Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 April 2015

Muar--Melaka-Seremban-Rawang

Salam kerinduan semua.
Bersua kembali setelah blog ibu dah penuh dengan sawang.
Bermula tahun 2015 ni ibu dah mula suram dalam dunia blog.
Nak kata sibuk memang sibuk sokmo dan bukan jadi alasan jika nak tulis n3...
emmmm..entahlah.
Makin bertambah gajet makin ibu bercelaru..
Tak tahu gambar kat handphone mana satu.....

Kisah weekend yang lepas.
Perjalanan dari Muar--Melaka--Seremban--Rawang......

Memulakan perjalanan dari BG.
Singgah pinjam  Along di u.
Terpaksa menunggu Along habis kuliah....

Bergerak ke Seremban pula...
Nak jumpa Angah seketika melepaskan rindu.
Plan asal nak jemput Angah sekali tapi tetiba lecture Angah nak buat kelas
ganti hari Sabtu.
So singgah seketika di cafe u Angah.
Kebetulan anak saudara ibu a.k.a cousin 5F pun belajar di situ.
Sempatlah berjumpa sekejap dengan Khairul....emmmm, lama tak jumpa.

Habiskan seketika di tempat Angah.

Melepaskan rindu seketika.
Macam biasa Angah berdrama airmata.
Dipeluk ibu taknak lepas...
Emmmm...sejak kecil Angah ni manja..kuat nangis  sampai sekarang.
Anak pramatang yang sangat gigih dan tekun tapi dia juga bintang airmata.....
Selesai drama airmata Angah kami meneruskan perjalanan ke Rawang.

Dah hampir senja kami tiba di rumah adik ibu.

Kami bermalam semalaman di rumah adik lelaki ibu.
Kanak-kanak rebina bukan main gembira dapat berkumpul.
Farouk and the geng.
Mereka hampir sebaya dan sangat rapat.

Rezeki kami sekeluarga.
Kebetulan malam tu adik ibu baru balik dari Sabah.
Bawa balik se tong udang galah fresh bersaiz XXXXL.
Seekor boleh makan 2 orang..Bayangkan.
Ibu tak sempat makan so SIL tapau bawak balik.

Keesokan harinya kami bertolak ke majlis kawin 'keluarga angkat' 3 Farahs.
Walaupun Rawang jauh dari Muar namun kami  hadir juga demi orang
yang banyak berjaya buat keluarga ibu.

Inilah family angkat 3Farahs.
Mak yang menjaga Along, Angah dan Beby sejak berusia 42 hari.
'Mak' yang berbaju + tudung biru.
Bergenang airmata 'mak nab' bila melihat Along.
Dipeluknya Along erat2...menangis teresak2.....
Bayangkan dah lebih 15 tahun terpisah.
Masa berpisah Along baru berusia 6 tahun dan sekarang Along
dah remaja.
Sayu hati 'Mak' bila ibu sampaikan salam sayang dan rindu
Angah dan Beby yang tidak dapat hadir.
Berjurai airmata "mak" rindukan anak2 angkatnya.
"Abang Ferol" tidak putus-putus interview Along.
Adik yang dijaga penuh manja dah besar sekarang.
Walaupun lama terpisah mereka tetap mesra melayan kami.
Kami tidak dapat lama kerana hari Ahad ibu bekerja.
Dengan sayu hati 'mak nab' melepaskan kami.......

OTW balik kami singgah pulangkan Along semula ke kolej
kediamannya...

Sayu hari bila meninggalkan orang-orang tersayang.
Tak sabar rasanya menanti 3Farahs bercuti sem......

5 ulasan:

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

jauhnyaa perjalanan ibuu :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

jauh perjalanan tu,.suka suka ditempuh..sebak juga baca Kisah mak pengasuh 3farahs dulu.bila lama terpisah kan..Lepas ni pun bukan senang lagi nak jumpa balik kan

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Geram saya tengok udang tu...

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

hepi nye dpt jumpa pengasuh anak2 terutama yg mmg jaga cam ank sendri..jasa mrk menjadi sebhg dlm hidup kite kan kak...

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Wow, kak... udang tu buat saya terliur! Dahlah saya ni memang penggemar udang!

Yalah, dari kecil Mak Nab ni jaga anak-anak akak tetiba bila berjumpa lagi, dah besar panjang masing-masing. Anak saya yang sulung tu kalau jumpa bekas babysitternya, dia pun dah lupa macamana makcik tu menyayanginya macam anak sendiri.

About me