Bersua kembali.........
Salam kerinduan buat semua.
Dah bersawang dah blog ibu nie.
Kesibukkan melanda menyebabkan blog ibu terabai.....
Alhamdulillah cuti 4 hari lepas sempatlah ibu dan ayah adakan
majlis kenduri kesyukuran dan tahlil buat arwah k.long dan abg long.
Kami adakan kenduri malam Selasa memandangkan ramai
saudara mara keluar bercuti.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Menu pun tak sempat nak snap gambar.
Malam tu menu :
ayam masak merah + masak lemak labu dan turi + sayur goreng + kuih muih dan buah-buahan.
Menu simple je tapi alhamdulillah licin.....
Dah lebih sebulan ibu berpindah ke rumah baru.
Belum sempat deco2 sepenuhnya akibat kesibukkan.
Sempat buat ala kadar je.
Lagipun ibu perlu uruskan rumah yang ditinggalkan.
Terpaksa mengemas 5 buah bilik di rumah lama.
3Farah pula masih belum cuti so barang-barang mereka masih di rumah lama.
Gambar ni ibu snap masa kami belum pindah.
Kosong...kosong...kosong....
Ayah yang banyak memainkan peranan.
Semua perabut ayah yang order dan beli.
Susun atur pun ayah dah siap2kan.....
Alhamdulillah...Ayah seorang pemerhati yang sangat baik.
Ayah tahu semua cita rasa ibu walaupun selama ini kami sering bercanggah pendapat
terutama tentang perabut.
Kali ni Ayah memilih semua perabut berasaskan jati kegemaran ibu.
Cuma bilik dan ruang tamu ke 2 ayah memilih citarasa moden.
Lebih sebulan rumah siap ibu masih di rumah lama.
Hanya weekend je kami bermalam di rumah baru.
Feel nak pindah masa tu belum datang........adeh
Masih banyak benda yang perlu disettlekan.
Masih banyak lagi perabut yang diorder belum tiba.....
Bilik anak dara pun ayah yang deco-deco....
Tak sangka ayah sangat-sangat alert tentang warna dan tema kegemaran ibu dan anak-anak.
Paling ibu tak tahan nak gelak tang bilik Farouk.
Kononnya ibu dan Ayah pilih cadar dan langsir bertemakan kartun.
Tetiba Farouk kata :
"Ibu...Farouk dah remaja la....tak nak la kartun2 camtu...segan la..."
Haaaa.....terkedu ibu seketika....Bagi ibu Farouk tu masih Baby Boy ibu.
Dah berangan dia dah "remaja"...Adeh.
Terpaksalah ibu dan Ayah pergi ke kedai langsir.
Suruh dia pilih sendiri corak kainnya.
Maka gigilah ibu jahitkan langsir baru Farouk......huhuhu......
Deco2 bilik Farouk pun belum siap lagi......
Paling ibu tak tahan nak gelak tang bilik Farouk.
Kononnya ibu dan Ayah pilih cadar dan langsir bertemakan kartun.
Tetiba Farouk kata :
"Ibu...Farouk dah remaja la....tak nak la kartun2 camtu...segan la..."
Haaaa.....terkedu ibu seketika....Bagi ibu Farouk tu masih Baby Boy ibu.
Dah berangan dia dah "remaja"...Adeh.
Terpaksalah ibu dan Ayah pergi ke kedai langsir.
Suruh dia pilih sendiri corak kainnya.
Maka gigilah ibu jahitkan langsir baru Farouk......huhuhu......
Deco2 bilik Farouk pun belum siap lagi......
Terima kasih Ayah kerana buat kejutan dan menghadiahkan semua ini buat kami
di hari kelahiran Ayah pada 14.4.2015.
Kata Ayah, biarlah kali ni ibu dan anak-anak cuci kaki melangkah ke syurga baru kami......
p/s:
Hari ni ibu berkursus lagiiiiiii........
p/s:
Hari ni ibu berkursus lagiiiiiii........
17 ulasan:
same laa kite kak...lieya pun dah lame tersadai...ni baru nak update balik hhuhuhuhu.....
alhamdulillah...majlis berjalan lancar...moga2 diberkati hendaknyer....
betul tu kak..semakin remaja tak mo dah katun2....
alhamdulillah..rumah 5 bilik..memang besar ni
alhamdulillah majlis dah selesai..
mesti dah lega rasa nya..
Alhamdulillah NzA..
Luas tengok rumah baru ni..
Selesa tengok nya..
Alfatihah utk Arwah k.long dan b.long NzA..
Alhamdulillah nza..berpindah kerumah baru
Alahamdulillah..serobok tgok rumah akk,luas dah selera..seronok mendeco kot smp dah lama tak update,hehe
Alahamdulillah majlis berjalan lancar.
adoi farouk dah remaja la ibu.aoa barsang kartun.hahaha..
tahniah kak nza...dah masuk rmh baru...bab farouk tu lawak gak ya..kadang2 kita terlupa anak2 makin besar kan
Alhamdulillah...
Waaah.bab deco deco syok ni kak..tp kalu ada duit kepuk kepuk la..hii...
Remaja dh si farouk ..hii
Salam ziarah.. salam rindu..wuu
wah akk bestnye umah baru hihi
moga keluarga akk sentiasa dlm lindungan Allah selalu
Tahniah kak, baru berpindah ke rumah baru! Nanti bila dah siap deco-deconya, silah tunjuk dalam blog. Dapat juga mengisi beberapa entri.
IM... tengok jer...
walaupun ibu_suri selalu cadangkana beli rumah abru, saya kata... cukuplah dengan apa yang ada...
kita dah tua...
congrats kak nza dah pindah ke rumah baru..,kira suprais dari husbnd kak nza lah ni ye..bestnyaaaa..^_^
Tahniah kak, masuk rumah baru.. Cuci kaki pulak tu. Alhamdulillah, tumpang gembira :D
wahhh..
seronoknya dapat masuk rumah baru.
saya suka deco yang simple2 aje mcm ni.. senang nak kemas rumah nanti kan.. mata pun x de la rasa crowded je..
Alhamdulillah, dapat merasa rumah baru.
Wahhh...besarnya rumah kak. Nnt bila anak2 dah kahwin, berkumpul ramai2 mesti selesa.
besar rumah....
deko pon simple n nmpk lapang je..suka..suka..sukaa
Catat Ulasan