Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 September 2016

Hari Raya Aidil Adha 2016

Bersua kembali setelah lebih 1 bulan ibu menyepi.
Rindu nak buat n3.....rindu nak baca n3 kawan2....tapi masa agak terbatas...huhuhu...

Hari ni nak cerita tentang raya haji (12.9.2016-Isnin).
Niat hati nak menyambut raya haji kat kampung tapi en ayah awal-awal 
dah booking seekor lembu untuk majlis korban kat rumah kami.
Maka ibu terpaksa pasrah...

2 hari sebelum Raya lembu telah dihantar ke rumah kami.
Boleh tahan besar lembunya.....

Alhamdulillah....ipar/biras dan anak-anak saudara belah en ayah banyak membantu
menjayakan majlis korban.

Bujang kecik ibu pun banyak membantu....

Bersarapan setelah selesai sesi menyembelih dan melapah lembu.
Menu simple je ibu di bantu 4Farahs- bihun goreng, nasi goreng kampung, popiah goreng, kek coklat, buah-buahan dll.

Sesi potong memotong.
Semua tu adik beradik/ipar dan anak-anak saudara en ayah.
En ayah memang meriah dengan adik beradik......


Sesi makan tengahari setelah selesai memotong dan agihan daging korban.
Menu Kelantan versi Jawa.....
Alhamdulillah......makanan licinnnn......

Kanak-kanak rebina leka melayan kartun dan toys di ruang rehat....

Hari Raya ke 3 pula majlis korban kat sekolah ibu.
Peserta terdiri daripada guru-guru.
Saban tahun diadakan tapi kebetulan tshun ni raya Aidil Adha jatuh pada hari cuti.
So persekitaran sekolah lengang dari keriuhan anak-anak  murid
CIkgu-cikgu dan staf bergotong royong memotong dan mengagihkan daging-daging
untuk asnaf.

Itulah kisah Hari Raya Aidi Adha ibu pada tahun ini......


2 ulasan:

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

Salam Aidiladha :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Meriah raya korban akak..kmpg sy pun ada jiran tumbangkan sekor lembu..aiman rajin snap gambar.hehe

About me