Kuih sangat simple tapi jadi kegemaran 5F.
Ibu pun tak pernah buat kuih ni sebab Angah yang perkenalkan.
Dan resepi ni diperturunkan kepada Naurah.....
Sebenarnya orang Melayu panggil kuih belimbing.
Tapi dah zaman moden ianya jadi nama lain kot.
Mungkin sebab bentuk pun dah macam stick.
Jom intai resepi:
Anak2 suka makan churros cicah sos coklat/nuttela
Resepi Churros :
2 cawan tepung
2 sudu besar butter
1 cawan air
secubit garam
gula secukup rasa.
essen vanila
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula icing
Cara-cara :
1. Panaskan air + butter + gula + garam
2. Tutup api dan masukkan tepung.
3. Kacau sebati.
4. Masukkan telur dan essen vanila dan uli sebati.
5. Masukkan ke dalam piping bag.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas.
7. Setelah diangkat, taburkan gula icing atau boleh dimakan dengan sos coklat.
3 ulasan:
ok nti nak Cuba buat..sedapni kudap2 sambil tgok TV.hehe
Rasanya mcm sedap. Nk try buatlah nti hehe
Eh, baru je baca pasal churros ni tetiba nampak lagi kat sini. Kalau akak sebut kuih belimbing pun saya confirm tak kenal kak...
Catat Ulasan