Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Jun 2020

COVID-19 and BACK TO SCHOOL

Hari ini akhirnya cikgu-cikgu kembali ke sekolah setelah menjalankan tugas dari rumah.
5 Mac 2020 hari terakhir persekolahan. 
Murid dan guru bercuti selama 2 minggu.
Saat itu dunia dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19 dimana semasa
itu ianya dikenali dengan Corona Virus.

Siapa sangka virus sekecil Covid-19 mampu melumpuhkan seluruh dunia.
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

*FASA 5 = PKPP-10/6/20 - 31/8/2020

Sejak bermula PKP cikgu-cikgu diseluruh Malaysia menjalankan kelas alam maya dari rumah.
Banyak kedengaran runggutan netizan yang menunding jari konon-kononnya cikgu makan gaji buta.
Goyang-goyang kaki tapi gaji masuk.

Buktinya Google Classroom mencatatkan PdP alam maya Malaysia berada di carta nombor 1 dunia.
Tak kisahlah kan apa anggapan orang yang tidak puas hati.
Yang penting kita buat kerja kerana Allah.
Biar Allah yang menilai kita kerana segala keberkatan Allah yang anugerahkan.

24 Jun 2020 kami kembali ke sekolah.
Hanya semua guru dan pelajar tingkatan 5 & 6 sahaja ke sekolah.
Pelajar lain masih belajar melalui alam maya di rumah.





Selamat Kembali ke sekolah untuk guru seluruh MALAYSIA.

0 ulasan:

About me