-botol minuman bersepah-sepah.

Dah lengguh kaki jadinya ibu duduk la atas batu-batu. Di tepian pantai ni terbentuk batu-batu.
Ada bongkah-bongkah besar dan ada batu-batu kecil.

Kredit : gambar dari sumber FB Tourism Johor

Inilah antara pemandangan indah tepian pantai.

Sebahagian panorama yang indah di sini.

Pemandangan dari pantai mengadap ke tempat laluan tadi.

Kredit : Sumber gambar dari FB Tourism Johor

Ni pemandangan dari laut ke bahagian darat.
Cantik dan unik kan. Kalau nak lihat gambar-gambar yang lebih menarik bolehlah singgah 
ke FB Tourism Johor.

Lama jugak kami kat sana.
Leka menikmati keindahan ciptaan Allah.

2 ulasan:

vasantaidol berkata...Reply To This Comment

Best casinos in Las Vegas (2021) - MapYRO
Casinos Near Harrah's Hotel & Casino. Harrah's Hotel 동두천 출장샵 & Casino is one 강릉 출장마사지 of 시흥 출장샵 the 인천광역 출장마사지 largest casinos in the entire world. 전주 출장마사지 The Harrah's offers guests a large

Ramalan Togel Paling Jitu berkata...Reply To This Comment

Seiring dengan berkembangnya era dan teknologi serta hadirnya internet membuat judi togel yang ada di Indonesia berubah jadi judi togel online di mana seluruh orang bisa dengan mudah memainkan nya kapan saja lewat ponsel dan computer dengan mendaftar pada situs akun togel. Permainan judi togel online saat ini terbagi jadi tiga pasaran merupakan togel singapura, togel sydney dan togel hongkong. Togel Singapura mempunyai jadwal pasaran dari hari Senin, Rabu, Kamis, Sabtu dan Pekan. Togel Sydney memiliki jadwal dari senin-minggu, begitu juga dengan jadwal yang di miliki oleh togel hongkong. Tidak cuma judi togel ada juga permainan judi yang sangat digemari oleh warga Indonesia yakni judi slot online dan casino online. Utk itu, carilah data hk resmi buat mendapatkan persentase kemenangan lebih besar saat Anda saat main di dalam judi online yang ada di Indonesia. Dengan ramalan seluruh pasaran yang sedia dalam web ramal4d ini memberikan kesempatan utk anda jadi juara yang besar dalam permainan togel online. Prediksi Hk yang telah disediakan oleh ramal4D ini sudah dipercayai sejak thn 1900 an dan akhirnya tidak mengkhianati seluruhnya pemain. Meski tidak utama menang 100% , tapi Anda bisa menyocokkan kembali dengan angka sesuai dengan feeling Anda sendiri saat ingin memasang angka togel online ini.

About me