Assalamulaikum semua...
Bersua kembali.
Fuh..blog ibu dah penuh sawang...makin hari jari dah macam kaku nak menaip.
Nak kata sibuk..ibu lalui rutin harian seperti biasa cuma mood nak update blog
makin lama makin ke laut.
Kali ni ibu nak catatkan satu lagi kenangan dan pengalaman ibu ke
sebuah negara nun jauh di sana.
Negara idaman ibu sekian lama dan Alhamdulillah
Allah makbulkan impian ibu nak jejakkan kaki ke negara Turkey.
Kisah kembara ke negara Turkey ni dah 5 bulan berlalu.
Banyak dah memori indah di sana semakin luput dalam ingatan...huhuhu.
So kita ber huhuhu jelah.
Ibu cuba recall setakat yang mampu.
Setakat ni sel-sel neutron macam dah banyak putus.......
Day 1-16 Mac 2018
Perjalanan dari KLIA ke Almaty memakan masa selama 8 jam.
Kami transit selama 1 jam di Almaty.
Sebuah negara asing bagi kami.
Almatybersempadan dengan negara Russia
Tiba je kat sana kami bergegas check in untuk penerbangan ke Istanbul.
Perjalanan dari Almaty ke Istanbul pula mengambil masa selama 6 jam.
Sepanjang kembara ibu inilah perjalanan pertama yang memakan masa selama 14 jam dalam penerbangan.
Paling lama pun sebelum ni semasa ibu mengerjakan umrah iaitu selama12 jam perjalanan.
Group kami yang best dan happening
Ibu biasanya pergi melancong dengan Tursina Travel.
Memang terbaiklah..
Paling best makanan dan penginapan yang disediakan.
Bayangkan sampai Along cakap...bila tengok makanan rasa nak nangis sebab perut sentiasa kenyang dengan menu hotel yang sedap dan mewah...
Sampai kami tak larat nak rasa semua makanan kat sana......
Rugi rasanya tapi nak buat macam mana kan......
Along dan makan tak dapat dipisahkan...he.he.he....
Makanan dalam penerbangan Astana Air memang sedap...
Pramugari dan pramugara nya pun cantik-cantik dan handsom kebabom
Makanan dalam penerbangan Astana Air memang sedap...
Pramugari dan pramugara nya pun cantik-cantik dan handsom kebabom
Bosan layan movie...layan perasaan...dan paling kerap layan tidur....zzzzzzzz
Macam-macam aktiviti dah kami lakukan namun masih belum sampai ke destinasi.....
Yang paling best tempat duduk kami kiri dan kanan kosong...
Apa lagi Along baring golek-golek macam katil kat rumah je.....
Memang bestlah
8 jam perjalanan kami transit 1 jam di Almaty Kazasthan.
Suhu di sana mencecah 5 darjah celcius.....sejuk mengigil dibuatnya.
Kejap je kat sini...
Sekadar main hembus-hembus mulut keluar asap...ha3x
Penerbangan di teruskan dari Almaty ke Turkey.
Akhirnya..........Taraaaaaaaaaaa
Kami mendarat dengan selamatnya di Courtyard by Marriot Istanbul International Airport
dengan menaiki Astana Airlines.
Alhamdulillah......
Semasa mendarat suhu mencecah 7-10 darjah celcius....sejukkkkkkk
Maka bermulalah siri jelajah kami ke beberapa negeri di Turkey.
Tungguuuuuuuuu..........
1 ulasan:
seronoknya ibu dapat pegi turkey, tercapai hajat...alhamdulillah
Catat Ulasan