Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 April 2016

Aktiviti Ibu di Sekolah Sepanjang Mac

Program Motivasi Tahun 6 - 3-4.3.2016
Program Motivasi untuk murid Tahun 6.
Farouk pun salah seorang calon menumpang dalam program ni....he3x...
Peserta bermalam semalaman di sekolah kerana banyak
program keagamaan di adakan.
Malamnya ada kem Al-Fatihah.
Setiap guru diberi menti seramai 2-3 orang untuk betulkan bacaan Al-Fatihah.
Seterusnya Ceramah Motivasi sehingga pukul 11 malam.
Seawal 4 pagi diadakan Qiamulai dan pelbagai program sehingga pukul 11 pagi....



Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu dan Matematik
Zon-5.3.2016
Program saban tahun.
Tahun ni sekolah ibu menjadi tuan rumah untuk BM.
Karnival Matematik pula diadakan di sekolah berhampiran.
Alhamdulillah peserta kuiz Matematik mendapat Naib Johan dan mewakili
Zon ke Daerah dan Bijak sifir mendapat tempat ke 3.


Program Anti Dadah - 6-10.3.22016
Ini pun program wajib.
Sepanjang minggu pelbagai aktiviti diadakan tanpa menganggu PdP.
Kebanyakkan pertandingan dijalankan di dalam
PdP.
Mengarang BM, mewarna poster-PSV dll.

Solat Gerhana Matahari- 9.3.2016
Solat yang diadakan beramai-ramai di dataraan bermula pukul 8.00-8.45 pagi diselitkan
dengan pengisian khutbah.....
Alhamdulillah...dapatlah anak2 bersama2 belajar.
Cikgu-cikgu pun sama...he3x...
Yelah kan....perkara yang jarang berlalu perlu kena recall balik cari perlaksanaannya...


Mesyuarat Agung PIBG-27.3.2016
Alhamdulillah berjalan lancar.
Cuma terkadang masa meeting ni ibu bapa tak ada pulak isu nak dikemukakan.
Yang tak bestnya isu diluahkan ditempat tak sepatutnya.
Bukan semua cuma sebilangan "kecil dan sangat kecil".....
Itupun disebabkan masalah diri sendiri dan anak-anak.
Biasalah kita nikan manusia biasa.
Tak lepas dari melakukan kesilapan....

Tahun ni kami bertema "biru".
Idea spontan.
Biasanya kaum gegirls ni....macam-macam idea disebalik
sibuk dengan persiapan mesyuarat......
Gambar sebelum meeting....


Huru hara sebelum bergambar......

Macam biasa la ibu jadi "penanda aras"...he3x...
Nak buat macam manakan...Ketinggian Ibu ni bersaiz antarabangsa...

Keratan akhbar berita tentang mesyuarat PIBG
Sekolah ibu.

Ibu ni kalau bab2 cabutan bertuah memang jarang ada luck...
Kali ni dapat setin biskut "munchy's"....ha3x...
Kira luck la tu kan.....

Program Segak-29.3.2016
Ni bukan nak cari sapa yang paling segak ye ibu-ibu tapi ujian kecergasan.
Setahun 2x ujian ini dilakukan untuk murid-murid Tahap 2.


Solat Hajat UPSR -31.3.2016
Program setiap hujung bulan yang diadakan di surau berhampiran sekolah.
Program bermula sebelum Maghrib dan berakhir selepas Isyak.

Itulah antara aktiviti-aktiviti yang berjalan di sekolah sepanjang bulan Mac.
Sebenarnya ada lagi aktiviti cuma ibu update yang penting je....


5 ulasan:

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

Tudiaa macam macam aktiviti ada :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

macam2 aktiviti rangkum jadi satu entry.patutlah cikgu2 sentiasa sibuk.macam2 aktiviti kena uruskan rupanya

Unknown berkata...Reply To This Comment

kemain bz cikgu yer. macam2 aktiviti.
selalu kita dengar orang ckp keje cikgu senang.. setengah hari jer dah balik. tapiiii siapa yang jadik cikgu tau lah ape keje cikgu sebenarnya. hehehehe

Unknown berkata...Reply To This Comment

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Dr buka sekolah memang sibukkan kak...

About me