Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Mei 2015

Kisah Hari Guru 2015


16.5.2015 merupakan tarikh keramat buat semua guru di Malaysia.
17.5.2015 pula sambutan peringkat sekolah pula diadakan.
Macam biasa cikgu-cikgu ni dicop ala-ala syok sendiri...he3x
Buat program sendiri....jalankan aktiviti sendiri dan segala2nya sendiri.

Aktiviti macam biasa Siri 1:
Perhimpunan....Ucapan2 dan penyampaian hadiah

Siri ke 2  Aktiviti Sukaneka.
Aktiviti yang paling best ialah pertandingan memanding.
1st time ibu pegang pancing.
Dan yang tak disangka ibu dapat pancing 5 ekor ikan keli dan 2 ekor ikan koi.

Lepas memancing kumpulan ibu ke station ke 2 pulok.
Aktiviti boling kelapa........Acara ke 3 membaling kasut.
Acara yang buat ibu terjerit-jerit dan berlari ke tengah padang tanpa sedar
ialah menangkap katak di dalam besen.
Memang acara ni ibu tidak mampu lakukan sebab ibu sangat
takut dan geli teramat di sikatak......Adeh....

Selesai acara sukaneka kami mengisi perut.
Lupa pulak ibu nak snap gambar.......

Kami terima sponser 2 buku kek daripada pembekal alatan.

Selesai acara mengisi perut maka bermula Siri ke 3.
Aktiviti persembahan guru dan murid serta penyampaian hadiah.
Farouk mengambil bahagian dalam persembahan murid yang bertajuk
Seloka Hari  Guru.

Selepas sesi pertukaran hadiah ada persembahan guru-guru
mengikut rumah pasukan pulak.
Riuh rendah dewan dengan sorakan dan gelak ketawa anak-anak murid 
melihat persembahan spontan guru-guru....

Selingan:
Tahun ni tema HIJAU katanya.......
Maka bermacam-macam warna HIJAU yang cikgi2 kenakan........
Yang bert-shirt oren tu cleaner sekolah.
Jadi penyeri ditengah2.


Sebahagian hadiah Hari Guru yang ibu dapat.
Terima Kasih anak-anak didik di atas ingatan kalian.
Hanya 1 harapan cikgu, agar anak-anak didik menjadi insan
yang cemerlang dunia dan akhirat.

Banyak lagi kisah menarik yang ingin ibu kongsikan tapi
akibat kekangan masa maka cukuplah sampai di sini dulu..........



7 ulasan:

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Selamat hari guru nza.seronok tengok gambar

Aziela berkata...Reply To This Comment

Seperti biasa...meriah sungguh kan kak. Seronok saya tengok.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Selamat Hari Guru NzA..
Bila hari guru ni.. lagi bertambah ukhuwah guru dgn anak murid kan :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

meriahnya sambutan hari guru Sekolah akk..siap pancing ikan lagi terbaiklah cikgu yg arrange aktiviti ni..

Nur berkata...Reply To This Comment

Selamat hari guru pada kak Nza. Semoga terus bersemangat mendidik anak-anak bangsa. :)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Selamat hari guru, cikgu.

Sekolah saya belum sambut lagi, sebab tengah sibuk layan kunjungan pegawai BPI JAIS dan exam.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Meriahnya sambutan Hari Guru sekolah akak. Untung akak, banyak dapat bawa balik hadiah. Mesti salah seorang cikgu yang disukai murid-murid ni.

About me